special edition part two

1.5K 52 0
                                    

"Eh Cintra? dah lama tak datang sini ye" Gadis yang baru melabuhkan diri ditegur Arabella ceria, sudah berbulan bulan raut wajah ini tidak memenuhi penglihatannya di sini.

"Dua bulan lepas ayah kami berpindah ke Indonesia doc tapi dia meninggal minggu lepas jadi kami pulang kembali ke Malaysia" Jelas gadis itu hanya tersenyum tawar, takdir Allah kita tak mampu lawan.

"Innanilahiwainahirojiun, ayah awak sakit apa Cintra?" Soal Arabella lagi sekadar ingin tahu.

"Dia kemalangan" Bicara ringkas Cintra, Arabella tersenyum kecil. Faham akan perasaan Cintra ketika itu.

"Saya fikir doktor dah lupakan saya" Kini Cintra pula yang tertawa manis.

"Hampir satu tahun lebih saya diletakkan sebagai doktor peribadi awak, tak akanlah saya lupakan awak" Jelas Arabella pula, mana mungkin dia bakal melupakan gadis manis di hadapannya ini.

"Bagaimana hari awak? Baik? Saya tahu kemalangan tu bakal memberi impak besar kerana saya juga hilang ayah saya lima tahun yang lepas di depan mata saya sendiri" Kongsi Arabella mengenangkan nasib walid yang ditembak mati kerana dendam seorang lelaki yang pernah dia sayang.

"Mesti sakitkan doktor untuk hilang orang yang kita sayang selama lamanya" Kata Cintra lagi.

Sepenggal senyuman mengukir bila sahaja telinganya menangkap bicara sayu Cintra.

~

Hampir lama juga mereka berleter, berkongsi suka duka yang pernah mereka lalui tanpa sedar masa kerja Arabella sudah hampir tamat buat seketika.

"Alhamdulillah everything getting better kan, InsyaAllah bakal ada keajaiban yang berlaku. Jangan patah semangat tau, selalu datang appointment" Nasihat Arabella, memberi kata positif buat pesakit di hadapannya untuk kekal bernafas selagi berpeluang.

"Saya tahu cancer ni tak ada ubat doktor tapi selagi boleh usaha selagi itu saya cuba" Bicara Cintra lagi sekadar menyedapkan hati, kata doktor dahulu pada tiga tahun lepas yang dia hanya ada masa sebulan untuk hidup tetapi tetap sampai hari ini keajaiban Allah yang Maha Pencipta berikan pada dia.

"Saya pulang dula ye doktor" Ujar Cintra mula bangkit dari duduk.

"Baik, jumpa lagi!" Lambaian Arabella disambut Cintra sebelum gadis itu akhirnya menapak keluar dan hilang sebalik pintu.

Dirinya kembali duduk serta fail milik Cintra dibelek Arabella satu persatu, ketukan dari luar menganggu sedikit sebanyak fokusnya ketika itu walau jelas sekarang waktu rehat. Pastian Emilin atau Damian yang mengetuk, mahu mengajak Arabella turun makan.

"Masuk!" Jerit Arabella kuat.

"Assalamualaikum cinta hati!"

"Assalamualaikum ummi!"

Serentak salam diberi membuatkan mata Arabella terbutam melihat dua cinta hatinya yang tanpa bersalah mempamerkan senyum comel, sukalah tu sakat ummi ye?

"Waalaiku- umsalam, abang! Jibreel anak ummi, sini meh atas riba" Jibreel dipanggil Arabella mendekat, budak lelaki itu berlari kecil ke arah ibunya sebelum dipaut lantas diletakkan erat di atas riba milik gadis itu.

"Eh saya tak nak panggil atas riba juga ke" Senyuman senget terbit di hujung bibir lelaki itu, mana tahu hati isteri dia hari ni angin lain. Bolehlah tanpa segan silu kita duduk atas riba dia juga.

"Mengada eh awak sejak jadi bapak ni, sedar sikit awak tu dah besar" Bidas Arabella, sudah tua bangka. Ada hati nak duduk atar riba kita, mahu patah semua tulang kaki aku nanti.

"Apa salahnya hmm" Cebik Haidil, Arabella menggeleng laju kepala. Pening dibuatnya melayan karenah dua baby boy kesayangan nya. Cukupla seorang sahaja anak, tak larat rasanya nak jaga ramai ramai.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now