chapter 50

2K 62 1
                                    

"Melur kalau free datang lah lagi rumah bonda lagipun bila Arabella dan Daryan ni lambat sangat balik, bonda pun kadang kadang bosan juga" adu bonda, Daryan dan Arabella di sebelah masing masing dah merenung sesama sendiri. Tak cukup lagi ke kasih sayang yang diorang bagi selama ni, haiya bonda.

"Amboi bonda, tambah anak angkat ke tu?" usik Arabella pula.

"Cantik cantik mestilah kene naik jadi anak angkat" terus terletus tawa keempat empat gadis di perumahan itu tadi. Ada sahajalah bonda ni jawapannya.

"Tak apalah bonda, Arabella dan Daryan. Melur pergi dulu" bidas Melur pula, hampir lima belas minit juga mereka di depan pintu ini, ada sahaja lah alasan mereka tak nak bagi si Melur ni balik tetapi maaflah semua saya ada keja yang belum selesai lagi.

Bonda disalam disusuli dengan Bella dan Daryan sebelum Melur melangkah keluar dari perkarangan rumah mereka dan terus meloloskan diri ke dalam kereta.

"Bai bai Melur!" Serentak Arabella dan Daryan menjerit.

"Sumpah cantik gila Melur macam awek jepun" ujar Daryan teruja, sumpah masa Arabella bawa balik tadi. Fikirnya artis Jpop yang dibawa, nasib tak keluar buku minta authograph.

"Dah mama dia orang jepun" bersahaja Arabella membalas sambil memandang kereta milik Melur meluncur laju dan mula hilang dari pandangan matanya.

"Serieslah!"

"Haah" ringkas Arabella membalas.

"Bersembang lah kamu berdua, bonda masuk dapur dulu" ujar bonda lagi sebelum meloloskan diri ke dapur, halamak kalau tak masuk dapur. Tak makan lah mereka bertiga malam nanti.

Pintu rumah ditutup Daryan dan mereka mula mengekori langkah bonda di dapur. Barang barangan dan tingkah laku bonda diteliti Daryan dan Arabella lama.

Pintu ais dibuka pula, air kosong diambil Daryan sambil menyandarkan diri di kabinet batu di belakangnnya.

"Bonda nak buat apa ni banyak sangat cheese tatura ni?" soal Daryan pelik, fikirnya terus nak buat makan malam nanti. Ni buat keluar cheese, perlu ke cheese nak buat makan malam?

"Bonda ingat harini nak buat burnt cheesecake sebab ada orang tempah nak buat jamuan" bidas bonda pula yang tak berhenti bergerak ke situ ke sini mencari bahan.

"Lah yeke, Daryan nak tolong!" Jerit Daryan riang manakala Arabella terus pergi mencari bahan yang diperlukan, halah dia pandai buat burnt cheesecake.

"Sila sila lagi ringan kerja bonda" bonda tersenyum kecil.

"Bonda nak buat sekarang ke?" soal daryan lagi, masih dengan terujanya. Rindunya emak dekat kampung, alangkah indahnya kalau kampung dengan tempat dia menetap sekarang dekat.

"Haah"

"Bella keluarkan bahan eh" ujar Arabella walau barang tika itu sudah penuh di atas meja. Pelbagai barangan mentah serta beberapa barangan kering disusun kemas buat memudahkan kerja bonda.

"Ha kamu berdua tolong ambil barang bonda letak kat rak atas tu" minta bonda pada mereka, maklumlah bonda ni antara yang paling terkecil dalam rumah ni. Masing masing dah tinggi lampai semua ala ala model.

"Baik bonda!" Kata mereka serentak

~

"Ya Allah Daryan, Bella! Kamu buat apa ni muka penuh dengan tepung, bonda baru tinggal tak sampai sepuluh minit tau" kedua dua anak gadis di hadapan di pandang silih berganti, muka comot mereka yang dipenuhi tepung membuatkan bonda tertawa kecil.

"Bella yang mulakan dulu bonda, Daryan buatlah balik baru adil" laju Daryan menunding jari pada Arabella, persis mereka tika kecik kecik dulu. Kalau tak ada walid yang berhentikan diorang, hmm memang taklah gamaknya.

Makin rindu pula alahai dekat cinta hatinya yang dah pergi.

"Tak bonda! Daryan tipu, dia yang buat dulu!" kini masing masing menunding jari pada diri masing masing, dah kalahkan budak kecik diorang ni ayoyo. Dah tua bangka pon pening bonda dibuatnya.

"Loya buruklah kamu berdua! Sini bonda kasi kamu mandi tepung!" Terus langkah seribu dibuka mereka melarikan diri dari dimandi tepung oleh bonda

"Bonda! Tak nak" jerit mereka sambil tertawa riang, aduhai fikir makin cepatlah siap order customer. Ni macam kene postponed receive date je.

~

"Kau lah ni, tak pasal kena mandi kat luar nasib kawasan belakang ni tertutup" bebal daryan tidak puas hati kene mandi luar, baru nak berendam dalam bathtub ala ala mermaid dah kene mandi luar sini dengan perempuan ni.

"Eh aku pula, kau pun salah eh" marah Arabella pula, marah manja manja. Tak sampai hati nak marah bebetul dekat intan payong dia sorang ni.

Wayar air yang dipegang oleh mereka menjadi bahan mainan kedua mereka pula, kalau tadi basah dengan tepung kali ini basah dengan air.

"Ha sambung lagi bermain!" jerit lantang bonda dari dalam, apa nak jadilah dengan dua ketul ni. Dengan bonda sekali habis dibuatnya.

"Ada yang kena kurung kat luar nanti!" lantang bonda menjerit lagi cuba mengugut kedua dua beradik tak kandung itu.

"Bonda tak nakk!" jerit mereka pula seperti budak kecil yang dikurung ibu bapa diluar kerena sepahkan rumah. Perut bonda hari ini sakit kerana asyik tertawa akibat telatah mereka

"Haduih lah budak budak ni, suka betul buat bonda tertawa" bonda senyum lagi.

Abang boleh pergi dengan senang abang, InsyaAllah sayang bahagia dengan mereka selalu kerana memori abang sentiasa ada di dalam hati kami.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now