Arabella melangkah kasar ke dalam butik Daryan, betul Daryan mempunyai butik nya sendiri. Semua ini kalau tak terjadi kalau dirinya tak menumpu satu peratus untuk memajukan butik kecil nya.
Titik peluh, penat tidur lewat akhirnya membuahkan hasil. Pelbagai rekaan baju tersangkut rapi di rak keliling butiknya tika itu, para pelanggan saban hari makin meningkat. Daryan tersenyum kecil memandang hasil tangan nya menjadi serbuan orang ramai.
"Kenapa ni Ara? Marah sangat nampak?" Soal Daryan menghampiri Arabella yang sudah selamat duduk di atas sofa kelabu tak jauh darinya, pintu pejabat ditutup rapi.
"Kau tahu tak, aku jumpa siapa tadi?" Soal Arabella dengan dada yang tak henti sejak tadi menaik menurun, hatinya masih geram dan marah dengan Hantu beku yang Arabella terserempak tadi.
"Jumpa siapa?" Soal Daryan lagi sambil melabuh diri di atas sofa di depan Arabella. Air yang dibawa masuk Arabella tadi diambil sebelum dihirup perlahan menunggu kata kata yang bakal keluar dari mulut gadis di depannya.
"Jump-" belum sempat Arabella berkata, datang seorang gadis sedikit muda dari nya bertanyakan soalan. Arabella memandang Daryan dan gadis itu bersilih ganti.
"Kak, saiz kecil sikit dari ni ada tak?" Soal gadis itu.
"Eh saya tak kerja sini" jawab Arabella laju, aku ni nampak macam pelayan customer ke dia tanya aku? Punyalah serba hitam baju Arabella hari ini sampaikan orang tersilap menyangka nya pekerja di bukti rakan baiknya ini.
"Lah ye ke maaf" gadis itu menunduk laju, tersilap orang lah pula.
"Saiz kecik sikit, ada rasanya. Sekejap, Mawar awak boleh tak datang sini layan customer dulu. Tinggal je stok kat belakang, butik nak tutup nanti baru awak setel kan" Daryan tertawa kecil sebelum bangkit menghampiri gadis itu.
"Baik Cik Daryan!" Staff butik dipanggil, Mereka melaung sedikit kuat sebelum cepat cepat datang pada mereka, saya tak nak gaji kena potong!
"Sini ye kak" ajak Mawar membawa gadis itu ke tempat stok baju yang dipegang nya berada. Daryan suduk semula menunggu Arabella menyambung cerita.
"Ada fikir aku ni pekerja kau" tawa mereka terletus, terbahak bahak Daryan tertawa. Daryan dipandang Arabella pelik, ini dah lebih minah oii.
"Tulah kau, pakai serba hitam sangat harini. Dah macam orang berkabung" pakaian yang dipakai Arabella, dibeleknya lagi.
"Diam lah kau, ha orang yang aku terjumpa harini-" dijeling Daryan bergurau sebelum mengujarkan kata.
"Jangan cakap kau terserempak dengan khamel?" Soal Daryan tiba tiba, matanya mencerlung tajam pada Arabella.
"No! Khamel tu dah lama aku tak jumpa, eloklah dia pergi. Aku pun naik penat dengan penipuan dia konon nya mama dia tak suka aku" jerit Arabella perlahan.
"Fuh nasib, ha sambung balik" dadanya digosok Daryan perlahan, lagi elok lah lelaki tak muncul kan diri depan Arabella.
"Aku jumpa Haidil" ujar Arabella ringkas sambil memandang kukunya, lama juga aku tak buat cat cat kuku ni. Weekend ni kalau Daryan tak busy, aku ajak dia lah lagipun kepala dah rasa macam sarang tebuan.
Lama benar rasanya tak girls day out!!
"What? Bukan haritu kau cakap dia kat Switzerland?" Daryan menyoal tidak percaya yang Haidil sudah balik ke Malaysia, mesti terasa agak janggal buat dirinya jikalau bertembung dengan jejaka itu.
"Manalah aku tau, tu haritu ni harini tiba ada Malaysia. Dah balik sini lah tu kot" bidas Arabella lagi.
"Pula dah, dia ada cakap apa apa ke kat kau?" Arabella disoal Daryan.
"Dia belanja aku ni air yang kau minum tu, dia belanja" air yang berada elok di tangan Daryan, ditunjukkan mengguna jari telunjuk kanannya.
"Eh kenapa pula dia belanja, bukan ke kau yang sepatunya belanja aku?" Soal Daryan lagi, bukankah Arabella yang beriya nak belanja dia harini tapi dah kenapa pula Haidil yang sepatutnya dah lama meninggal tu belanja.
"Ye memang aku ni baik hati sangat nak belanja kau lagi even time balik Switzerland dah berguni barang aku beli bawa balik bagi dekat kau, ergh tapi aku lupa bawa duit lebih" Daryan dijeling Arabella lagi, teringat ketika di Switzerland. Setiap kali Arabella membeli barang, setiap kali tu jugalah dia teringat akan Daryan.
Daryan ketawa kecil, malulah tu. Hujung jarinya masing masing tersentuh, apa kau buat macam tu. Apa fikir kau lah perempuan paling comel dalam dunia ni wahai kak Daryan oii.
"And masa tu mesin paywawe rosak" sambung Arabella lagi.
"Patutlah" Daryan mengangguk perlahan, cuba memahami situasi yang berlaku. Americano yang disedut hampir separuh, kek red velvet yang dibeli Arabella dirasa menggunakan sudu kecil yang sudah disediakan.
"Tapi kan touch and go boleh rasanya dekat cafe tu" bidas Daryan lagi dengan mulut penuh dengan makanan, nasib lah tak tersembur dekat muka Arabella. Kalau tak ada yang kena jirus air greentea nanti, tak pasal pasal hijau Daryan nanti.
"Tulah pasal, aku dah masuk kereta baru teringat. Ya Allah entah macam aku boleh lupa, staff tu pun satu tak ingatkan" ditepuk meja kayu itu kasar, tersentak Daryan seketika. Dadanya digosok perlahan, kalaulah Daryan ni ada penyakit jantung mahu dia mati tika itu juga gamaknya, kus semangat.
"Tulah kau masa kecik kecik tak makan kismis, bila tua dah jadi pelupa" bidas Daryan lagi, teringat memori mereka di sekolah. Cikgu offer kismis tapi tak nak makan, entah kenapa tak mahu nya.
"Dahlah dia suruh aku unblock number dia pastu suruh save pula tu, dia ugut tau!" Sambung Arabella lagi masih tidak berpuas hati.
"Lah, kau block number dia ke selama ni" lagipun padam muka gak dia kena block, suka hati je sakitkan rakan kesayangan aku.
Apa kau fikir kau tu polis, kau boleh buat apa je ha? jangan harap Dead Haidil, hmph.
Arabella mengangguk perlahan, Air green tea miliknya diambil. Kini giliran dia menjamah pesanan yang dibeli nya tadi.
"Tapi kan macam mana dia tahu kau block number dia" Tak akan ada orang tahu yang Arabella block mereka kecuali ada mesej dihantar tapi tak kesampaian kerana disekat, Daryan tahu akan Arabella yang serius dalam menjaga privasi nya. Tak kira di realiti atau di laman sosial-
"Kan"
"Mesti dia ada mesej kau kan, agak agak dia mesej kau apa?" Daryan memberi cadangan, hari telunjuk menaik menunjukkan tanda satu.
"Entah aku, malas ambik tahu. Semak je fikir hal dia, baik aku fikir hal lain" cadangan Daryan, Arabella pura pura tidak peduli walau hatinya kuat berbisik mesej apa yang dihantar Haidil sebenarnya?
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...