Chapter 5

3.3K 137 0
                                    

Arabella memandang lama siling hospital. Kepalanya kosong seperti dirinya. Bau ubat, ruang putih, Arabella sudah lali dengan semua ini.

Sudah hampir satu jam, Arabella akhirnya sedar setelah ditemui tidak sedarkan diri malam tadi. Arabella masih jelas ingat apa yang berlaku malam tadi.

Rasa sesal mula menguasai diri. 'Kenapa semua gagal?' 'Aku sepatutnya mati !!!' 'Kenapa aku bangun di tempat yang sama lagi?' 'Kenapa aku ada di sini lagi?'

Kepalanya mula sesak dengan perkataan 'kenapa'? Kerana pengakhirannya, tidak seperti yang dia sangkakan. Dia tak patut hidup lagi. Dia harus mati. Dia membebankan.

Kemudian, pintu bilik milik Arabella dibuka dari luar. Seorang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik 𝘸𝘢𝘳𝘥 itu. Bau makanan hospital mula memenuhi segenap ruang biliknya.

'Makanan hospital ni lagi?' 'Tak sedap!' 'Ubat lagi?!' 'Asyik-asyik benda yang sama je' 'Aku nak mati lah!!!' 'Aku penat dengan semua ni!!'

Jururawat itu menghampirinya. Ubat-ubat serta makanan diletakkan di atas meja di hujung kakinya.

"Cik Arabella, bangun makan ubat ye" tiada respon daripada Arabella malah satu inci badannya pun tidak bergerak. Hanya matanya memandang kosong ke atas. Entah apa yang difikirkan Arabella.

"Cik Arabella bangun makan ye, ni saya bawakan makanan dengan ubat sekali" tidak mendengar sahutan. Jururawat itu menghampiri sisi katil  Arabella.

"Tak nak! Boleh ambik semua tu bawa keluar. Saya tak nak makan semua benda tu" Arabella masih berkeras dengan kata katanya tadi.

"Tak boleh macam tu Cik Arabella, kan nak sihat. Haruslah makan ubat" Tangan Arabella jururawat itu sentuh perlahan sebelum ditepis kasar oleh Arabella.

"Sihat? Berapa lama lagi ambik masa saya nak sihat? Buang masa je saya makan semua benda ni?!" Jururawat itu terkejut atas perubahan drastik Arabella. Tetapi tetap jua jururawat itu mencuba untuk memujuk Arabella.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan sebelum sekali lagi dia memujuk lembut Arabella. Nasib dia lah bekerja sebagai jururawat.

"Mana ada penyakit yang boleh sembu-" tidak sempat jururawat itu menghabis kata, Arabella menjerit kuat memarahi jururawat itu.

"Diamlah! Aku tak nak lah makan benda ni semua! Aku nak mati tahu tak?!!" Semua benda yang berada di atas meja, Arabella tepis dengan kasar.

Habis pecah pinggan makanan serta berselerak ubat yang dibawa masuk oleh jururawat itu tadi. Nasi memenuhi lantai, jelas kotor lantai bilik Arabella ketika itu.

Dirinya terasa amat penat. Sakit. Segala sakit tak tertanggung di dadanya. Sakit yang tidak datang dari luka tetapi sakit yang berada di lubuk hati paling dalam yang semakin merobek diri. Sakit yang dipendam lalu bertukar menjadi dendam dan akan berkekalan entah hingga bila.

Jururawat yang masih terkaku itu cepat-cepat memaut tubuh Arabella yang cuba untuk terjun dari tingkat sepuluh hospital itu. Dipautnya kuat Arabella sebelum dia menjerit kuat memanggil doktor.

"Lepas! Lepaskan akulah! Aku nak mati! Semua orang dah tak nak aku hidup kan! Aku membebankan semua orang! Lepaskan lahh!!!" Jerit Arabella yang kini berada sangat hampir dengan tingkap.

"Doktor!! Doktor!! Tolong!!" Berkerut wajah jururawat itu cuba menahan Arabella. Hanya dirinya sahaja yang tahu betapa besarnya rasa takutnya ketika itu.  Ngeri tak terbayang akal fikirannya sekiranya satu jarinya terlepas dari mencengkam kuat lengan Arabella.

Beberapa orang doktor dan jururawat lain yang baru masuk ke dalam bilik 𝘸𝘢𝘳𝘥 itu tergamam apabila anak mata mereka menangkap tindakan Arabella dan jururawat itu.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now