Chapter 17

2.1K 81 0
                                    

Arabella melangkah laju menghampiri ruang menunggu bas yang penuh dengan orang. Hari yang cerah serta angin sepoi lebih bahagia sekiranya dia menikmati suasana dengan menaiki bas ke kota berbanding kereta.

Tidak sampai lima minit, bas mula tiba dan pintu bas terbuka. Kaki Arabella melangkah laju lalu tangga bas dinaiki, beberapa syiling dimasukkan ke tabung. Baru sahaja dia hendak melihat ke arah kerusi duo , sepasang telinganya menangkap perbualan dua susuk tubuh di hadapannya.

"Aish! 𝘐 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘯𝘰 𝘤𝘰𝘪𝘯𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘮𝘦 𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘯𝘰𝘸. 𝘐 𝘰𝘯𝘭𝘺 𝘨𝘰𝘵 𝘢 𝘣𝘶𝘴 𝘤𝘢𝘳𝘥 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘮𝘦" seorang makcik yang berumur 40-an menunduk sedih. Sudahlah hampir terlepas bas, duit syiling pula tak mencukupi.

Sangkanya bas ini boleh menggunakan kad bas tetapi tidak pula. Kalaulah anak sepupunya tidak sibuk hari ini, tidaklah dia perlu bersusah payah ke sini.

"𝘐'𝘮 𝘴𝘰 𝘴𝘰𝘳𝘳𝘺, 𝘔𝘢'𝘢𝘮. 𝘞𝘦 𝘰𝘯𝘭𝘺 𝘶𝘴𝘦 𝘤𝘰𝘪𝘯𝘴 𝘩𝘦𝘳𝘦" pakcik pemandu bas itu menjawab malas. Mendengar amarah pemandu bas membuatkan dia juga turut berasa marah.

"𝘉𝘶𝘵, 𝘤𝘢𝘯 𝘺𝘰𝘶 𝘸𝘢𝘪𝘵 𝘧𝘰𝘳 𝘢 𝘸𝘩𝘪𝘭𝘦? 𝘐 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘲𝘶𝘪𝘤𝘬" pujuk makcik itu lagi, dilembutkan suara agar pemandu bas itu sudi menunggu tetapi sangkaannya meleset.

"𝘐'𝘮 𝘴𝘰 𝘴𝘰𝘳𝘳𝘺 𝘢𝘨𝘢𝘪𝘯 𝘔𝘢'𝘢𝘮, 𝘸𝘦 𝘢𝘭𝘳𝘦𝘢𝘥𝘺 𝘭𝘢𝘵𝘦. 𝘔𝘺 𝘱𝘢𝘴𝘴𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘴 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘸𝘢𝘯𝘵 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘭𝘢𝘵𝘦 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘸𝘰𝘳𝘬𝘱𝘭𝘢𝘤𝘦" jelas pakcik itu pula.

"Hmmm, 𝘪𝘵'𝘴 𝘴𝘰𝘬𝘢𝘺 𝘵𝘩𝘦𝘯. 𝘐 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘨𝘦𝘵 𝘥𝘰𝘸𝘯 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘦𝘢𝘥" Perempuan berusia itu mula turun dari bas dengan muka cemberut. Arabella yang melihat sejak tadi mula berasa bersalah. Apa salahnya kalau tumpangkan sahaja makcik itu, wahai pakcik bas.

"𝘐 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘱𝘢𝘺 𝘧𝘰𝘳 𝘩𝘦𝘳. 𝘔𝘢'𝘢𝘮, 𝘨𝘦𝘵 𝘪𝘯" Arabella membuka kata setelah lama berdiam diri, terus melangkah merapat dan memasukkan beberapa duit syiling ke dalam tabung bas tadi. Tak mungkin hatinya mampu melihat perempuan berusia itu melangkah pergi dengan muka sedih sebegitu, andaikan perempuan itu adalah Bonda-

Perempuan tua yang baru sahaja hendak turun tadi berpaling semula dengan muka jelas gembira menghampiri anak gadis di hadapannya. Arabella memandang perempuan itu penuh dengan rasa bahagia. Dapat membantu sesama manusia sudah memadai.

"𝘚𝘶𝘤𝘩 𝘢 𝘬𝘪𝘯𝘥 𝘩𝘦𝘢𝘳𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘳𝘦. 𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬𝘴 𝘢 𝘭𝘰𝘵, 𝘣𝘢𝘦𝘶𝘵𝘪𝘧𝘶𝘭 𝘭𝘢𝘥𝘺" penuh ikhlas sekali perempuan berumur itu melontarkan rasa syukur dan terima kasihnya. Seikhlas seorang ibu pada anak-anaknya.

"𝘕𝘰 𝘯𝘦𝘦𝘥 𝘵𝘰" ujar Arabella lagi sebelum memberi ruang buat perempuan itu untuk melabuhkan diri di kerusinya tadi. Terus langkah besar dibuka Arabella menuju ke tempat kosong di belakang.

Sepasang matanya dilabuhkan ke luar mendengar bicara angin serta bunyi sekeliling. Dipejam mata seketika, hatinya yang lama sepi kini beralunan lagi dengan alunan bicara burung di siang hari.

Terkenang seketika, sebab mengapa dia membawa diri nung jauh di negara sini. Hanyalah kerana seorang manusia yang menjadi perindunya tiap hari, hanya kerana mendampingi dia yang merubah segala pucak gelana hidupnya.

Hanya kerana jejaka yang bernama Eid Haidil.

Laju Arabella menggeleng kepala, menepis segala rasa yang tersisa. Berhenti mengharapkan sesorang yang sudah tiada Bella. Biarkan dia pergi dengan tenang.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now