chapter 26

2K 74 0
                                    

Handphone miliknya diambil, nama Daryan di kenalan di cari. Di dail number Daryan, telefon Arabella berbunyi meminta orang di sana mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum?" Suara Daryan kedengaran

"Waalaikumsalam Daryan!" Arabella menjawab salam, nama gadis rakan baiknya itu dipanggil teruja.

"Ya saya" ujar Daryan, ni mesti nak ajak aku sembang. Puas berbeli sakan lah kan kat sana, pasti banyak tempat di Switzerland Arabella telah kunjungi.

"Kau datang ambik aku boleh?" Soal Arabella. Daryan yang disebalik rakaian melihat kembali handphone nya, betulah number Arabella tapi dah kenapa pula dia suruh aku ambik dia. Switzerland?

"Ambik kau? Gila ke, kau kat Switzerland kan. Nyanyuk ke apa kau ni Arabella, tak masuk 30 an dah nyanyuk ish ish ish" Bidas Daryan sekadar bergurau.

"Aku dah balik lah" Arabella menjeling Daryan bagaikan Daryan di hadapan nya tika ini.

"Hah! Bukan lama lagi ke kau kat sana" jeritan Daryan pada awalnya membuatkan Arabella menarik handphone menjauh dari telinga, bingit!

"Ada bala datang, nanti aku cerita" ujar Arabella lagi sambil matanya ligat memandang sekeliling. Lapangan internasional kuala Lumpur ketika ini padat dengan orang, mungkin masih musim cuti barangkali.

"Ha yelah, tunggu jap aku on the way. Jumpa nanti cerita tau" kata Daryan lagi

"Iyee" Arabella berkata panjang sebelum akhirnya panggilan tadi diputuskan. Dia berjalan mendekati bangku besi tak jauh darinya, dilabuhkan pinggulnya dia atas kerusi lantas beg beroda hitam miliknya ditarik mendekat.

Arabella menghembus nafas perlahan, sengaja dia cepat cepat check out hotelnya petang semalam. Malas berlama lama di Switzerland, risau kalau dirinya bakal bertembung lagi dengan jejaka sang pematah hati kedua selain khamel.

Memori di pantai teringat jelas di benak kepala, betapa hancurnya hati tika itu mendengar Haidil melontarkan kata. Tambahan pula dua hari awal dia di sana, sudah dia bertembung dengan Haidil yang sangka nya sudah tiada.

Pelbagai perkara berlaku sejak beberapa hari lepas yang Arabella tak pernah jangka kan. Hari terakhir kali dia bertemu Haidil, dia memutuskan untuk berada di bilik sepanjang hari sebelum akhirnya membuat keputusan balik ke Malaysia awal tiga hari dari yang sepatutnya.

Mendengar namanya saja sudah menyakitkan apatah lagi melihatnya. Dirinya masih tak jelas menerima hakikat yang Haidil masih hidup, sebulan dia meratapi rindu pada jejaka itu. Sangkanya dia sudah tiada tapi pertemuan mereka di sana, ayat pertama yang keluar dari mulut Haidil setelah kantoi dengan penipuan nya. Ya Allah, i cannot brain lah!

Tiba tiba suara nyaring perempuan kedengaran, Arabella berpaling memandang pemilik suara dengan pasrah. Dia tahu dan amat kenal dengan pemilik suara itu.

"Arabella! Ya Allah rindunya aku kau" terus tubuh Arabella didakap, Arabella membalas pelukan Daryan. Terpusing pusing mereka sambil ketawa mengekek.

"Ya Allah apa jadi kat sana? Kenapa kau balik awak sangat? Apa yang kau maksudkan dengan bala?" Ambik kau, bertubi tubi soalan diajukan Daryan pada Arabella.

"Kita singgah cafe ke mana mana dulu? Aku haus, nanti aku cerita dari A sampai ke Z okay?" Daryan membentuk o dengan jarinya, Daryan hanya mengangguk perlahan walau di benak kepalanya penuh dengan tanda tanya.

"Ish kau ni, yelah jom! Meh sini beg kau aku bawa, kesian member aku ni penat naik flight ye" bahu Arabella diurut urut Daryan, Arabella berlari kecil cuba melarikan diri. Geli! Arabella langsung tak boleh orang sentuh badan dia, rasa nak gelak je.

~

Daryan hampir tersembur bila saja Arabella mengatakan yang Haidil masih hidup, americano ais yang dipesan tadi dialihkan sedikit ke tepi. Mula focus sepenuhnya pada cerita Arabella, matanya menbulat masih terkejut.

"Series Haidil masih hidup? Pastu kubur dia?" Soal Daryan lagi, tangannya menekup mulut. Kepalanya bagai naik gila dengan cerita yang baru sahaja Arabella ceritakan.

"Penipuan dia je semua tu" ujar Arabella mendatar, penat dah nak menangis. Sakit hati masih membara tapi sampai bila harus membiarkan dirinya disakiti berterusan oleh insan yang bergelar lelaki?

"Fikir yang baik baik, ada sebab kut dia buat semua ni" Daryan cuba mempositifkan fikiran Arabella, mesti ada cerita disebaliknya tetapi tetap sampai hati Haidil menipu mereka semua seperti ini. Walau Daryan tak berapa dekat dengan jejaka itu tapi tetap dirinya terasa dikhianat apatah lagi Arabella.

"Sebab tugas dia, dia tak pernah maksudkan pun selama ni, apa yang dia buat dengan kita selama ni. Dia buat semua tu sebab tugas" Hati Daryan pula kini yang membara tapi cepat cepat dirinya beristighfar, takut akan dosa mengfitnah. Tahu sahajalah perempuan macam mana bila terlalu berfikir, overthink.

"Dah tu Anggung Azri semua?" Teringat pula pada pasangan suami isteri itu. Bagaimana kalau diorang tahu yang Haidil menipu mereka, bagaimana riak Azri nanti?

"Diorang dah tahu lama"

"Hah??" Naik seoktaf suara milik Daryan, orang sekeliling memandangnya pelik. Cepat cepat Daryan menunduk sedikit tanda maaf menganggu ketenteraman mereka di tengahari yang indah ini, tapi dah tak indah sesudah Arabella membuka cerita.

"Bila aku balik diorang nak jelaskan semua, aku malas nak suruh Haidil jelas, sakit hati aku" sambung Arabella lagi.

"Sakit hati kau?" Soal Daryan polos, masih banyak tragedi yang berlaku pada Arabella yang dia tidak tahu. Arabella mula menyambung cerita kembali, cerita di mana dia bertemu Haidil di jambatan, ketika dia hampir di apa apa kan orang tak senonoh, hinggalah kisah pantai mereka.

Daryan mula menitiskan air mata, cepat cepat tubuh Arabella didakapnya lagi. Di saat dia di sini sedang fokus dengan kerjanya, Arabella di sana sedang terseksa di Switzerland sana. Tiba sahaja plan nya untuk mengunjungi Switzerland bersama Arabella dibatalkan.

Arabella merangkul Daryan kembali, dia juga turut menitiskan mutiara jernih. Hidung nya mula merah menahan sebak di hati, tapi sekiranya Haidil tak membantunya ketika itu-

"Jadi bila kau nak jumpa Anggung dengan Azri?" Soal Daryan lagi. Tangganya memegang erat tangan milik Arabella, cuba menyalurkan semangat pada diri Arabella. Kalaulah dia pergi sama dengan Arabella, pasti semua itu tak akan berlaku? Apa hadiah yang kau mahu beri pda Arabella sampai sebegini besarnya ujian kau pada Arabella ya Allah?

"Esoklah kut aku pergi melawat Anggung, mesti dia fikir aku merajuk dengan dia sebab off phone macam tu je" ujar Arabella lagi masih dengan sebak di hati.

"Harini dan tiga hari depan aku tinggal dengan kau dulu eh, tak nak balik lagi rumah parents aku. Aku malas nak cerita hal ni kat diorang, lagipun diorang tak tahu kisah aku dengan Haidil" minta Arabella, dia tahu Daryan bakal membantunya. Rakan karibnya yang ada tika susah senang, mustahil ada rakan karib sejak kecil yang lebih sempurna dari Daryan untuk Arabella.

"Sure, apa apa je untuk kau" Daryan mengukir senyuman sebelum tawa mereka terletus jua memandang wajah merah masing masing. Bahagia bersama sama, menangis bersama sama, berduka bersama sama, indahnya persahabatan mereka.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now