chapter 31

2.1K 87 0
                                    

Arabella membetulkan lehernya, sepanjang empat minggu sejak dia mula kembali menyambung belajar ini. Jadual dia padat sekali sampai ubat kadang kala terpaksa ambik sedikit lewat hanya sebab ingin mengulang kaji.

Telinga nya apa lagi? Bingit lah diis dengan bebelan bonda, sudahlah tidur Arabella kini pun makin singkat. Risau jika diri Arabella tak terurus, Arabella bakal kembali menjadi seperti dulu.

Buku buku dikemaskan lalu diletakkan kembali di rak buku, suasana perpustakaan tika itu lenggang dengan orang kerana hari sudah lewat petang.

"Penatnya ya Allah, I need something to ease my mind before back to study again" ujar Arabella setelah melangkah keluar dari perpustakaan besar itu. Bunyi burung berkicauan kedengaran, hari petang yang indah tanpa sibuk hujan.

Arabella melangkah masuk ke dalam kereta, barang barang yang dibawa tadi diletakkan ke dalam kereta sebelum dia menutup lantas mengunci pintu kereta.

Laju kakinya melangkah ke arah Mall yang tak jauh dari perpustakaan besar ini, elok sajalah dia berjalan. Nantikan susah pula nak cari parking, sudahlah kebanyakkan Mall padat dengan orang bila petang menjelma.

Hampir sepuluh minit Arabella berjalan sebelum akhirnya dia melangkah masuk ke dalam Mall itu. Betul jangkaan Arabella tadi, Mall tika ini betul betul padat. Nak kata hari minggu, hari ni hari Rabu?

"I need coffee to make myself better" ujar Arabella sebelum kedai coffee yang kini ramai dengan remaja belasan Arabella melangkah masuk.

Nasib sempat dia beratur sebelum belakang nya kini penuh dengan orang hingga ke pintu besar Mall. Biasalah, starbuck kan? Standard port terkenal dalam kalangan remaja bersekolah yang masih meningkat tua.

Tiba masa Arabella memesan pesanan, Green Tea Cream Frappucino Venti Tambah Caramel Upside Down and Frappe Chip dipesan. Biasanya Dark Mocha atau Greentea cream yang dipesan selalu cuma hari ini tengkuk nya terasa mahu minum resipi yang extra.

Sekali seminggu bolehlah, kalau hari hari mahu botak kepala walid nanti. Tak apa walid banyak duit, walid kan hari hari tidur kat bilik pejabat bekerja sampai tak ada masa dengan anak bini.

Arabella mula melabuhkan diri di tepi tingkat sementara pesanan nya di buat, dibuka beg lantas handphone dikeluarkan. Resit dan baki di masukkan ke dalam beg, nanti nanti jelah dia simpan dalam dompet.

"Eh Arabella!" Belum sempat Arabella menekan button on phone nya, namanya dipanggil. Kening nya ternaik sebelah sebelum mata nya memandang gadis tinggi lampai yang berada di hadapannya tika ini.

"Eh Melur" Melur menghulurkan salam, Arabella terkaku seketika. Tak sangka masih ada yang mengikuti sunnah Rasulullah seperti ini, melihat sahaja Melur ini agak seksi ya tapi pemurah hati nya.

Salam yang dihulur disambut Arabella, sempat mata nya menangkap mata mata remaja lelaki yang memandang nakal pada Melur.

Haih, bukan bukan sahaja lah remaja zaman sekarang. Dah sah sah muka Melur ni nampak lebih tua dari mereka pun nak masuk line. Confirm Melur reject punya, pergi balik tolong ibu cuci pakaian dalam semua. Ada hati nak mengorat, boxer pun mak beli lagi.

"Tak sempat saya nak ajak awak sama sama pergi jalan kat Switzerland, diorang cakap awak dah check out masa saya pergi tanya number bilik awak ada orang tak" ujar Melur turut melabuhkan diri di hadapan Arabella.

"Oh so sorry sangat Melur, saya terpaksa balik Malaysia awal. Ada problem sikit, saya pun berapa hari je kat sana terus balik" mendengar sahaja bicara Melur buat Arabella terasa bersalah pula, banyak yang berlaku kat sana. Terpaksa dia kembali, makin lama di situ takut hati makin sakit pula.

"Lah patutlah, tak apa no worries" balas Melur lagi sambil mengangguk perlahan.

Tiba tiba nama Arabella dipanggil, Arabella meminta diri ingin mengambil pesanan terus kaki melangkah ke arah kaunter di mana terletak nya pesanan pelanggan. Mata Arabella menangkap air yang bertulis nama Melur di tepi.

"Melur, is this your drink" soal Arabella sambil jari runcing nya menunjuk satu air di tepinya.

"Yeah" belum sempat Melur bangkit, Arabella berkata lagi.

"It sokay, i take it for you" dua bekas air itu dibawa ke meja lalu dilabuhkan kembali dirinya. Melur berterima kasih, straw yang turut diambil tadi dikoyakkan kertas nya lalu dicucuk penutup air milik Arabella. Melur turut berbuat sama.

"So bila Melur balik sini?" Soal Arabella sekadar ingin tahu atau lebih tepat ingin mencari topik perbualan.

"Baru dua hari lepas" jawab Melur pula.

"Lama jugalah Melur kat Switzerland kalau dua hari lepas baru balik" Arabella kini di Malaysia sudah genap tiga bulan satu minggu sejak hari terakhir dia di tanah Switzerland. Jadi agak lama lah Melur di sana.

"Betul, ada hal keluarga sikit kat sana. Maklumlah mummy Melur baru meninggal, so banyak lah kene handle kat sana. Pasal wasiat apa tanah semua tu" sambung Melur lagi.

"Innanilahiwainahirojiun" laju Arabella berkata mendengar saja perkataan meninggal.

"I'm so sorry for that" ujar Arabella lagi, dirinya turut bersimpati atas cerita yang dilontarkan Melur.

"It sokay, I don't mind" Melur mengeleng kepala tanda dia baik baik sahaja, terukir senyum manis di raut wajahnya. Ini kalau remaja lelaki tadi ternampak, confirm pengsan terus. Manis sangat!

"Mummy melur sakit apa?" Soal Arabella lagi.

"Mummy melur? She's a cancer fighter and yup stage four" mengingatkan tentang mummy nya, Melur mengimbas kembali saat pertama kali ibu nya jatuh pitam di hadapannya sebelum dia di diagnos mempunyai cancer stage two tapi saban tahun, sakit ibunya makin melarat dan mula naik mendadak ke stage 4.

"Ouh" ringkas Arabella membalas. Hatinya mula sebak, tak mampu bayangkan jika suatu hari nanti bonda atau walid tidak lagi disamping dia. Pasti Arabella bakal meraung gila jika perkara sebegitu belaku pada dirinya.

"Before her last breath, Melur ada di sisi and she said kalau boleh di nak tengok Melur bertudung even seminit sebelum meninggal" sambung Melur lagi.

"Sebab selama dia hidup, dia langsung tak pernah nampak Melur bertudung and she did telling me that I need to cover my aurah but you know tengoklah diri Melur sekarang" Arabella hanya diam sepi memandang Melur, jujur dia katakan gadis di hadapan nya ini sangat kuat. Arabella yang diuji sikit dari tuhan sudah mental sebegini tapi Melur masih teguh walau diuji dengan ujian yang amat berat Arabella boleh katakan.

"Tak sempurna but I did it, before her last breath. Melur sempat datang melawat dia bertudung bawal. She said Melur nampak lebih cantik bertudung. That's her last word sebelum mata dia tertutup rapat" Arabella menekup mulut setelah melur mengakhir kan katanya. Matanya berkaca, jatuh sedikit air matanya.

"MasyaAllah, Arabella tak tahu nak cakap apa cause look Arabella pun tak bertudung but insyaAllah soon. Everything take times kan Melur, insyaAllah one day for sure" dipegang lembut tangan Melur, cuba menyalurkan sokongan pada gadis itu.

"I hope the same for myself" ujar Melur lagi sambil di akhir bibirnya terukir senyum manis lagi, lebih manis dari air di hadapannya tika ini.

Lama mereka berbicara, bergelak tawa sebelum masing masing bertukar arah. Hampir sahaja air mata milik Arabella terlerai ketika mendengar cerita Melur dan mummynya, MasyaAllah permintaan yang tak disangkakan.

Sebelum mereka melangkah keluar ingin berpisah,

"Dengar tak, diorang sembang pasal pergi masuk luar negara au. Kita mampu sembang bila nak balik asrama je" ditepuk bahu kawannya, berdecit sakit kawan yang terkena tepukan.

"Sebab tulah kita kena belajar kuat bengap, barulah ha bergaya, kaya macam akak akak tu" ujar gadis itu pula dibalas anggukan laju oleh kawannya.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now