chapter 62

2.2K 69 0
                                    

"Sayanggg, janganlah palau abang. Abang tak berniat pun, abang mintaa maaff" Rengek Haidil yang seperti kebudak budakkan, sejak tadi dia asyik menganggu Arabella agar gadis itu mememaafi dia.

"Haish tepilah awak, saya nak buat keje ni" Ditolak kasar Haidil sedikit menjauh, tangannya merenjis sedikit tangannya yang sedikit basah baru sudah membasuh pinggan.

"Tak nak! Awak kena maafkan saya dulu, dan wajib maafkan baru saya tak ganggu awak. Now choose!" Jerit Haidil lantas berpeluk tubuh sambil mencebik comel.

"Eid Haidil Mohammad! Kenapa degil sangat ni?!" Naik seoktaf suara Arabella ketika itu memarahi cik suami yang tiada ribut, tiada hujan. Tiba tiba bertingkah laku seolah olah budak yang berumur lima tahun, kena sampuk ke cik suami ni?

"Hehe dengan awak saja sayang" Dia mengoyangkan badannya, Arabella merenung tajam bak mata pisau ke arah suaminya.

"Ikut suka hati awaklah, duduklah situ sampai pagi esok" Bentak Arabella, takut akan api yang kian membara seiring kayu yang semakin ditebar itu bakal mula memakan dirinya dan sekaligus membuatkan dia berkata perkataan yang bakal membuatkan dirinya kesal.

Tiba, Haidil sengaja menjatuhkan dirinya ke lantai kasar. Habis terasa lemah segenap tubuh Arabella namun tenang dia bersikap tegas, tidak mahu jatuh tersungkur di dalam permainan rancak sang suami.

"Ala sayanggggg, sinilahh" Panggil Haidil lagi yang kini bercururan mutiara berlian yang mula keluar dari kedua dua kelopak mata milik jejaka itu.

Arabella tergaman melihat sang suami, tidak pernah selama mereka bersama. Haidil bakal bertindak sebegini rupa, mungkin dia sungguh ikhlas demi meraih kemaafan dari Arabella barangkali?

Tetapi kadang kemaafan tidak mampu memulihkam apa yang terjadi dan juga dengan kemaafan tidak dapat membetulkan apa yang dah berlaku kerana memaafkan atau tidak, itu hak kita.

"Awak ni dah kenapa merengek macam budak kecil ni?" Bidas Arabella, tangannya diletakkan kedua duanya di pinggang, seperti emak yang menasihati anak mereka bila mereka berbuat salah.

"Nak awak lahh?" Ujar Haidil, matanya dikelip kelipkan beberapa kali.

Malahan dia pun tidak tahu mengapa dia bertingkah laku sebegini, mungkin kerana rindu akan sifat isteri yang dulu tetapi apa yang penting. Kemaafan dari sang isteri harus diraih.

Arabella keling Haidil sebelum berpaling memandang ke tepi, ego diri menghalang diri dari mendekati sang suami walau di hati hanya Allah yang tahu bertapa eratnya ingin dia mendakap jejaka di hadapannya.

Dari menangis tak habis habis, kini Haidil bertukar menjadi diam sepi tidak berbicara. bunyi cengkerik sahaja yang memenuhi ruang perdengaran mereka.

Arabella memandang pelik, sudah tadi bising seperti hilang anak? Kini tak bersuara bagaikan di gam mulut si dia?

"Sayang, saya peninglah. Kepala terasa berat je" Haidil mengadu, masih menunduk kecil tidak melihat renungan sang isteri.

"Alasan, sudahlah. Ikut suka hati awak, saya naik atas dulu" Bicara Arabella, lantas langkah diatur menuju ke tangga dan mula mengorak langkah ke bilik mereka.

Haidil yang terbaring lemah di situ masih tidak dihiraukan, gadis itu berjalan pergi tanpa melihat sang suami yang fikirinya pura pura sakit.

~

Di luar, bulan bergegas menyelinap di sebalik awan ketika dia beredar. Dalam kesibukkan membelek telefon ditangan, hatinya dilanda gundah menantikan Haidil yang masih tidak muncul di ruang matanya

"Mana Haidil ni? Tak naik naik lagi, ni sudah lewat ni?" Ujar Arabella memandang lama pintu bilik

Tidak lama selepas itu, telefon miliknya dimatikan dan dia mula bingkas bangun. Tanpa berfikir panjang, laju gadis itu mengorak langkah mencari sang suami yang hilang di ruang pandangan.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now