Chapter 13

2.4K 95 0
                                    

Puan Hamirah melangkah keluar dari bilik Arabella. Haidil yang duduk di kerusi besi itu hanya bersahaja sebelum Puan Hamirah menegurnya.

"Assalamualaikum, Tuan Haidil" tegur Puan Hamirah, perasan akan Haidil yang selalu berada di luar bilik Arabella. Tegas betul dalam melaksanakan tugas, betul ke?

"Waalaikumsalam, Puan" Haidil yang duduk kini bangun, kini Puan Hamirah berada di depannya, tinggi Puan Hamirah hanya sampai di bahu milik Haidil. Ini baru Bonda Arabella, apa lagi Arabella kan?

"Bertugas, ye? Jaga Bella kami elok-elok ye" Puan Hamirah tak minta pun, tetap Haidil ni akan menjaga Arabella kerana itu adalah tugasnya. Atau hatinya sudah terpaut?

"Dah tugas saya Puan, insyaAllah 𝘯𝘰𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘦𝘯 𝘵𝘰 𝘩𝘦𝘳 𝘢𝘨𝘢𝘪𝘯" jawab Haidil, perasan akan senyuman di sebalik pipi Puan Hamirah, sebiji macam Arabella.

"Saya pegang kata-kata awak. Saya mintak diri dulu ye? Assalamualaikum" Puan Hamirah menghadiahkan senyum manis sekali lagi sebelum berlalu pergi.

"Waalaikumsalam" Haidil menunduk tanda hormat buat Puan Hamirah. Ekor matanya mengikut setiap langkah wanita berumur itu.

Setelah Puan Hamirah hilang disebalik pandangan, Haidil melangkah masuk ke dalam bilik Arabella. Pintu diketuk dulu sebelum melangkah masuk.

"𝘏𝘦𝘺, 𝘮𝘪𝘴𝘴 𝘮𝘦?" Soal Haidil bersahaja. Tawa arabella terletus lagi sebelum membalas sapaan Haidil tadi. Sejak dia berjumpa dengan Haidil, banyak betul dia gelak.

"Oh! 𝘏𝘦𝘺, Eid! 𝘔𝘪𝘴𝘴 𝘺𝘰𝘶? 𝘈𝘪𝘯'𝘵 𝘯𝘰 𝘸𝘢𝘺" pedas kata Arabella. Haidil menyetuh dadanya tanda terkesan dengan kata-kata Arabella tadi.

"Nanti kalau aku balik misi, 𝘤𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮 kau rindu aku punya" bidas Haidil lagi sambil mengatur langkah mendekati Arabella.

"Maksud awak?" Haidil dipandang Arabella lama. 'Maknanya dia dah tak teman aku ke?'

Haidil terpegun seketika, salah dia terlepas kata. Ingatkan nak bagitahu Arabella nanti, jadi tak adalah dia sedih mana bila nak tinggal Arabella nanti.

"Aku ingat nak bagitahu kau nanti" terlepas perahu boleh diundur, terlepas kata ada hati yang menangis.

"Bagitahu apa? Apa yang awak nak cakap?" Soal Arabella lagi, masih tak faham kenapa perlu Haidil meninggalkan nya.

"Aku kena balik misi, diorang perlukan aku. 𝘚𝘰, aku akan tinggalkan kau kat sini. 𝘉𝘶𝘵 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘸𝘰𝘳𝘳𝘺, aku arahkan Azri untuk jaga kau sebab dia tak boleh ikut misi. Dia ada isteri nak jaga 𝘴𝘰 diorang tak boleh jauh-jauh" jelas Haidil lagi. Pandangannya sekarang hanyalah tangan kasar miliknya. Tak sanggup hatinya memandang raut muka Arabella sekarang.

"Nanti aku suruh Azri bawakan isteri dia sekali in case kau perlukan 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘰𝘯𝘦 untuk bersembang" tambah Haidil lagi, dia tahu Arabella bukan jenis yang bergaul sesuka hati. Itu pun Daryan yang cerita sebab pelik macam mana Haidil boleh rapat dengan Arabella dalam jangka masa singkat.

Arabella masih diam tidak berkata. Tak selesa dengan kesunyian suasana, Haidil mengangkat muka mencari emosi di sebalik raut wajah Arabella. Murung seperti pertama kali dia memandang raut wajah gadis itu.

"Kau diam kenapa?" Soal Haidil tak suka bila Arabella berdiam diri. '𝘛𝘢𝘭𝘬 𝘵𝘰 𝘮𝘦 Bella, 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘬𝘦𝘦𝘱 𝘪𝘵 𝘵𝘰 𝘺𝘰𝘶𝘳𝘴𝘦𝘭𝘧'

"Berapa lama? Sampai saya dah 𝘥𝘪𝘴𝘤𝘩𝘢𝘳𝘨𝘦 ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Dingin sahaja intonasi Arabella. 'Aku ada buat salah ke?' Haidil persoalkan dirinya.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now