Loceng pintu rumah dan ketukan bersulang kedengaran, bonda yang tika itu sedang bersembang santai dengan kedua gadis itu mula mengorak langkah ke arah pintu lantas pintu rumah dibukanya luas.
"Ya Allah menantu aku Haidil!" jerit riang bonda, matanya jelas bersinar sambil menghulur salam buat jejaka tampan dihadapannya.
"Bonda sihat?" Haidil gelak kecil menyambut huluran salam bonda, terasa oedih di belakangnya akibat ditepuk bonda. Memang tangan perempuan ni berbisa eh?
"Bonda? Siapa t-" Arabella dengan Daryan mula keluar dari dapur, pelik dengan siapa bonda nya berbicara. Bahagia pula nampaknya bonda duk bergurau senda.
"Eid!" Sejurus mata Arabella menangkap susuk tubuh tampan suaminya, terus dia berlari laju menghampiri mereka sebelum Kedekebuk
"Ya Allah sayang!"
"Bella!"
Serentak mereka menjerit bila sahaja tubuh kecil selamat mendarat elok di lantai mozek yang sedikit basah di mop bonda sebentar tadi.
Arabella mendengus kecil, terasa sakit habis dirinya tika ini. Haidil memegang erat membangkitkan kembali isterinya, lain macam cara isteri nya menyambut kepulangan dirinya ke rumah.
"Bella, kan bonda baru lepas mop lantai tu. Kenapa kamu berlari macam budak budak ni" terletus tawa Daryan setelah itu mengenangkan kemalangan kecil yang berlaku tadi.
"Ha kau nak bersweet sweet sangat depan aku, kan dah kene pedas. Best?" Bidas Daryan masih tidak berhenti tertawa, entah apa yang lucu sangat yang membuatkan dirinya tak habis ketawa.
"Diamlah kau" marah Arabella, tajam matanya menjeling Daryan di hadapan sambil memeluk erat tangan suaminya, biar kau cemburu tengok aku boleh peluk peluk dengan Haidil.
"Subhanallah sayang, awak ni risaukan saya betul lah" Rambut Arabella diselak ke belakang, diusap lenbut pipi gebu milik isterinya. Alahai isteriku, ada sahajalah gelagat kamu ya.
"Eid! Awak ni satu, tak cakap pun nak balik? bukan sepatutnya dua minggu depan ke awak baru balik?" adu Arabella dengan bibir cemberut nya, pura pura merajuk.
Punyalah kita kira hari tunggu dia pulang sedar sedar dah ada depan pintu rumah si suami.
"Sepatutnya macam tulah" Haidil senyum kecil, mestilah saya balik. Tak akan dia nak biarkan Arabella terseksa sendirian di sini, suami apakah dia kalau tak ada tika isterinya terseksa.
"Habistu?" soal Arabella lagi.
"Guess what? I got transfer back here!" Berita gembira ini harus diberitahu secepat mungkin, dapat dia lihat muka suram Arabella makin menyeri mendengar bicara yang tubir dari bibir jejaka itu.
"Ya Allah Haidil, betulke? Alhamdulillah syukur" Bonda bersyukur seketika, terasa selamat lah sedikit sekiranya Haidil ada selalu di rumah ini. Maklumlah semuanya perempuan, nasib diri dapat menantu kan polis.
"Sakitlah mata duk tengok drama dua ekor ni hari hari nanti, cepat cepatlah pindah sana" Bidas Daryan pedas pura pura menjeling, acah acah tersakiti. Tulah orang suruh cari partner tak nak, duk single je sampai ke sudah. Material girl lah sangat katanya.
"Biarlah, ni rumah aku. Kau tu yang entah dari man menumpang rumah aku" balas Arabella pula, banyak pula anak angkat ni membebel
"Eleh at least bonda sayang Daryan lebih, kan bonda" Bonda tertawa kecil lagi, haih si dua ketul ni kalau tak gaduh memang tak sah gamaknya.
"Dasar anak punggut, kan eid?" Arabella memandang suami, matanya dikelipkan tanda mohon "backup" dari sang suami.
"haah anak punggut tepi jalan" tambah Haidil lagi, mulut Daryan ditekup mendengar gelaran yang kekuar dari mamat entah dari ceruk mana tiba tiba wujud dalam keluarga ini.
"eh ko yang entah dari mana datang masuk keluarga ni, kunci mulut kau eh" bidas Daryan geram, Mak! Daryan nak kahwin juga!
"Biarlah, aku menantu pertama bonda. Kau ada?" balas si Haidil lagi
"Eh ka-" baru sahaja Daryan ingin menghambur lagi kata yang tersimpan di hati, bonda memontong bicara mereka. Ketiga tiga ketul di hadapan bonda semua dimarah serentak.
"Sudah sudah! Haih makin lama makin menjadi je korang ni, Haidil pergilah naik atas rehat dulu. Daryan teman bonda kat dapur, jom" arah bonda, perasan akan raut wajah Haidil penat, perjalanannya bukanlah secepat yang disangka. Mengambil berjam jam dari negara sana untuk ke sini.
"Habistu Arabella bonda" Arabella yang sedang bermanja dengan sang suami ditunjuk Daryan dengan jari telunjuknya. Ini tak adil!
"Dia tu ada laki, kau tu tak ada" bidas pedas bonda
Arabella dan Haidil yang sempat menangkap bicara pedas bonda menjelir kan lidah mereka pada Daryan, Daryan mengetuk kasar lantai dengan kakinya sebelum melangkah pergi dengan muka cemberut
"Eish, tahulah apa aku buat bila ada suami nanti" bisik Daryan lagi.
Kehulu kehilir Arabella tak henti henti berjalan, sekejap ke dapur. Lepas tu melangkah tangga ke tingkat atas, turun kembali ke luar rumah, entah apa yang dicari cari Arabella tika itu.
"Sayang kenapa macam mak hilang anak ni, tak habis habis bergerak" soal Haidil kebingunan memerhati isterinya yang masih tidak berhenti bergerak.
"Memang saya hilang anak masalahnya" ringkas Arabella membalas.
"Hah anak? sejak bila kita ada anak? Baru tak sampai sebulan kita kahwin sayang?!" Naik seoktaf suara Haidil tika itu, dirinya pula yang kehulu kehilir menggigit kuku di jari tangannya.
"Eish apalah awak ni, anak kucing. Anak kucing yang awak hadiahkan pada saya haritu, si Gojo. Entah mana pergi tak nampak batang hidung langsung" tangannya mengurut lembut kepalanya, memikirkan tempat kebarangkalian untuk anak kucingnya itu sembunyi.
"Sayang, tu kotak apa kat luar pagar tu?" soal Haidil bila sahaja matanya menangkap satu kota agak besar terletak elok di hadapan pagar rumah mereka.
"Kotak? oh kotak barang bonda lah tu kot bonda lupa bawa masuk. Bonda ni makin tua makin nyanyuk aiyo" jelas Arabella lalu sambung mencari kucing kesayangan miliknya lagi.
"Abang pergi ambik sekejap tau" ujar Haidil melangkah keluar merapat. Bila sahaja tangannya membuka kotak tersebut, jelas kelihatan matanya terbutam kaku melihat isi di dalam kotak.
"Astagfirullah" jerit Haidil sedikit kuat tetapi sempat di dengari Arabella.
"Abang kenapa?" Arabella mula melangkah mendekat tetapi dihalang Haidil, tidak sanggup rasanya untuk membiarkan isterinya melihat isi di dalam.
"Bella don't come here" mendatar bicara Haidil.
"But why?" Arabella masih menyoal lagi.
"Dalam kotak ni ada kucing mati" jelas Haidil pula
"Kucing mati? kucing sia-" ingin sahaja menghabiskan bicara tetapi teringatkan akan kucing miliknya yang hilang terus Arabella menapak laju tidak kisah Haidil mahu memarahnya atau apa kerana mendekat.
"Ya Allah Gojo!" jerit Arabella, bila sahaja sekujur tubuh berdarah Gojo memenuhi pandangan.
"No! Gojo! Abang, Gojo kita abang!" Arabella terduduk di atas lantai mengeluarkan Gojo dari kotak dan diusap perlahan di atas riba gadis itu.
"Abang! Jantung dia berdegup lagi! Sempat bawa pergi klinik" dada kucing disentuh sedikit, jelas jantung berdegup masih berdetak.
"Okay! Jap abang gi ambik kunci" jelas Haidil tanpa menunggu lama memasuki rumah mengambil kunci lantas meloloskan diri kedua dua mereka ke dalam perut kereta sebelum kereta tersebut meluncur laju di atas jalan raya.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...