chapter 51

1.8K 62 1
                                    

Tika Arabella sedang sibuk melayari telefon bimbit, kedengaran loceng pintu dideringkan.

"Siapa pula tekan loceng? Ni mesti bonda atau Daryan tertinggal kunci lagi ni haiyaa" ringkas Arabella bangun dari sofa menghampiri pintu rumah.

"Bella dah cakap jangan lupa ku-" kata kata Arabella tersekat seketika melihat luar yang tika itu tiada langsung sebarang kelibat Daryan ataupun bonda.

"Ku-kunci" Sebaik sahaja menghabiskan kata, kini matanya dijamu dengan sebuah kotak kecik yang terletak elok di hadapannya, tiada nama penghantar dan juga tiada nama penerima.

Kotak itu dibawa Arabella masuk ke dalam, diletak kan ianya di atas meja kopi sementara menunggu Daryan dan bonda balik. Tiba hatinya dilanda gundah gelana, tertanya tanya akan entah apa yang ada di dalam kotak tersebut.

Malas menunggu lama, terus kotak itu dibuka laju menggunakan gunting tajam.

"Hmm ada apa eh dekat dalam" tangannya masih ligat membuka saletip yang dibalut kemas. Lima bintang untuk safety nya, memang tak akan pecah lah kalau ni.

"Apas tiba tiba busuk pu-" bau busuk mula memenuhi rongga hidung milik Arabella entah kenapa sebelum matanya menjamu sesuatu yang mengerikan di dalam kotak parcel tersebut.

"Allahu ahkbar! Ya Allah apa benda tu" Laju kakinya menendang kotak itu jauh dari dirinya, mulut Arabella tika itu tidak lengkang dari beristighfar.

Tidak lama lepas itu, pintu rumah dikuak luas dari luar, bonda dan Daryan mula melangkah masuk ke dalam rumah dengan riak yang bingung.

"Kenapa pintu tak tertutup tu Arabella" wajah cemas anaknya itu menwujudkan pelbagai tanda tanya.

Tiba tiba salam dari luar rumah kedengaran pula, seorang jejaka sedang membawa masuk sebuah bungkusan besar ke dalam perkarangan rumah

Sebaik sahaja perkara itu dipandang Arabella, terus nyaring gadis itu menjerit kuat. Dirinya menggelupur sambil mengundur mengesot ke belakang, Daryan tanpa tunggu lama terus mendakap tubuh Arabella yang diibaratkan seperti adiknya sendiri.

"Kenapa Arabella? Eh comelnya kucing!" Bonda jadi tak tentu arah dan terus membuka bungkusan itu tanpa menandatangani kebenaran untuk membuka kotak tersebut, mahu tahu apa yang ditakuti amat oleh anak perempuannya.

Tetapi ianya hanyalah seekor kucing, sejak bila anak gadisnya takutkan kucing malah diri Arabella amar gemar akan kucing cuma tak diizinkan lagi untuk membela kucing. Risau kesihatan walid terganggu kerana sedar maklum yang walid anti akan bulu kucing.

"Kucing?" soal Arabella pula sebelum cepat cepat dia bangun menghampiri bonda, betul. Ianya seekor kucing bukan benda mengerikan seperti di dalam rumahnya.

"Ini ada hadiah buat puan Arabella dari tuan Eid Haidil, dia belikan puan kucing" ujar lelaki itu.

"Ni surat" tambah lelaki itu lagi sebelum berlalu pergi setelah tugasnya sebagai penghantaran bungkusan selesai dan selamat dihantar.

Sayang kata sayang teringin nak bela kucing so abang belikan saya munchkin, jangan lebih lebih dengan dia tau. Nanti abang cemburu.

- Eid Haidil, suami kesayangan adinda

"kenapa Arabella menjerit tadi" soal Bonda risau akan anaknya yang tiba tiba menjerit bagaikan tak tentu arah.

"Arabella fikirkan tu bungkusan yang sama dengan yang dalam" jelas Arabella pula, hal ini membuatkan Daryan serta bonda mengerut dahi. Perkara apa yang membuatkan Arabella menjerit sebegitu rupa.

Daryan melangkah masuk ke arah bungkusan mendekati bungkusan yang dikatakan arabella.

"Bungkusan apa?" soal bonda lagi

"Astagfirullah!" jerit kuat Daryan pula, terduduk gadis itu sambil menekup mulkut.

"Daryan kenapa" Bonda dan Arabella terus mara menuju ke arah Daryan.

"Ada burung mati dalam kotak ni" kotak yang dikatakan Daryan dipandang Bonda sebelum sepasang mata Bonda juga turut terbeliak.

"Hah! Siapa yang bagi ni Arabella?" Soal bonda, siapa yang berani bermain perkara sebegini dengan mereka. Apa mereka ingat benda seperti ini semua lawak ke? Allahu Ahkbar.

"Entah ada orang tekan loceng then bila arabella buka je pintu ada bungkusan ni" jelas Arabella lagi.

Surat dibawah bangkai burung itu diambil bonda lalu dibaca satu persatu, menghadam kata kata dan menganalisis siapa dalang di sebaliknya.

Aku akan pastikan keluarga kau tak aman, apa yang berlaku pada keluarga aku akan turut berlaku pada keluarga engkau perempuan sial!

Teruntuk Arabella Sharifah

"SubhanAllah siapa lagi yang tak puas hati lagi dengan Arabella ni?" Mata bonda mula berkolam, entah hati mana yang terlalu kejam menyimpan dendam pada anak gadisnya.

"Bella tak tahu bonda, Bella takut" Susuk tubuh Arabella dirangkul bonda sebelum Daryan juga turut memeluk erat diri mereka. Jatuh dan bangun Daryan akan tetap di sini dengan bonda dan Arabella.

Hati Arabella kini gelisah tak menentu dan betul betul mengharapkan kepulangan Haidil secepat mungkin, dia tak kuat nak hadapi semua ini. Arabella tak mampu.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now