Hari mula larut petang, segenap bilik hospital walid mula dimasuki cahaya senja. Mereka yang tika itu sedang bersiap untuk pulang kembali ke rumah.
Sedang yang lain sibuk dengan Arabella di bilik tak jauh darinya, jejaka tinggi lampai mula melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Assalamualaikum tuan Fateh?" Haidil memberi salam sambil melangkah perlahan ke arah jejaka berumur. Umur sahaja yang meningkat tetapi raut wajah masih kekal tampan seperti muda dahulu cuma fizikal nya sahaja yang makin memburuk kian hari.
"Waalaikumsalam Tuan Haidil? Encik buat apa kat sini?" Tuan Fateh menyoal setelah salam dibalas, memberi salam itu sunat tetapi menjawab? Wajib.
"Jangan panggil saya Tuan Haidil, Tuan Fateh. Terasa diri ni tua pula, panggil sahaja saya Haidil, kan lebih ramah tu" Haidil tertawa kecil sebelum dirinya dilabuhkan pada sofa bersebelahan dengan walid.
"Baiklah Haidil, kamu buat apa di sini? Semalam saya sempat menangkap raut wajah kamu di belakang Arabella tapi lupa pula menyoal" Walid mengikuti sahaja permintaan Haidil tadi.
"Saya di sini sebagai rakan Arabella" kata Haidil ringkas
"Kamu berkawan dengan anak saya?" Terbit senyum mesra di bibir walid, senang hatinya mendengar Haidil ini merupakan Arabella. Sejuk hati bila tahu yang Arabella dikelilingi dengan orang baik baik belaka tetapi Khamel? Mendengar sahaja nama Khamel bakal membuatkan darah walid panas membuak buak.
"Haah, hampir beberapa bulan kami berkawan sejak Arabella berada di ward lagi" ujar Haidil lagi.
"Ya Allah tak tahu pula saya" Walid menepuk kepalanya perlahan, sibuk betul dirinya dengan urusan kerja sampaikan Arabella berkawan dengan Haidil pun dia tidak perasan.
"Tuan fateh-" belum sempat Haidil menghabiskan kata nya, tuan Fateh memotong laju.
"Call me Walid, kamu kan berkawan dengan Arabella jadi kamu mesti tau yang saya lebih ramah dipanggil Walid" bidas walid pula.
"Maaf, baik Walid" Haidil mengangguk perlahan.
"Saya di sini ada hajat" Haidil memandang lama wajah walid Arabella, dikuatkan dirinya untuk melontarkan hajatnya. Sudah dia fikir masak masak dan harini juga hajat nya itu bakal diperkatakan.
"Hajat? Maksud kamu?" Dahi walid berkerut seribu, naluri sebagai seorang bapa dia sudah dapat meneka apa yang Haidil hajatkan. Hatinya mula berdebar laju tapi jika itu permintaan Haidil, dia tidak kisah malah lebih suka.
"Saya sepenuh hati ingin melamar Arabella menjadi isteri saya" tampan wajah walid tika itu, senyuman manis yang jarang ditonjolkan terukir indah di bibir pucatnya. Bibir pucat kerana kesihatan yang tidak terjaga bukan kerana dirinya merokok. Mahu dikejar dengan batang penyapu oleh puan Hamirah kalau tahu suaminya ini merokok.
"MasyaAllah, tetapi kamu tahu kan keadaan Arabella macam mana? Sakit dia, emosi yang tak menentu? Kamu sanggup ke nak ambik risiko?" Soal walid bertubi tubi, bakal suami anak nya harus tahu belaka tentang Arabella sebelum mereka menyesal di kemudian hari. Walid tahu Arabella tak seperti gadis muda yang lain, jadi untuk mengambil alih menjaga permaisuri kedua hatinya itu agak tinggi risikonya.
"Saya sanggup Walid, apatah lagi tika ini Arabella sentiasa dalam ancaman Khamel jadi saya sukarela ingin menjadi dinding buat dirinya" Haidil sudah sedia maklum tentang Arabella malah dia sudah mengkaji sejuta tentang perihal gadis itu.
"Saya ingin menjaga Arabella, dan saya janji akan mencintai anak gadis walid hingga hembusan nafas terakhir saya" ujar Haidil bersungguh sungguh, mahu mendapat kan hati anak? Hati orang tuanya dulu perlu diambil, jangan contohi sikap bodoh Khamel ye anak anak.
"Dramatik ye ayat kamu" walid tertawa kecil, dirinya tak terkesan dengan balasan Haidil. Dia tahu Haidil bakal menjadi seorang suami yang sempurna pada Arabella, insyaAllah kalau betul mereka berjodoh.
"Mesti, takut terlepas" mereka meletuskan tawa serentak dengan jenaka Haidil.
"Saya sejujurnya sangat berkenan dengan kamu Haidil cuma saya bukan tuan badan, saya tak ada hak nak campur urusan Arabella dalam soal jodoh jadi kamu tanyalah tuan badan ye" jelas walid pula, kalau menanyakan pada isterinya. Confirm puan Hamirah antara yang pertama sukarela bersetuju dengan permintaan anak muda ini cuma Arabella mahu ke pada Haidil?
"Kalau Arabella setuju, insyaAllah kami juga setuju" sambung walid lagi.
"Baik walid tapi sekiranya Arabella setuju, boleh saya langsungkan perkahwinan ini secepat mungkin? Saya risau soal keselamatan Arabella" Haidil menyoal.
"Jangan risau, semua soal perkahwinan. Apa saja pihak perempuan inginkan insyaAllah saya tunaikan" tambah Haidil, kos perkahwinan semua bukan lah hal besar buat Haidil. Dia lelaki yang bekerjaya cuma keselamatan keluarga kecil nya nanti bakal tenteram kah?
InsyaAllah di dalam lindungan Allah selalu, sampai bila dia mahu menyembunyikan rasa sayang nya pada Arabella lagi? Penat dia cuba melarikan diri dari perasaan itu tapi tetap hatinya menyuruh untuk dia memiliki Arabella.
"Itu pun saya tak boleh nak berjanji, kamu kena tanya tuan badan sendiri soal ini. Kamu nak saya yang tanya Arabella atau kamu sendiri?" Soalan dibalas dengan soalan, walid sedia maklum akan sikap Arabella keras kepala.
"Saya mohon walid rahsiakan dulu hal ini kerana saya sendiri akan menyoal Arabella perihal ini dan insyaAllaah kalau Arabella terima, saya yang akan menghantar rombongan ke pihak perempuan" minta Haidil pula, dia sudah rancangkan sepenuh plan nya malam semalam. Biarlah mereka berdua sahaja yang tahu tentang ini buat masa sekarang.
"Amin, moga dipermudahkan urusan kamu berdua" Kata kata walid tadi Haidil aminkan juga, kalau dah jodoh tak ke mana.
"Walid, are you ready going back to our home sweet home- eh Haidil, awak buat apa kat sini" Arabella yang melangkah masuk itu terpampang seketika melihat walid tersenyum mesra dengan walid di hadapannya. Sejak bila pula mamat ni baik dengan walid aku?
"err tak ada apa apa" Haidil menggaru kan kepalanya, dipandang walid dan Arabella silih ganti. Moga apa yang dia bicarakan dengan walid tadi tidak diketahui Arabella, kalau tak rosak lah plan nya untuk memikat hati gadis itu!
"Betul walid tak ada apa" soal Arabella penuh maksud tersirat, jarang walid mesra dengan orang lagi lagi dengan orang muda seperti Haidil ni. Biasa muka kosong sahaja saling tak tumpah perangai dua jejaka ini, kalaulah Haidil jadi suami aku nanti, sah.
Orang bakal fikir Haidil adalah anak pada walid berbanding aku, eh ke situ pula kau fikir Arabella. Lupa kah apa yang Haidil katakan dulu, dia ni hanya tempat melepaskan bosan. Lelaki semua sama, bila bosan cari balik bila dah muak tinggal kan kita tergapai gapai.
Walid mengangguk kepalanya perlahan, dia masih tersenyum melihat gelagat kedua dua anak muda di depannya.
Arabella mengecil mata memandang Haidil tajam sebelum tumpuan nya kini sepenuh nya pada walid. Kau jangan macam macam eh dengan walid aku.
"Jom walid kita balikk, sakit dah hidung Bella bau hospital ni" bebel Arabella disambut dengan tawaan kecil Walid, harinya hari ini dipenuhi dengan tawa dan senyum. Langsung kepalanya tak terfikir pun soal kerja, biarlah dia berehat buat sementara sebelum kepalanya dipenuhkan lagi dengan isi kertas kerja yang bertimbung di atas meja kerja nya.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Ação"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...