"Sekat semua laluan! Tangkap suspek itu hari ni juga! Takut sekiranya suspek bakal memberi ancaman kepada pihak awam" arah lelaki bertubuh tegap itu kepada anggota-anggota lain.
"Baik, Tuan!!" Jerit mereka serentak tanpa gentar. Sekali mereka berikrar untuk menjadi penyelamat negara. Maka, dengan itu jugalah harus dibuang jauh sifat takut dan tanam dalam-dalam rasa berani nung di dalam sanubari hati.
Pantas mereka bergerak mengikut arahan dari Haidil. Haidil yang berseluar Adidas hitam serta baju T-shirt hitam dengan rambut yang sedikit kusut, mengeluh kasar.
"𝘚𝘰, 𝘩𝘰𝘸'𝘴 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘩𝘰𝘭𝘪𝘥𝘢𝘺 𝘨𝘰𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯?" Azri yang entah datang dari pelusuk mana menyapa Haidil. Selamba dia menyoal, nanti ada yang selamat masuk liang lahad kang kacau time mood tak berapa nak okay ni.
"Boleh lagi kau tanya soalan macam tu dekat aku? Kau tak nampak ke 𝘩𝘰𝘭𝘪𝘥𝘢𝘺 aku dah hancur sekarang ni?" Azri dijeling Haidil. Apa kejadahnya dia tanya soalan sebegitu pada Haidil? Tak nampak ke muka cemberut tak cukup tidurnya itu?
Tujuannya ke sini adalah untuk bercuti dan berehat tetapi tidak setelah Azri menyatakan suspek yang mereka buru kini berada di destinasi yang sama dengan tempat Haidil bercuti. Sempat dirinya berdecit geram. Inilah penjenayah! Tak henti-henti menganggu ketenteraman orang awam sampaikan hari Haidil bercuti pun diganggu.
Tambahan pulak, komander mereka tercedera semasa misi memburu suspek. Pihak atasan meminta Haidil untuk mengetuai misi kali ini.
Haidil yang ketika itu baru bangun tidur, terjaga kerana deringan telefon bimbitnya yang tak henti-henti dan terus bersiap. Tidak sampai beberapa jam dia di alam fantasi, tiba-tiba perlu mengikuti misi. Tanpa berfikir lama, terus saja Haidil bingkas bangun bagaikan dirinya itu bersedia 24 jam tanpa cuti hanya demi misi atau lebih jelas lagi, demi kesejahteraan negara.
"Empat bulan sudah kau 𝘩𝘰𝘭𝘪𝘥𝘢𝘺, tak akan masih tak cukup? Nasib kaulah tempat 𝘩𝘰𝘭𝘪𝘥𝘢𝘺 kau jadi tempat pemburuan suspek" mulut yang menguap ditutup Haidil. Azri yang membebel seperti perempuan itu dihiraukan.
"Banyak cakap lah kau ni. Aku buat aduan kat pihak atasan kang baru tahu" usik Haidil. Kini, giliran Azri pula menjeling Haidil. Gurau sikit je, buat aduan. Memang langsung tak boleh nak ajak bergurau si Haidil ni!
"Tuan! Suspek kini sedang beralih ke arah timur" beritahu salah seorang anggota misi yang berlari ke arah mereka. Tercungap-cungap dia cuba mencari nafas.
"Kumpulkan anggota dan terus menuju ke timur!" Tidak membuang masa, Haidil mengarah anggota yang menjaga di kawasan ini untuk terus bergerak ke arah timur, di mana suspek berada.
"Baik, Tuan!" Dengan itu, Haidil, Azri dan anggota yang lain bergerak mengikut arahan yang dikatakan Haidil tadi.
Walau dimanapun suspek itu berada, walau sampai lubang cacing sekali pun. Tetap akan diekori Haidil, penjahat tetap penjahat, harus ditumpaskan!
Berani melawan undang-undang negara, berani lah menanggung akibat di kemudian harinya. Jika dirinya yang harus dikorbankan demi kesejahteraan negara, Haidil tanpa berfikir sekalipun akan menjadi yang pertama melangkah gah bersedia mengorbankan dirinya.
Setitik darah orang awam jatuh, Haidil tak akan hiraukan walau berapa tong darah musuh yang harus ditumpahkan. Dia sudah berjanji untuk menjaga keamanan negara maka dengan itu tak akan sesekali dia mengotori janjinya.
~
Angin sepoi malam yang menyapa kulit, alunan merdu ombak. Indahnya hari Arabella hari ini. Bibirnya tak berhenti mengucapkan "Alhamdulillah, syukur"
Tak banyak yang dia mahukan cumanya adalah untuk orang sekeliling memahami dirinya. Dirinya untuk berseorangan. Tapi tak semudah itu untuk mendapatkannya.
Walaupun tadi dia terpaksa bergaduh mulut dengan Walidnya semata-mata ingin keluar menghayati laut.
"𝘕𝘰, Arabella! Walid tak kasi! Kamu nak keluar sorang-sorang malam ni dekat pantai?! Tak akan sesekali" bantah Walid keras. Tidak akan sesekali dia membenarkan Arabella keluar berseorangan di pantai. Bagaimana kalau dia cuba melarikan diri?
"Abang, 𝘱𝘭𝘦𝘢𝘴𝘦. Beri Bella ruang, selama ni boleh je dia keluar pergi pantai?" Sejak tadi, Bonda tak berhenti mengorak langkah mengikut langkah Walid. Walid ke kiri, Bonda juga ke kiri. Walid ke kanan, Bonda turut jua ke kanan.
"Itu selama ini. Ini sekarang, sayang" Walid memandang mata bonda lembut, saling bertentangan dua pasang mata itu. Jujur, itulah antara satu-satunya kelemahan Walid yang tak mampu Walid patahkan.
"Walid langsung tak memahami Bella, kan?" Arabella yang sedang berkata sambil memandang lantai itu Walid berpaling pantas. Membesar biji bola mata Walid mendengar kata-kata yang baru sahaja Arabella ujarkan.
"Arabella Sharifah! 𝘊𝘢𝘯'𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘴𝘦𝘦 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘐 𝘴𝘢𝘤𝘳𝘪𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘺𝘰𝘶? 𝘔𝘺 𝘵𝘪𝘮𝘦. 𝘐 𝘴𝘩𝘰𝘶𝘭𝘥'𝘷𝘦 𝘣𝘦𝘦𝘯 𝘪𝘯 𝘮𝘺 𝘰𝘧𝘧𝘪𝘤𝘦 𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘯𝘰𝘸 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘦𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘥𝘰𝘸𝘯 𝘢𝘭𝘭 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘸𝘰𝘳𝘬𝘴!" menaik suara Walid. Memarahi anak gadisnya yang keras kepala itu.
"𝘚𝘰, Walid menyesal? 𝘐 𝘥𝘰𝘯𝘵 𝘢𝘴𝘬 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘪𝘴, 𝘺𝘰𝘶 𝘨𝘶𝘺𝘴 yang ajak Arabella, kononnya bercuti untuk tenangkan diri" Arabella mendongak lalu mendekat ke arah Walid lantas Walid mengundur dengan sendiri. Agak terkejut dengan tindakan tiba-tiba Arabella.
Jelas sekali mata Arabella tika itu berkaca, bila-bila sahaja kaca yang kukuh itu akan pecah. Perasaan sakit bila diri di tengking sebegitu rupa tiap kali ditepis, menghakis rasa tabah di dalam diri yang kian menipis. Arabella buntu. Kenapa susah sangat untuk Walid faham apa yang dia betul-betul inginkan?
"And 𝘯𝘰𝘸? Ini tenangkan diri? Makin stress adalah!" Sebentar tadi Tuan Fateh, kini Arabella pula yang menaik seoktaf suaranya. Getaran sebak samar sama kedengaran. Hati Bonda mula luluh. Percutian yang disangkanya menghiburkan diri lalu dihancurkan dengan dua beranak yang saling membidas tinggi.
"𝘚𝘩𝘶𝘵 𝘶𝘱 𝘢𝘯𝘥 𝘨𝘰 𝘣𝘢𝘤𝘬 𝘵𝘰 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘳𝘰𝘰𝘮 𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘯𝘰𝘸!!" tengking Walid lagi. Tidak berpuas hati dengan Arabella yang menaik kan suara kepadanya. Tidak nampakkah dia? Yang Walid ni ayah kepadanya? Biadap.
"𝘍𝘪𝘯𝘦, Walid!" Ujar Arabella marah sebelum mengorak langkah kasar keluar sekaligus menghempas pintu bilik hotel milik Walid dan Bondanya sebelum melangkah masuk dan terperuk melepaskan tangisan diri berseorangan di dalam bilik hotelnya.
"Abang!" Marah Bonda pada Walid. Sanggup dia memarahi Arabella sebegitu rupa? Tidak sedarkah dia yang akan sikap diri Arabella yang perlu diambil serius dan berhati-hati agar hatinya tidak terguris? Tidak faham lagikah Walid setelah semua yang berlaku? Mengapa susah sangat untuk suaminya menurunkan ego buat satu-satunya anak tunggal mereka?
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...