chapter 32

2K 77 0
                                    

Sudah puas rasanya mencuci mata melepaskan stress, Arabella melangkah menghampiri pintu dengan beberapa plastik makanan yang dibeli untuk dibawa pulang.

"Arabella!" tetapi belum sempat Arabella meneruskan langkah, namanya dipanggil lagi tapi kini suara garau jejaka yang memanggilnya. Memang hari ini hari orang terserempak dengan dia ke.

Arabella menghembus nafas perlahan sebelum berpaling ke belakang, terkaku dirinya seketika memandang gerangan susuk tubuh di hadapannya.

Setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya kau muncul lagi di hadapan aku? Inilah jejaka yang hampir membuat Arabella meragut nyawa nya sendiri, inilah jejaka yang suka akan bermain dengan permainan yang dicipta jejaka itu sendiri.

"Khamel, kau nak apa?" Itulah soalan yang keluar dari mulut Arabella, tiada lagi rayuan, tiada lagi tangisan seperti dulu. Dirinya sudah cukup pasrah dan penat mahu menjerumus kan dirinya lagi ke dalam permainan jejaka itu.

"Lama kita tak berjumpa kan?" Kening Arabella ternaik sebelah, terasa dejavu di dalam dirinya. Kau fikir aku akan jatuh lagi ke, ke dalam dakapan kau khamel?

Arabella yang dulu tak sama dengan yang sekarang, mungkin dulu dia hampir hilang pegangan dan tak tentu arah dengan hala hidupnya tapi kini? Dia sudah bersedia untuk meneruskan hari mencari keredhaan tuhan dengan jalan yang jelas dan penuh dengan impian.

Dia sudah lelah untuk kekal melayan karenah mental nya, tanpa usaha diri tak mungkin dia akan pulih maka kerna itu azam dirinya kali ini tak besar tetapi berharap agar dia sentiasa kuat dalam menempuh ujian dan halangan yang berliku ini.

"Kau makin cantik, jom lepak minum coffee dulu?" Mungkin kata kata yang berbeza kau lontarkan buat kali ini tapi Arabella tahu, apa misi utama khamel mendekati dirinya. Pernah sahaja selama ni dia hampir terserempak dengan jejaka itu, tapi Arabella dilayan bagai orang yang tak dikenali tika itu.

"Khamel Khamel enough, kau nak apa?" Malas berlama dengan dia, Arabella terus menyoal walau dia tahu apa kata kata yang bakal diujar lelaki itu.

"Arabella aku sebenarnya" like how Arabella expect, jujur Arabella kata dulu dia terlalu tidak matang dalam mengawal soal hati dan cinta tapi kini cinta bukan keutamaan buat dirinya lagi malah jauh sekali.

"Aku nak kau balik" Arabella tertawa kecil, kata kata yang diujar Khamel langsung tidak membuatkan dirinya terpegun atau apa tetapi menyampah. Berapa kali kau nak jilat balik ludah kau Khamel? Tak jijik ke, aku yang tengok kau ni dah terlebih jijik tau tak.

"No, kau yang tinggalkan aku. And ain't no way I accept you back" mendatar Arabella membalas, tiada lagi lemah lembut dalam nada pertururan nya.

"Tapi Arabella kita boleh fix balik kan, macam dulu?" Rayu Khamel pula, cuba bermain emosi dengan hati gadis itu tapi tidak kah dia tahu yang hati Arabella sudah lama mati?

"No! Aku dah cukup bagi kau peluang tapi kau apa, tak habis dengan alasan kau" bidas Arabella laju, ternaik satu oktaf nada suaranya. Muak dengan kata kata jejaka itu, makin dia melayan makin sakit hati nya.

"First kau cakap mama kau paksa kahwin sebab mama kau dah ada calon yang lebih layak dari aku and then kau kata kau tolak lamaran kononnya hati kau masih kat aku?" Marah Arabella, Khamel hanya terdiam sepi mendengar tengkingan gadis itu. Sungguh dia tidak menjangka gadis yang disangka lemah selama ini berubah drastik seperti ini?

"Lepastu kau cakap pula yang kau kena perangkap khalwat dan terpaksa kahwin nak tak nak pastu kau datang lagi cakap yang perempuan tu sebenarnya mengadung dan dia kene perangkap jadi pak sanggup. Tapi lelaki yang buntingkan tu dah datang balik nak kahwin dengan perempuan tu jadi kau nak aku balik?" Orang di sekeliling yang menjadi saksi Arabella hiraukan, lagi puas hatinya. Kalau boleh mahu satu dunia dengar baru lah lebih dari puas hati Arabella.

"Tak cukup dengan semua tu kau cakap mama kau tak boleh nak terima aku walau apa cara sekalipun now kau datang balik? Sudahlah Khamel, aku dah penat dengan kau" rayu Arabella untuk lelaki itu berhenti, berhenti menganggu dia.

"Kau cari lah perempuan lain untuk terus bermain dengan permainan bodoh kau" tambah Arabella lagi.

"But Arabella please last chance aku betul betul dah insaf dan mama aku dah sanggup terima kau. Aku janji ni last kita fix okay?" Khamel merayu lagi, harap muka sahaja ada eloknya tetapi perangai HAUK!

*teringat pula dekat lelaki hauk tu.

"No! Khamel kau tak puas ke tipu aku?" Soal Arabella lagi, dia perlu membongkar kan. Dia dah tak sanggup, mungkin katanya nanti bakal menyakitkan hati jejaka yang dulu menjadi idaman nya tapi bukan kini. There are big difference between you love me and you need me, perempuan bukan mainan untuk lelaki bermain.

"Mama kau dah mati lama lah, kau yang reka cerita semua. Bila mana kau bosan kau lepaskan aku macam tu je tapi bila kau keseorangan kau datang lagi merayu pada aku" terkaku Khamel, kakinya melangkah perlahan ke belakang memandangkan Arabella maju ke hadapan dengan jari runcing gadis itu menyentuh dada nya berkali kali.

"Enough is enough" ringkas Arabella berkata sebelum akhirnya melangkah menjauh meninggalkan khamel yang masih terkaku, buat pertama kali dia yang melangkah pergi bukan Khamel. Wanita mungkin diciptakan lemah tetapi tidak untuk lelaki seperti jejaka hingusan itu!

Khamel yang tersedar Arabella mula melangkah pergi, cepat cepat berlari menarik tangan gadis itu kembali tetapi direntap Arabella kasar.

"Berhenti kejar aku atau kau nak aku jerit satu Mall ni?" Kata Arabella sebelum akhirnya menghadiahkan Khamel jelingan tajam, ingat dia je boleh main ugut ugut? Aku pun bolehlah!

Susuk tubuh Arabella kian menghilang dari pandangan nya, raut wajah nya Khamel raut kasar. Kasar nafasnya dihembus, marah bila mana rancangan nya tak berjalan seperti yang dia inginkan.

"Aku tetap akan dapat kan kau tak kira apa, kau hak aku!" Ujar Khamel perlahan masih tak mengalah, dia tak akan pernah kalah dengan perempuan seperti Arabella malah jauh sekali.

Orang sekeliling yang masih memandang dijeling Khamel sebelum dia turut melangkah pergi bertentangan arah dengan Arabella pergi. Kasar kakinya melangkah dengan tangan yang dikempal erat tidak puas hati.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now