The End

2.3K 59 7
                                    

"Ibu, ibu ambik ubat apa tu" Soal Jibreel pda ibunya yang sedang teliti membelek ubat ubat. Pening rasanya melihat pelbagai ubat di tangan ibunya, rasa mahu muntah.

Mana mungkin seorang manusia mampu makan semua tu?

"Ibu sakit ke?" Soal Jibreel lagi pada ibunya yang tak pernah lelah menjawab persoalan nya, kata ibu. Jibreel adalah anak yang paling pintar pernah ibu jumpa padahal Jibreel lah anak sulung ibu? Mungkin juga anak tunggal.

"Ye sayang ibu sakit" Jelas Arabella pada Jibreel.

"Kesian nya ibu kene makan ubat hari hari" Bebel Jibreel menbuatkan tawa Arabella terletus seketika

"Kita doakan ibu cepat sembuh ye" Bicara Arabella pula.

"Ya Allah kau sembuhkan lah ibu ku dan jauhkanlah kami dari seluruh penyakit" Arabella tersenyum kecil melihat anak lelakinya yang teguh berdoa buatnya.

"Comel je dia doakan ibu ye" Bidas Arabella lagi sebelum kedua pipi gebu anak lelakinya itu dicubit kuat.

~

"Jibreel buat apa tu?" Suara ayah nya menyetak kan Jibreel dari lamunannya.

"Babah, Jibreel rindu ibu" Sayu suara Jibreel kedengaran membuatkan Haidil terkaku seketika, babah pun rindu ibu sayang.

"Ada jumpa tak tanda keberadaan Arabella?" Soal Haidil dengan diri yang serabai, rambut yang kusut bagai sudah hilang arah hanya kerana seorang isteri.

"Habistu carilah sampai dapat!" Marah Haidil pada mereka, mereka tanpa membantah meneruskan sahaja kerja mereka yang tergendala tadi.

"Haidil" Panggil Azri dari jauh pada Haidil yang sungguh tak senang duduk, kehulu kehilir entah apa yang difikirkan lelaki itu.

Isterinya Arabella semestinya.

"Apa!?" Marah Haidil pada Azri yang jelas tidak berbuat salah.

"Dah dua minggu dah Haidil, diorang buat kerja tetapi tak akan sebab diorang tak jumpa Arabella. Kau nak marah diorang macam tu? It's not their fault" Jelas Azri penuh prihatin pada Haidil, takut sekiranya menguriskan hati sahabatnya nanti.

"Aku nak isteri aku Azri, kau faham tak aku nak isteri aku!" Berontak Haidil lagi lantas dipeluk sahaja badan sasa milik Haidil, menyalurkan semangat buat Haidil untuk meneruskan hidup sekiranya benar Arabella tak akan kembali lagi.

"Ye aku faham" Bidas Azri mengusap lembut belakang Haidil, basah bahunya dengan tangisan jantan lelaki itu buat pertama kali.

Tidak pernah Haidil mengeluarkan tangis melainkan ianya melibatkan isteri kesayangan Arabella Sharifah.

Dulu abang yang tinggalkan sayang tetapi sekarang sayang pula yang tinggalkan abang, kifarah itu benarkan sayang? Hati Haidil berbisik kecil.

Tamat

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now