chapter 56

1.7K 68 0
                                    

"Jom isyak" ajak Haidil sedikit jauh dari Arabella, risau jika setan merasuki diri isterinya dan tanpa segan silu menyentuhnya nanti. Sentuh itu tidak kisah, takut benda lain pula yang jadinya. Kan dah tak pasal pasal solat isyak sekali dengan tahajud pula.

"Lets go!! jerit Arabella riang buat pertama kali setelah hampir seminggu murung sedih akan kucingnya yang sudah pergi tetapi mendengar sahaja Haidil mahu beli kan kucing baru buatnya, terus bersinar mata Arabella tika itu

"Nanti abang beli kan kucing scottish untuk sayang" hehe saya memang suka kikis duit suami saya, yang penting suami saya bukan abe sol macam kak Ira kahak.

"Kenapa ni sayang, murung je muka? Wudhu dah ambik belum?" soal Haidil pula bila jeritan riang tadi bertukar mendung.

"Arabella tak boleh solat lah abang.." cemberut Arabella, Haidil yang memandang hanya meneguhkan iman di dada. Sungguh dirinya terasa tercabar bila sahaja wajah Arabella dicomelkan sebegitu, mahu sahaja dia gomol gomol pipi isterinya.

"Haah lah harini ikut date sayang datang bulan, lupa pula" teringat akan notifikasi di telefonnya yang mengatakan hari ini hari uzur Arabella, Haidil mengangguk perlahan

"Eh abang set date bila Arabella period?" Terasa beruntung Arabella memiliki Haidil, entah sejak bila jejaka itu menanda tarikh akhir dia uzur.

"Haah so kalau mood awak tak elok tu, taulah abang nak buat apa" jelas Haidil dengan senyuman senget di hujung bibir, Arabella yang tidak faham akan kata kata Haidil hanya mengerutkan keningnya.

"Sekejap ya sayang, abang nak isyak dulu" anggukan tanda setuju Arabella, Haidil terus bangkit bangun dan mula mengangkat takbir melaksanakan ibadah wajib sebagai seorang muslim.

Lama Arabella merenung Haidil yang baru sahaja habis menunaikan solat, doa mula dibaca Haidil sedikit kuat. Arabella yang terperasan terus mengangkat tangan juga turut mengaminkan doa Haidil.

"Sayang meh sini, Al Mulk dulu" ajak Haidil sambil tersenyum manis. Tangannya bergerak kecil memanggil isteri comelnya ke dalam dakapan.

"Abang ni, lupa ka? Arabella tak boleh lah" cemberut Arabella sambil menjeling tajam Haidil. Eh suami kita ni, buat buat lupa pula alahai.

"Sebab tu abang suruh datang sini, abang bacakan Al Mulk, Sayang dengar. Lagipun niat sayang nak menghafal so dibolehkan" Jelas Haidil lagi, Arabella yang baru sahaja tahu perihal tersebut merangkak cepat ke arah dakapan Haidil.

Al quran terjemahan dibuka Haidil lalu dibaca mengalunkan dengan semanis yang boleh untuk si isteri mendengar.

~

Bahan bahan yang tertera diteliti Arabella satu persatu, tangannya sedang memegang kemas satu pencuci muka jenama safi. Takut sekiranya pencuci muka itu tidak sesuai dengan jenis kulitnya, hampir 10 minit direnung lama pencuci muka itu.

Baru sahaja tangannya ingin meletakkan pencuci muka ke dalam bakul, Arabella mula perasan akan tuan pemegang bakul sudah tidak lagi berada di tepinya.

"Ya Allah Eid, baik bagi je aku pegang kalau nak merayap ke sana ke sini" fikirnya perempuan sahaja boleh hilang disebalik rak di dalam watson ini tetapi suaminya juga boleh hilang.

Matanya menangkap susuk tubuh Haidil yang sedang memegang pencuci rambut dengan penutup itik tak jauh dari dirinya, Arabella melangkah merapat.

"Awak buat apa ni Eid, saya punyalah cari awak merata" Bahu tinggi Haidil ditepuk Arabella sedikit kasar, geram betul hatinya dengan cik suami ni. Boleh pula alahai duk sentuh sentuh hidung itik tu.

"Pencuci rambut ni" bicara Haidil sambil mengetapkan bibirnya, isterinya dan pencuci rambut itu dipandang silih berganti. Dahi Arabella berkerut tidak faham dengan tingkah laku Haidil tika itu, dah kenapa macam budak budak ni. Kena sampuk ke?

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now