chapter 30

2.3K 82 2
                                    

"Bella nak keluar tu tolong beli barang dapur sekali boleh sayang?" Laung puan Hamirah kuat pada Arabella yang baru saja turun dari tangga ingin melangkah keluar.

"Baik bonda" ujar Arabella kini di sebelah bonda, sejak bila pula anak perempuan satunya ini ada kuasa? Laju sampai tak perasan Arabella dah kat tepi.

"Eh kenapa tak pergi lagi" Soal bonda pelik, air di tangan direnjiskan baru selesai mencuci barangan dapur yang digunakan nya tadi untuk memasak makanan tengahari mereka.

"Lupa nak salam bonda" bonda tersenyum kecil, tangan nya di lap pada apron sebelum tangan dihulur pada Arabella. Tangan bonda yang dah kering di lap itu disambut salam, bau sunlight mula memenuhi rongga hidung Arabella lantas jarinya menggosok lembut hidungnya.

Sempat dia mencium kedua dua pipi bonda sebelum berlari pergi, terkaku seketika bonda dengan tindakan dratis Arabella sebelum tertawa kecil.

"Ada saja karenah dia haih" bebel bonda melangkah pula ke dobi untuk mencuci pakaian busuk yang sudah berguni naik.

Arabella melangkah masuk ke dalam kereta bonda, kereta sendiri? Lambat lagi, Arabella fikir dia mahu menyambung semula pelajarannya dalam bidang medical.

Setelah hampir setahun menangguh, Arabella fikir dia perlu memulakan kembali. Segulung ijazah harus digenggam erat di tangan, walid dan bonda harus tersenyum melihat kejayaan nya. Itu janji Arabella.

Keretanya meluncur laju ke supermarket besar tak jauh tak dekat dari rumahnya, mengambil satu jam untuk sampai. Bukan nya berhampiran rumahnya tak ada supermarket cuma barang di sini lebih banyak dan sayur di pusat membeli belah di sini lebih elok dan segar berbanding di tempat yang hampir dengan rumahnya.

Tak salah seminggu sekali, datang ke sini. Arabella yang kini sudah berada di dalam supermarket di bahagian sayur sayuran dan buah buahan menolak troli perlahan mencari barang yang bonda nya senaraikan di list whatsapp.

Tiba tiba satu noti naik lagi,

"Jangan lupa beli susu jenama Dutch Lady, jangan beli jenama lain. Mahu merajuk walid kamu nanti" Arabella tertawa kecil, ada saja bonda dan walid nya.

"Bonda pujuk lah, confirm walid tak keluar bilik nanti" Arabella dapat bayang raut wajah bonda nya tika itu, mesti merah semerah tomato. Selalu saja dia mendengar walid mengusik umi nya dengan ayat tak berlapik tapi kata kata kesat langsung tak pernah keluar dari bicara mereka.

"Astagfirullah Arabella!" Balas bonda ber das das, Arabella menutup handphone nya cepat. Malas membaca bebelan bonda nya, balik nanti mesti kaw kaw kene bebel. Tulah cakap lagi bukan bukan.

Kailan di pilih Arabella lalu ditimbang lantas diletakkan di dalam plastik. Kailan ikan masin, tahulah dia bertapa suka nya walid dengan air tangan bonda yang satu itu malah kini jatuh pada Arabella. Daryan banyak kali menyoal apa yang sedapnya kailan ikan masin itu tetapi tak mampu Arabella terangkan, entah. Asal sesuai dengan cita rasa tengkuknya.

Sayur sayur yang main turut diambil, beberapa plastik dibawa Arabella kepada tukang penimbang harga. Arabella tersenyu manis, setelah ditimbang dan tag harga ditampal di plastik.

Arabella mula menolak troli besi itu ke bahagian makanan ringan, ramen dan mee maggi itu diperhati lama sebelum sepasang matanya menangkap satu jenama mee favourite Arabella sejak bangku sekolah, Shin Ramyun. Diambil dia paket, Arabella sudah sedia maklum dengan harga Shin Ramyun yang agak mahal berbanding mee yang lain.

Tangannya menolak pula troli ke arah rempah ratus, list di whatsapp di baca Arabella. Bonda nya sedang online, ni mesti tengah berchating dengan walid nya, sah!

Jenis rempah ratus yang bonda nya list, dicari cari. Baru sahaja Arabella ingin kembali menolak troli, matanya menangkap figura yang amat dikenalinya.

"Azri!" Panggil Arabella dengan senyum manisnya.

Azri yang baru mencapai satu jenis rempah ratus jenama Abab- Astagfirullah Adabi lah berpaling memandang susuk tubuh yang memanggilnya tadi. Matanya menangkap figura Arabella yang sedang menolak troli menghampiri nya.

Arabella memandang sekeliling mencari susuk tubuh anggung tapi batang hidung pun tak nampak, dia mengalihkan pandangan ke arah Azri lagi.

"Eh Arabella! Buat apa kat sini?" Azri pula menjerit perlahan nama Arabella, ni kalau ada Anggun confirm didakap erat Arabella. Nasiblah Anggun tak datang, nanti tak pasal aku kena peluk diri sendiri. Tak boleh, cemburu!

"Saja cari barang dapur, bonda suruh alang alang dah keluar kan" bidas Arabella pula.

"Lah keluar pergi mana je?" Soal Azri lagi.

"Tadi pergi kedai buku jap cari buku rujukan, nak sambung belajar nanti" banyak juga buku yang Arabella beli tadi, maklumlah nak kene reverse dari awal awal dulu.

Pasti sepanjang restudy Arabella nanti, mesti banyak mental breakdown bakal berlaku. Tapi untuk berjaya mestilah diri kene banyak berkorban kan? InsyaAllah Arabella mampu buat.

"Arabella dah kembali sambung belajar?" Azri menyoal, syukur rasa hatinya melihat perkembangan Arabella hari demi hari. Berbeza dengan kali pertama mereka bertemu, ketika kemalangan Arabella dengan salah satu suspek yang ditahan.

"Haah insyaAllah awal bulan depan" Arabella tersenyum.

"Moga Allah permudahkan urusan, tak sabar nak tengok Arabella bergelar doktor nanti" kata Azri lagi sebelum mereka akhirnya meletus kan tawa.

"Lambat lagi, ni mana Anggun? Tak akan sorang je" soal Arabella pula, matanya sejak tadi mencari cari kelibat Anggun, mahu tahu perkembangan Anggun yang kini sedang berisi. Berisi apa? Pandai pandai fikir ye.

"Oh Anggun tak ada, ni list panjang. Anggun punya angkara la" list yang agak panjang kira kira 30 cm itu diangkat Azri. Amboi, macam sebulan tak beli barang ye, Anggun Anggun., Arabella tertawa lagi.

"Saya datang dengan-" belum sempat Azri menyambung kata, mata Arabella menangkap pula jejaka yang kini di samping Azri. Dekat! Ni kalau orang tengok mahu fikir yang mereka ni sebenarnya-

gay.

"Oh awak datang dengan dia" ujar Arabella, raut wajah haidil masih beku selalu. Hati Arabella pasrah, dah kenapa bulan ni saja banyak kali mereka bertembung.

Baru sahaja minggu lepas kisah Haidil membantunya membayar pesanan dan mengugutnya untuk nyahsekat number phone Haidil. Nyahsekat? I mean block, haa dah tak yah pening pening fikir ye.

"Tak apa lah kalau macam tu, saya pergi dulu. Nak sambung cari barang bonda ni, dah penuh mesej naik tanya mana barang dapur tak sampai" Ujar Arabella sebelum melangkah pergi, dia menolak troli mencari barang seterusnya.

Renungan tajam Haidil dihiraukan, dah macam patung cendana duk berdiri situ. Dahlah muka tak bergerak, mata je duk gatal tengok kita. Macam tak pernah tengok perempuan, gatal!

"Ha sila sila" Azri berkata selepas tertawa. Dirinya hanya memandang Arabella lama, matanya beralih pada Haidil yang masih merenung Arabella tajam, macam nak disambarnya Arabella.

Sempat juga matanya menangkap tangan Haidil yang mahu menarik tangan Arabella dari melangkah pergi tapi entah kenapa Haidil jatuhkan kembali tangan nya.

Azri menggeleng kepala memandang Haidil, entah apa lah yang bermain di kepala Haidil tika itu, kalau dah suka cakap sajalah. Itu pun susah, ni nak main tarik tali macam budak budak haih.

Setelah itu mereka melangkah pergi ke arah bertentangan mencari barang yang hendak dibeli untuk dibawa balik. Semua barang di list harus dibeli atau telinga nya yang menjadi mangsa rengek Anggun nanti, sudahlah sejak mengandung makin pelik saja perangai si isteri. Nasiblah sayang.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now