"Dato mustafa kamu ditahan kerana cubaan kamu mencederakan keluarga aku" Jelas Haidil sebaik sahaja susuk tubuh tua Dato Mustafa menyapa wajah mereka, matanya tajam merenung seperti tajam nya hujung pisau.
"apa maksud kau? kau tak ada bukti kukuh untuk itu" Dato Mustafa tertawa kuat walau dalam hatinya debaran kian kuat terdengar.
"tulah kan, tak ada tetapi aku ada warrant ni" Haidil mecebik sebelum satu keping kertas dikeluar dan diangkat tinggi hampir dengan wajah tua Dato Mustafa, jejaka tua itu mengundur beberapa langkah.
Isi setiap di dalam surat itu mustahil sekali diketahui mereka, bagaimana rahsia selama 45 tahun disorok ketat kini bocor.
"Dato mustafa sekali lagi kamu berhak berdiam diri atau mengupah peguam bela atas kesalahan kamu mengedar dadah masuk dan keluar negeri" Jejaka yang berselindung di sebalik susuk tubuh Haidil pula kini mara ke hadapan.
"Hah, eh lepaskan lah aku sial" Haidil memegang erat lalu digari kedua dua tangan milik Dato Mustafa, jejaka tua itu menerit marah ingin dilepaskan.
"did what say is wrong? s-sir?" Ejek Haidil lagi, hujung bibirnya mula senyum senget. Kau fikir aku bodoh ke nak tangkap guna alasan macam tu, mestilh sampai lubang cacing aku cari bukti asalkan kau merepot dalam penjara.
"selamat datang ke permainan yang aku ciptakan untuk engkau, kau dengan anak kau sama je. Bermainlah sepuas puasnya ye Dato" jelas Haidil lagi, tubuh tua Dato Mustafa ditolak kasar sebelum jejaka yang lain mengheret kuat Dato Mustafa keluar dari perkarangan rumah mewah miliknya.
"eh lepaskanlah aku lah gila!" jerit Dato Mustafa lagi, Haidil menghiraukan lelaki itu mahu memboloskan diri ke dalam perut kereta tetapi niat dia terbantal buat seketika.
"lepaskanlah! kau tak tahu ke isteri kau tu dah kene tebuk hah dengan anak aku" Jeritan itu membuatkan diri Haidil kaku tidak bergerak, hatinya bagaikan diragut kasar.
Tidak pernah dia mempercayai sesiapa secepat ini tetapi entah ujaran lelaki tua itu menyentap masuk terus ke dalam hatinya yang menguatkan amarah dirinya lagi.
"kau cakap benda tu sekali lagi, aku pastikan saat ni juga kau berjumpa dengan malaikat maut!" Dicekik kuat leher Dato mustafa sekuat kuatnya, melempiaskan marah nya yang kian meningkat pada lelaki itu.
"mahu? kau jangan cabar aku orang tua" jerit Haidil kuat lagi, nyeri rasanya mendengar suara bingit Haidil yang kedengaran di segenap ruang.
"Haidil sabar" Jejaka di sebelahnya memeluk erat Haidil, takut sekiranya suspek dilukai tanpa sempat disoal tentang bukti yang lain.
"kau bawa dia terus ke markas, orang tua ni tak berhak duduk di penjara biasa" Marah Haidil lagi lantas diboloskan diri ke dalam perut kereta.
"baik tuan" ringkas jejaka itu berkata mengikut saja arahan Haidil.
Kereta Haidil bergerak laju di atas jalan raya, stereng kereta miliknya ditepuk kasar. Lampu isyarat merah dilanggarnya sahaja tanpa berfikir dua kali.
~
"Ada apa yang awak sembunyi kan dari saya?" Arabella yang baru sahaja pulang lalu melabuhkan diri di sofa itu disoal Haidil, mendatar sekali kedengaran suara milik jejaka itu.
"maksud awak?" Dahi Arabella mula berkerut seribu, memghadam persoalan yang Haidil ujarkan padanya. Seingat dirinya, langsung tiada apa pun yang dia sembunyikan dari si suami.
"Jangan nak berpura pura tidak tahu Arabella Sharifah!" naik seoktaf suara Arabella membuatkan Arabella tersentap seketika, ini pertama kali Haidil meninggikan suaranya pada gadis itu.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...