Chapter 2

5.1K 196 0
                                    

Gadis berwajah lembut itu direnungnya dengan seribu rasa. Raut muka Arabella dikerling lama bagaikan ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Wajah putih pucat, bibir pucat keungguan, parut di dahi serta rambut yang sedikit berserabaian. Entah di mana, membuat kan matanya tidak lari dari memandang Arabella. Sudah dijampikah dia ni? Atau aku pernah bertemu dengannya sebelum ni?

Tapi tidak mungkin, daya ingatan ku lebih dari kekuatan fizikal ku. Mustahil aku boleh lupa siapa dia sekiranya kita pernah bertemu?

"Tuan?" Jejaka berpakaian segak melangkah masuk ke dalam mengampiri jejaka itu. Susuk badan milik jejaka itu mula berpaling memandang tepat pada sang pemanggil.

Lelaki berbaju hitam pendek, seluar slack serta kasut sukan hitam biru. Tidak lupa juga cermin mata hitam serta topi hitam menutup kepala. Segak bergaya walaupun sedang melakukan tugas. Dipandangnya lelaki itu, menunggu informasi yang bakal terbit dari sang pemanggil.

"tiada lagi dalan lain, suspek yang kita jeruk semalam tepat sekali suspek utama yang kita cari selama ini" mulutnya berkata kata sambil badannya berdiri tegak memusat renungan pada jejaka itu.

"faham" ringkas pula dia menjawab. Usaha dia dan rakan setugas bagi menyelesaikan misi ini akhirnya tercapai jua. Bukan senang seperti yang digambarkan tetapi itulah hakikat demi negara untuk aman sentosa.

"Dan bagaimana pula dengan perihal perempuan ni?" Soalnya sekali lagi sekadar ingin tahu. Keningnya terjongket naik sambil mata melirik sedikit memandang Arabella.

"InsyaAllah penjaga perempuan yang dimaksudkan tuan atau namanya Arabella akan sampai tak lama lagi" terbit satu senyuman di raut mukanya usai menjawab pertanyaan jejaka itu.

"Arabella? sounds unreal but beautiful" bidas jejaka itu lagi sebelum kakinya menggusung langkah keluar dari bilik itu diikuti dengan sang pemanggilnya sebentar tadi.

~

"Daryan dah cuba halang Arabella untuk balik siang hari tapi dia bertegas nak balik masa tu juga" jelas riak tidak senang hati terpamer di raut wajah tanpa cela Daryan yang masih risau akan rakan karibnya yang belum sedar kan diri di hadapan mereka tika ini.

"Ya Allah Arabella, bangun cepat sayang. Ramai tunggu Arabella bangun" tubir mata yang terasa suam, air jernih yang ditahan sejak tadi akhirnya menitis laju, jatuh membasahi raut wajah Puan Hamirah.

"Sayang, duduk sayang. Jangan meraung macam ni.  Arabella mesti tak suka tengok awak macam ni"

Bahu Puan Hamirah dipeluk erat oleh suaminya, memaksa lembut untuk bertenang walau Walid juga turut terkilan dengan apa yang baru sahaja terjadi. Sungguh tak mampu digambar apa yang dirasa mereka tika ini.

"Arabella bang, anak kita bang. Saya tak sampai hati tengok Arabella macam ni bang"

"Ye, abang tahu sayang. Abang pun tak sampai hati nak tengok anak perempuan kita yang satu ni macam ni" Tuan Fateh mengujar lembut, risau dirinya memandang wanita kesayangan meraung sebegitu. Juga terasa risau akan anak satu satu anak gadis kesayangan yang masih terdampar dibawa arus tidak sedarkan diri.

"Daryan, apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa dia bawa kereta laju sampai kemalangan semua ni? Walid yakin mesti ada punca semua ni berlaku" Kini semua tumpuan berbalik ke arah Daryan, menunggu teguh kata kata yang bakal terbit dari bibir merah gadis berambut perang itu.

Raut wajah pucat milik Arabella dipandang Daryan lama. Patutkah aku yang beritahu atau Arabella saja yang beritahu? Ya Allah aku buntu!

"Daryan? Ada apa apa yang berlaku ke?" memang tidak boleh berbalik lagi, Daryan harus cerita kan hal sebenar. Sampai bila dia mahu berahsia dengan bonda dan walid, nak tak nak harus dibongkarkan apa yang disimpan telat olehnya sejak beberapa hari lepas.

"Sebenarnya macam ni uncle" apa yang berlaku Daryan bicarakan semua. Pergaduhan Arabella dengan Khamel diceritakan semua. Tiada tambah atau kurang.

"Ya Allah, tak habis habis Khamel, haritu dah pujuk rayu tak akan buat benda yang sama. Sumpah ini menaikkan amarah saya. Mulai harini, saat ini, walid haram kan Khamel dan Arabella bersemuka lagi"  Tegas kata kata walid, mustahil peluang lain bakal diberi sekiranya Khamel datang merayu lagi. Dirinya sudah cukup masak dengan lelaki pemusnah hati anak gadisnya yang satu itu.

Sedang mereka memerima sebalik situasi yang sebenarnya berlaku, ada Arabella yang mula sedar dari tidurnya. Kepalanya terasa pening, samar samar terdengar suara menyapa lembut di telinganya.

Kelopak matanya dibuka, ruang sekeliling dipandang dan diteliti. "Aku di mana? Bau ubat?" Hatinya berbisik sebelum matanya mendarat ke arah walid dan bonda yang kelihatan sedang berbincang.

Rupa paras mereka ketat sebelum bertukar resah serta kelihatan juga rakan karibnya, Daryan yang dahi berkerut seribu.

Sedang Arabella memandang mereka, matanya berlaga dengan mata milik Daryan. Sakit tengkuknya memanggil mereka, tetapi tidak membuahkan hasil. Mungkin effect daripada kemalangan? Mungkin

Mata Daryan membulat sebelum memberitahu walid dan umi tentang Arabella yang sudah mula sedar.

"Bonda! Walid! Arabella dah sedar!" Ujar Daryan sebelum laju mengatur langkah ke katil Arabella. Puan Hamirah serta Tuan Fateh juga berbuat demikian.

"Arabella, Alhamdulillah. Kamu dah sedar ye sayang. Abang, panggil doktor bang!" Cepat cepat Tuan Fateh berlari anak mencari doktor. Ingin khabarkan kesedaran Arabella, sungguh tak lengkang kata syukur di bibir nya.

Melontar kata manis buat sang pencipta yang masih memberinya peluang untuk menjalankan tanggungjawab nya sebagai seorang walid.

(QS. An-Nisa' : 28)

وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ ضَعِيفً۬ا

"Dan manusia dijadikan bersifat lemah."

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now