"Ya Allah bonda, apa yang berlaku?" Ujar Daryan setelah sampai pada bonda yang sedang ke kiri ke kanan bagai tak tentu arah.
"Kenapa Arabella dengan walid, Khamel buat apa?" Tangan bonda dipegang Daryan erat, sejuk tangan bonda tika itu walau tudungnya basah dengan peluh serta dirinya penuh dengan darah.
"Bonda tak tahu, bonda sampai je dekat rumah diorang dah macam ni" terketar ketar bonda berkata sambil tak henti henti menangis, bonda dipaut Daryan rapat. Cuba menyalurkan semangat dan kekuatan pada wanita itu.
"And masa bonda nak masuk dalam tu, bonda nampak kereta Khamel keluar" setelah pelukan dilerai, bonda menyambung lagi katanya.
"Khamel? Mamat lembu tu?" Tiba tiba datang seorang jejaka memintas kata bonda, entah siapa mereka. Mungkin kawan Arabella juga, bonda betul betul sibuk sampai kan siapa Arabella rapat pun tak diketahuinya.
"Hah?" Daryan dan yang lain berkata serentak. Kini semua menumpukan perhatian lurus pada Haidil, Haidil menggaru kepala nya perlahan.
"No I mean hidung dia bertindik macam lembu" hidungnya ditunjuk pada mereka membayangkan hidung Khamel yang bertindik itu.
"Ouhh" bonda dan Daryan mengangguk perlahan, setuju dengan kata Haidil tadi.
"Macam mana kau tahu dia bertindik? Kau pernah jumpa dia ke?" Soal Azri pelik dengan tingkah laku Haidil, tak pernah cerita pula kat dia yang mereka pernah bertemu.
"Haritu masa kau dan Anggun minta tolong aku ambik kan Arabella, khamel datang ganggu dia and cuba tarik dia nak bawa lari" jelas Haidil, bonda mula menutup mulutnya perlahan.
"Nasib aku sempat nampak, and time aku datang tu dia tengah angkat tangan nak tampar Arabella. Aku apa lagi, pegang lah tangan dia and kau nak tahu tak, dia cengkam tangan Arabella sampai berdarah tangan Arabella" ujar Haidil lagi.
"Patutlah Arabella tangan ber plaster, ya Allah bonda sibuk sangat dengan kerja sampai tak tahu apa jadi. Semua salah bonda" raut wajah Puan Hamirah diraup kasar, dia gagal sebagai seorang ibu dan isteri walau dia tahu tugas menjaga kesejahteraan sesebuah keluarga adalah tugas seorang suami tapi tetap dia gagal mengekal kan keamanan dalam keluarga kecilnya.
"Plaster je, tak berbalut?" Selamba Haidil menyoal, bonda yang tika itu mula basah dengan air mata terkaku seketika. Air matanya tadi seperti naik semula ke sepasang matanya bila sahaja telinganya menangkap kata kata yang baru sahaja dilontarkan Haidil.
"Tak pula, kenapa ye?" Soal bonda pula, raut wajah lelaki itu diteliti. Jejaka ini macam ada something sahaja yang dia sorok, seperti perasaan sayang dan risau tapi tidak dipaparkan. Haidil ni dah jatuh suka ke dekat Arabella? Tapi sejak bila?
"Eh tak ada apa apa" Haidil mengundur sedikit ke belakang menjauhi mereka, seram sejuk dirinya bila perasan akan renungan bonda di segenap tubuhnya.
"Apa?" Azri yang menepuk kasar bahu Haidil, digosok perlahan bahunya. Pedih tau, tiba tiba datang tepuk bahu kita, sempat dijeling Azri sebelum dia menyoal geram.
"Kau jelaskan semua pada aku nanti" telunjuk tangan kanannya lurus pada raut wajah Haidil, sampai hati betul rakan baik seorang nya ini berahsia dengan nya. Terkebil kebil dia mendengar cerita Haidil tadi.
"Tak aunty, bukan salah aunty. Ada hikmah semua ni berlaku, tak akan terjadi sesuatu tanpa izin Allah aunty" Anggun mula merapati bonda, digenggam erat telapak tangan wanita berusia itu, dia faham apa yang bonda rasa. Walau nyawa di dalam perutnya tika itu masih kecil tetapi naluri nya seorang bakal ibu padat di dada nya.
"Betul apa Anggun kata, mungkin Allah nak tunjuk pada kita orang macam mana sebenarnya khamel tu" Kini Daryan pula berkata, dielus lembut bahu puan Hamirah. Tak mahu bonda rakannya itu cuba melemparkan semua pada dirinya, ini takdir. Takdir sang pencipta, mungkin ada sesuatu yang pencipta Maha Esa itu mahu jelaskan.
"Tetapi kenapa mereka? Kenapa tak bonda je?" Jika tadi raut wajah bonda kering dengan air mata tapi kini basah semula. Merah muka bonda tika itu tak termasuk lagi mata bengkak nya akibat menangis sepanjang hari.
"Astagfirullah bonda, ini semua takdir Allah. Kita berdoa banyak banyak dan fikir positif saja" nasihat Anggun, Daryan anggukan. Betul apa yang Anggun ujarkan.
~
Hampir dua jam berlalu tetapi Arabella dan Walid masih tiada khabar,
"Bukan kamu ni yang jaga Arabella dulu, yang polis pemantau tu" Haidil yang tika itu merenung jauh tersentak akan kata yang diujarkan bonda padanya.
"Haah saya lah tu, dan ni Azri rakan setugas saya serta isterinya Anggun yang jaga Arabella bila saya tak ada" Azri dan anggung tak jauh darinya diperkenalkan, tak sempat mereka kenalkan sebentar tadi akibat sibuk mengenal pasti punca kemalangan yang berlaku pada kedua beranak itu.
"Hai aunty" Anggun dan Azri menyapa serentak.
"Tak payah panggil aunty, panggil je bonda. Kamu pun sama panggil je bonda" Bonda mengukir senyuman manis, sakit telinga nya mendengar panggilan yang mereka gelarkan pada nya.
"Ouh baik bonda" kan lebih manis didengar dengan gelaran bonda, puan Hamirah lebih ramai dipanggil bonda. Kawan anaknya seperti anak nya juga, itu prinsip dia sebagai seorang ibu pada satu satu anak tunggal nya. Arabella bukan mudah berkawan, kenal sangat dengan sikap pendiam anaknya yang satu itu.
"Macam mana bonda boleh biarkan Arabella berhubungan dengan Khamel?" Soal Haidil setelah lama mereka berdiam diri, hatinya kuat ingin melontarkan soalan bagaimana mereka boleh berdiam diri melihat Arabella berhubung dengan khamel?
Melihat dari segi pakaian dan fizikal Khamel, pasti ibu bapa keluarga lain tak akan sesekali membiarkan anak mereka menjerumus kan diri anak mereka pada lelaki seperti itu. Bukan Haidil tidak tahu dengan kata "don't judge a book by his cover" cuma lihatlah apa yang baru saja berlaku.
"Entah bonda pun tak tau kenapa bonda biarkan je dia berkawan dengan Arabella sampai ada hubungan semua tu" Fikirnya mereka hanya berkawan pada awal perkenalan, tetapi semakin dalam mereka mengenal hati budi masing masing.
Arabella menceritakan perihal Khamel dan Arabella yang sudah mula menjalinkan hubungan cinta, dia faham rasa sayang Arabella yang kian membesar saban hari.
Disebabkan itu dia sebagai seorang wanita menyokong apa sahaja yang Arabella mahu jika itu tidak memberi padah pada keluarga mereka.
"Bonda tak hiraukan sangat soal jodoh ni, janji Arabella bahagia sebab awal awal dulu bonda tengok Khamel tu baik orang nya tapi tak sangka sampai drastik macam ni perubahan dia" tetapi nasib tidak berjalan seperti yang mereka sangka kan bila sahaja Khamel pertama kali menyakit hati anak gadis nya itu.
Jujur hatinya membara tetapi mendengar rayuan Khamel yang sanggup berpanas hujan di depan rumah mereka demi mendapatkan kembali anaknya, hati nya terbit rasa kasihan.
Berkali berkali diberi peluang untuk berubah tapi tetap satu peluang pun tidak diguna oleh Khamel sebaik mungkin. Tetap juga dia menikam berkali kali hati lembut Arabella, sakit hatinya melihat Arabella yang mula menunjukkan perubahan ketara selepas ditinggalkan lelaki itu kerana itu dia dan suaminya tekat untuk tidak membiarkan jejaka itu mengkhianati Arabella lagi.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...