chapter 55

1.9K 60 0
                                    

"Kucing dah vaksin belum" Setelah lama berdiam diri, itu salah satu bicara yang baru sahaja keluar dari bibir Doktor yang berumur dua puluhan itu.

"Kami baru beli dalam seminggu dan masa beli dari seller tu dia kata dah vaksin lengkap" jelas Haidil sambil memeluk erat diri Arabella yang masih mengalirkan air mata, masih menantap lama pintu bilik yang dihuni Gojo di dalam.

"Boleh saya tengok buku dia" minta doktor itu mahu mencari kepastian atas kata kata Haidil tadi.

"Jap ye, Arabella duduk sini. Abang pergi ambik kad jap" ujar Haidil sebelum dengan laju berlari keluar ke kereta mengambil kad kesihatan Gojo.

"Baik bang" ringkas Arabell berkata sambil tersenyum tawar. Dirinya mampu tersenyum tetapindi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya hati gadis kecik molek itu.

Tidak lama selepas itu, pintu klinik dibuka lagi. Haidil mengorak langkah laju ke arah mereka lantas dihulurkan kad kesihatan milik Gojo, air mata yang bertakung di raut wajah Arabella di sapu perlahan.

"Dah lama dia macam ni?" soal doktor itu pula memandang rekod kesihatan yang baru sahaja dia catatkan sebentar tadi.

"Baru je tak lama tadi, kitorang ternampak dia terbaring lemah dalam kotak" jelas Haidil lagi

"Ini mesti kes langgar lari, lepas langgar ambik kucing letak macam tu je dalam kotak" bicara doktor itu, makin hari makin bertambah pula kes kemalangan langgar lari berkaitan haiwan ni.

"InsyaAllah kami cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan Gojo" senyuman tawar dihadiahkam buat mereka, seperti tak ada peluang tetapi selagi mampu selagi itulah mereka akan cuba.

"Tetapi apa yang saya mampu katakan, 50 percent untuk survive dan 50 percent juga untuk tidak" jelas doktor itu menghancurkan hari Arabella lagi, terasa lemah segala tubuhnya.

Sering kali dirinya diuji, sering kali dia menangis, hanya ratapan di dalam hati mengharapkan semua ini berhenti kerana tidak mungkin dia akan bertahan lama.

"Faham doktor" erat Haidil memeluk diri Arabella menyalurkan kekuatan buat diri gadis itu, hangat badannya mula menyelubungi susuk tubuh Arabella.

"Jadi deposit kami dalam rm100. Boleh bincang ni dekat kaunter ye" ujar doktor itu pula

"Baik doktor, jadi kucing ni kami tinggal kat sini?" soal Haidil lagi mencari kepastian, sabar dengan segala ujian yang menimpan mereka tika ini.

"Haah" ringkas Doktor itu membalas lagi.

"Gojo sayang, mama dan papa tinggal awak kat sini tau. Jangan nakal nakal" Lama Arabella merenung pintu bilik itu sambil berbicara perlahan mengharapkan agar kucing kesayangan nya itu bakal mendengar bicara nya.

"Mesti layan Anime ni sampai nama Gojo" bidas doktor itu sambil tertawa kecil, al maklumlah doktor pun peminat tega anime. Lagi lagi cerita Violet Evergarden, lain macam cerita dia sampai sekarang masih tak mampu move on.

"Isteri saya nilah, saya ikutkan saja" jelas Haidil, tidak pernah tahu yang Arabella gemarkan anime sampailah mereka berkahwin, hampir setiap hari gadis itu tidak berhenti melayari episod sekiranya mempunyai masa terluang.

Sempat Arabella melambai kucing nya yang lemah sebelum keluar walau tahu Gojo tidak mampu melihat dirinya tika itu. Doktor hanya memandang sayu, sudah lali dengan situasi sebegitu. Kadang dirinya juga terasa tak berguna bila gagal menyelamatkan nyawa si kecil.

"Kita serahkan semua pada doktor ye, insyaAllah semuanya bakal membaik" pujuk Haidil lagi, tahu pujukan dia ini tidak adalah bermakna mana tetapi sekurangnya agar si isterinya tidak bersedih lagi.

"Tapi abang dengar tak apa doktor tu kata-" baru sahaja ingin menghabiskan bicara, Haidil memotong kata lagi.

"Kita berdoa pada Allah, insyaAllah Allah dengar tapi kalau dah takdir dia apa kita mampu" Bicara Haidil, sesungguhnya Allah maha Besar dan Allah lah yang mamapu membantu mereka tak kisah musibah apa sekalipun.

"Tapi kita baru je bela dia" alasan demi alasan, rasanya tak sanggup berjauhan dengan si kecil yang baru dibeli beberapa minggu.

"Fikir positif je sayang" Haidil tersenyum kecil walau dalam hatinya amat merisaukan si dia kerana Haidil dah berjanji mati dengan walid akan menjaga Arabella dan tak akan sesekali membiarkan gadus itu sedih lagi.

~

Sehari berlalu, Arabella kini sedang memeluk erat diri Haidil. Bila sahaja khabar bahawa kucingnya Gojo tidak dapat diselamatkan.

Merah habis mukanya menangis, terasa singkat masa bersama si kecil. Ini salahnya kerana tidak terlalu alert dalam hal keselamatan Gojo.

Telefonnya tiba berdering lama menandakan mesej masuk, Arabella mengelap sedikit air mata lalu bangkit mengambil telefon miliknya.

Matanya terasa kabur melihat telefonnya, kabur dengan air mata serta brightness telefon yang agak terang. Brightness diturunkan sedikit sebelum mesej tadi dibuka Arabella lalu dibaca dan difahami satu persatu.

Macam mana perasaan kucing kau sendiri mati? Sakitkan? Lepas ni bersedia lah diri kerana giliran kau pula selepas ini

- unknown number

"Allah" Arabella mencampak kan telefonnya jauh dari dirinya, jantungnya berdegup laju. Nafas dicari serta matanya terbutam luas.

"Sayang kenapa?" Haidil yang mendengar jeritan Arabella dari dalam bilik air cepat cepat berlari mendakap gadis itu.

"Ada mesej-" tersekat sekat Arabella berkata, terketar ketar jari telunjuknya menunjukkan pada telefonnya yang tidak jauh dari mereka.

Haidil mengambil phone Arabella dan mula membaca satu persatu, amarah dalam dirinya mula meningkat. Dirinya tidak puas hati dengan siapa yang tak berhenti menganggu mereka.

"Allah siapa yang hantar ni?" soal Haidil sedikit mendatar tanda dirinya sedang serius, berani kau kacau keluarga aku lagi. Sampai lubang cacing aku akan cari kau lahanat.

Dan Haidil turut yakin pemilik nombor itu pastu ada kaitan dengan tragedi buruk yang tak berhenti menimpa mereka. Pastu dia adalah dalang segala galanya, dendam apa engkau pada keluarga aku sampaikan sanggup kau memperlakukan kami sebegini.

"Arabella tak tau" ujar Arabella pula, dirinya bingung. Bingung tentang kenapa dia perlu hadapi perkara sebegini berkali kali padahal jelas dia bukanlah sekuat wanita yang lain.

"Abang pinjam phone bawa kat atasan boleh, kami nak siasat number siapa ni" Jelas Haidil menukarkan telefon Arabella dengan telefonnya, nombor rakan rakan Arabella dimasukkan sementara ke dalam telefon miliknya serta nombor kerja dirinya dimasukkan ke dalam telefon Arabella.

"Boleh abang, tapi abang nak tinggalkan Bella ke" Arabella merapat, dirinya takut untuk bersendirian. Dia mahu Haidil selalu ada dengan dirinya tika ini.

"Tak sayang, abang mintak diorang ambil kat rumah. Abang tak ke mana, abang tetap ada di sini" jelas Haidil lagi, mencium lembut dahi gadis cinta pertama serta cinta terakhir nya yang pasti selama hingga ke jannah.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now