Perkebumian walid sudah selesai, kali ini bukan tipu atau gurauan. Walid betul betul sudah tiada, walid sudah kembali pada pencipta. Pencipta yang Maha Esa yang mencipta kita serta seluruh alam.
"Walid kata nak tengok Arabella graduate, tetapi walid tinggalkan Arabella di hari Arabella diijab kabul kan dengan Haidil" digengam kuat tanah basah kubur milik walid, sempat dirinya mencium dahi ayahnya sebelum walid dikebumikan.
"Walid- Arabella rindu" baru sahaja sehari walidnya meninggalkan mereka tetapi hati Arabella kian hari kian meningkat rindunya pada orang yang sudah pergi buat selama lamanya.
"Sabar sayang" tubuh Arabella didakap Haidil, dia juga turut berduka melihat keluarga Arabella diuji sebegini. Hari dimana mereka sepatutnya bergembira dihujani dengan tangisan, selama lamanya hari perkahwinan mereka bakal ditangisi.
"Haidil, walid saya banyak berjanji tetapi kenapa tak dia tunaikan Haidil" ujar Arabella, Haidil hanya diam sepi memahami perasaan Arabella tika itu.
Tangannya juga turut menggenggam tangan Arabella di tanah basah kubur walid itu, terketar ketar badan Arabella menahan sebak di dada.
"Bella jom balik? Dah lama kita kat sini, walid mesti tak nak tengok kita meraung macam ni" bonda yang tidak mengalirkan air mata mengajak Arabella pulang, kosong raut wajah puan Hamirah tika itu.
Matanya bengkak menangis sehinggakan matanya sudah tidak mengeluarkan mutiara jernih, hampir semalaman tubuhnya didakap Daryan cuba menenangkan bonda.
"Tetapi bonda" belum sempat Arabella menghabiskan kata, bicaranya dipotong lagi.
"Bonda ada sesuatu nak tunjukkan pada kamu kat rumah" mendatar sahaja nada bicara bonda tika itu sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan Arabella. Di ta betah lama lama di situ, dirinya masih lemah. Bagaikan baru semalam mereka tiga beranak gelak bahagia.
Arabella mula bangkit, dipandang lama rumah baru walid. Rumah yang kekal selamanya, moga kita bersatu kembali di akhirat kelak. Arabella kemudian melangkah pergi diekori oleh Daryan, Haidil, Anggun dan Azri.
Tujuh langkah mereka melangkah, Arabella berhenti seketika. Dirinya kaku sebelum bulu romannya terasa meremang. Kini tahulah dia yang walid sedang disoal malaikat di alam sana, disoal segala perbuatan yang dia lakukan ketika masih hidup.
Mahu lari mustahil sekali, memang manusia diciptakan untuk mentaati Tuhan yang Maha Esa, Allah S.W.T. Moga perbuatan baik walid di dunia dihitung di alam sana, kelak mereka pula yang bakal menyusul.
~Bilik kerja walid dibuka bonda sebelum ditarik Arabella merapat mendekati meja walid yang kini kemas, tiada lagi bebelan bonda memarahi walid yang 24 jam di dalam bilik kerjanya. Tiada lagi walid yang fokus dengan kaca mata di mata menumpukan perhatian pada kertas kerjanya, yang tinggal hanya lah bilik kerja yang penuh dengan buku laporan.
Laci meja walid dibuka bonda, sebelum dua keping sampul surat dikeluarkan lantas dihulur pada Arabella. Arabella memandang sampul surat dan bonda silih berganti, bonda hanya senyum kecil sambil mengangguk lemah.
"Bonda jumpa ni masa mengemas bilik kerja walid, bonda dapat tahu pun semalam. Patutlah kuat sahaja hari bonda nak melepas rindu di sini rupanya ada sesuatu yang walid tinggalkan buat kita" jelas bonda lagi.
"Kamu bacalah, bonda keluar dulu" bonda menggosok lembut bahu anak gadisnya sebelum mula melangkah keluar, pintu bilik kerja arwah walid ditutup perlahan.
Lemah tubuhnya ketika ini, dirinya juga hampir terkejut membaca isi surat walid sampaikan pada mereka tika ini, tak sangka ada rahsia yang walid simpan dari mereka.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...