Chapter 16

2.2K 88 0
                                    

Tiga bulan berlalu sejak kematian Haidil, Arabella mampu selamatkan diri dia dari terus jatuh ke lembah kemurungan. Haidil sudah menghadiahkan dirinya buat keamanan semesta, buat orang awam dan buat negara.

Dia harus teruskan hidup. Mungkin dengan kematian, luka di dunia bakal hilang. Tapi, diri dia tak mampu nak lari dari hukuman di sana kelak.

Haidil mungkin bakal kecewa jika dia bertindak sedemikian. Biarlah nyawanya ditarik di saat dirinya lengkap bersedia untuk berjumpa sang pencipta nanti, aku harus kekal hidup. Jika bukan untuk aku, untuk Haidil yang terkorban.

"Bonda, jangan risau. Arabella tahu jaga diri Arabella di sana" muka sembap milik Bonda cinta hatinya dipeluk rapi. Sayu hati mahu berjauhan dengan satu satu anaknya, Arabella.

"Janji ye jaga diri, ubat jangan lupa" tegas suara Bonda kedengaran. Ubat Arabella amat penting, untuk pulih dalam masa yang singkat terlalu mustahil tapi melihat perkembangkan diri Arabella hari ke hari membuat hatinya melonjak riang.

Mungkin bukan sekarang, hari ini, esok atau tahun depan tapi anaknya bakal pulih kembali. Bonda percayakan Arabella, kamu pasti boleh sayang.

"Baik, Bonda. Walid mana? Walid tak datang ke?" Matanya tercari-cari Walidnya jika ada di mana-mana. Arabella faham akan kesibukkan Walid tetapi tak mustahil hari terakhir dia di negara tempat lahirnya sebelum terbang ke negara orang, Walidnya bakal munculkan diri.

"Walid ada 𝘮𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨, tak dapat nak elak" Bonda senyum lembut. Sudah dipaksa suaminya yang satu itu tapi apakan daya. Dia tetap berdegil tak nak datang, bukan sebab sibuk tapi sebab merajuk. Dia takut apa-apa bakal terjadi pada Arabella sekiranya berjauhan dari mereka.

"Ouh, tak apa. Nanti Bonda kirim salam Arabella kat Walid, ye" Manis senyum terukir walau hati dilanda ribut hujan. Walidnya langsung tak berubah. Entah apa yang perlu dia lakukan untuk Walid sentiasa ada di samping dia di saat ini.

"Baik" kata Bonda lagi.

Awan putih diluar kapal terbang dipandang Arabella lama. Setelah sekian lama dia tak membawa diri dengan menaiki kapal terbang.

Dulu ketika masih di universiti, dia selalu melarikan diri melancong ke satu negeri dari satu negeri bila sahaja cuti sem, demi merawat hati gelisah.

Sudah tiga bulan berlalu, tiada perubahan rindunya pada Haidil malah bertambah hari demi hari. Orang yang dah mati tak mungkin kembali lagi.

𝘏𝘦𝘢𝘥𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦 di telinga memainkan lagu '𝘐𝘯 𝘛𝘩𝘦 𝘚𝘵𝘢𝘳' by 𝘉𝘦𝘯𝘴𝘰𝘯 𝘉𝘰𝘰𝘯𝘦. Matanya mula berkaca, benteng air mata dikukuhkan. Dia harus kuat, dia dah tak boleh lemah macam dulu. Ada orang yang sudah tiada di dunia yang perlu Arabella banggakan.

~𝘐'𝘮 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘩𝘰𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘢𝘵'𝘴 𝘥𝘦𝘢𝘥 𝘢𝘯𝘥 𝘨𝘰𝘯𝘦
𝘐 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘸𝘢𝘯𝘯𝘢 𝘴𝘢𝘺 𝘨𝘰𝘰𝘥𝘣𝘺𝘦 '𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘰𝘯𝘦'𝘴 𝘮𝘦𝘢𝘯𝘴 𝘧𝘰𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳
𝘕𝘰𝘸 𝘺𝘰𝘶'𝘳𝘦 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘵𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘪𝘹 𝘧𝘦𝘦𝘵'𝘴 𝘯𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘧𝘦𝘭𝘵 𝘴𝘰 𝘧𝘢𝘳
𝘏𝘦𝘳𝘦 𝘐 𝘢𝘮 𝘢𝘭𝘰𝘯𝘦 𝘣𝘦𝘵𝘸𝘦𝘦𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘩𝘦𝘢𝘷𝘦𝘯𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘴
𝘖𝘩, 𝘪𝘵 𝘩𝘶𝘳𝘵𝘴 𝘴𝘰 𝘩𝘢𝘳𝘥 𝘧𝘰𝘳 𝘢 𝘮𝘪𝘭𝘭𝘪𝘰𝘯 𝘥𝘪𝘧𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘵 𝘳𝘦𝘢𝘴𝘰𝘯𝘴
𝘠𝘰𝘶 𝘵𝘰𝘰𝘬 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘦𝘴𝘵 𝘰𝘧 𝘮𝘺 𝘩𝘦𝘢𝘳𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘭𝘦𝘧𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘪𝘯 𝘱𝘪𝘦𝘤𝘦𝘴~

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now