Chapter 6

3.1K 112 0
                                    

"Ombak malam terdengar indah, menyimpan seribu kota suara. Andai ombak merupakan pita suara, pasti memori penuh dengan luahan" Buku notanya Arabella tutup.

Bersandar di kaki katil memandang kosong, memikirkan hala tuju hidup yang entah ke mana haluannya.

Sudah 4 bulan berlalu sejak tragedi itu, Arabella kini diam sepi. Tidak bercakap malah jarang makan. Dirinya yang dulu sudah kurus semakin kurus, dilanda ribut kemurungan yang memakan diri.

Biliknya yang gelap, bercahaya hanya kerana sinar bulan. Balkoninya juga kini telah berpagar dan dikunci oleh walid. Biliknya juga dibuang kunci pintu, begitu juga dengan bilik air.

Segala peralatan tajam, disimpan bonda. Handphonenya juga hanya beberapa jam sahaja boleh digunakan, dan selepas itu akan disimpan oleh bonda.

Privasi sudah hilang, dirinya juga akan selalu diperhatikan. Setiap beberapa jam, bonda atau walid akan datang memastikan Arabella tidak berbuat perkara yang berbahaya.

Arabella kini bagaikan patung hidup. Tidak bercakap tetapi bergerak. Bergerak juga perlahan, amat perlahan. Arabella juga kini sudah berhenti belajar buat seketika kerana dirinya yang tidak berapa sihat mental dan fizikal.

Setiap hari, apa yang Arabella rasa hanyalah penat dan rasa ingin mati tidak berkurang malah meningkat saban hari. Dia sudah penat dengan semua dan bertambah penat dengan ibu bapanya yang asyik memerhatinya. 𝘚𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘯𝘵𝘴 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘢𝘭𝘰𝘯𝘦 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘵𝘪𝘮𝘦𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘧𝘳𝘦𝘦.

Sudah sekian lama Arabella sudah tidak pergi ke pantai. Satu-satunya tempat yang selalu dikunjungnya apabila dunia berpaling arah. Tetapi sekarang? Dirinya hanya menghabiskan masa di rumah dan ulang alik ke hospital.

Bonda menghampiri Walid yang masih duduk di meja makan. Sedang membaca berita terkini dengan kaca mata. Kehadiran isteri tidak disedarinya.

"Abang" Bonda mengambil tempat di tepi Walid.  Walid menyahut lalu memandang isterinya. Handphone nya diletakkan di tepi.

"Sampai bila Bella nak macam tu? Terperuk dalam rumah, lepastu pergi hospital" Puan Hamirah berkata. Dia juga sudah lali dengan rutin harian Arabella. Makan, tidur dan solat. Itu je yang dibuatnya setiap hari. Kadang makan pun harus dipaksa. Dan kadang itu Arabella memberontak.

"Dah tu, kita mampu buat apa lagi?"ringkas Walid menjawab. Dia juga sudah buntu apa yang mahu dibuat. Dia juga sedih melihat anaknya berubah sebegitu. Pilu dan pedih terasa di hati.

Sejak dulu lagi, Arabella telah didiagnosis mempunyai 𝘣𝘪𝘱𝘰𝘭𝘢𝘳 𝘥𝘪𝘴𝘰𝘳𝘥𝘦𝘳. Arabella masih kecil lagi ketika itu dan baru sahaja meningkat remaja. 16 tahun masih muda lagi untuk seorang gadis berasa ingin mati.

Dan kini penyakitnya itu semakin parah. Bukan sahaja dia mengalami 𝘣𝘪𝘱𝘰𝘭𝘢𝘳 tetapi juga 𝘣𝘰𝘳𝘥𝘦𝘳𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘥𝘪𝘴𝘰𝘳𝘥𝘦𝘳 dan 𝘥𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯.

"Awak ni haih, fikirkan lah sesuatu" geram dengan suaminya yang langsung tidak membantu memberi idea.

"Fikir apa?" Bukan Tuan Fateh tidak mahu membantu tetapi dirinya juga tak tahu apa lagi yang harus di fikirnya tentang anak gadisnya itu. Dia bukan berhenti berharap cuma, haih... hanya Allah sahaja yang tahu apa yang di fikir tika itu.

"Apa kata kita pergi bercuti?" Teruja Bonda berkata. Cuba memberi idea walau tahu Walid tetap akan membantah kerana risau akan risiko kepada anak gadisnya itu.

"Bercuti ke mana pula ni?" Walid menyoal lagi.

"Mana-mana yang ada pantai, awak tahu kan Arabella suka kan pantai" Pantai? 𝘽𝙄𝙂 𝙉𝙊! 𝙉𝙊! Tinggi risiko untuk Arabella cuba membahayakan diri sendiri.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now