chapter 43

2.1K 78 5
                                    

"Kalau kau pilih aku, kita mesti tengah bergembira kan sekarang ni cinta?" Disoal gadis lemah di hadapannya, riang hatinya tika itu melihat Arabella diseksa olehnya.

"Hari ini atau esok tetap aku tak akan terima kau lagi syaitan!" Hambur Arabella rupanya memberi padah, kata kat yang dilontarkan membuatkan sabar di dalam diri Khamel kian menipis atau lelaki itu memang tiada iman kerana sabar itu separuh dari iman.

"Kau ni kan, memang cabar aku kan sayang?" Bibir nya Khamel gigit perlahan, darah mula keluar. Geram hatinya mendengar tutur kata Arabella, mengapa gadis ini susah sangat untuk terima dia? Jahat sangat ke dia ni?

Entah, cuba cermin diri.

"Mulut tu memang nak kene ajar sikit, tak apa mari kita tengok apa yang mulut kau bicara kalau aku" ditariknya rantai yang membelit leher Arabella itu laju. Terus Arabella terbangun lagi, buat jari kedua kakinya hampir tak mencecah lantai lagi. Sungguh dirinya terseksa, ya Allah kalau betul ini adalah pengakhiran aku. Aku redha ya Allah.

"Kk-khamel" nama Khamel mula keluar dari bibir Arabella, hati Khamel pula menjerit riang. Akhirnya mengalah juga kau akhirnya ye sayang, aku dah cakap kau selamanya milik aku. Mengalah atau tak, tetap kau hanya dicipta buat aku.

"Yes my love, what do you want?" Soal Khamel prihatin walau tangannya masih tidak melepaskan pegangan kuat di rantai itu.

"Un-til my last brea-th I wil-l keep ch-oosing Hai-dil over someone like y-you" tersekat sekat Arabella berkata, lelaki sekejam Khamel tak layak untuk dijadikan pendamping. Apa guna harta dan rupa kalau hati sekejam iblis?

"I see then" Khamel mengeluh perlahan, sangkanya bicara manis yang bakal terbit tapi lain pula yang keluar. Baru sahaja dia fikir bibit bibit cinta antara mereka bakal mula terbina.

"Ing-at Kh-amel, k-ifarah Allah i-tu w-ujud" ujar Arabella lagi, hatinya mengucap AsyhadualailahailAllah, Waashaduana Muhammada Rasulullah berkali kali. Sungguh dia takut akan kematian tapi dia sudah cukup terseksa saat ini.

Khamel mengilai gila mendengar ujaran Arabella, langsung dia tak peduli akan kifarah Allah. Dirinya sudah begitu lalai dibuai dunia sampaikan tak pernah sekali pun dia bersujud pada sang pencipta.

"Ada aku kisah" ditarik lagi rantai hingga kini Arabella betul betul tergantung, kalau Arabella mati? Boleh saja dia palsukan kematian Arabella dengan Arabella cuba membunuh diri. Pandai pandai lah dia ejas tempat, lagipun Khamel dah sedia maklum akan Arabella yang selalu cuba mengambil nyawa nya sendiri.

Arabella meronta kesakitan, nyawanya tika ini bagai ditarik keluar. Sungguh sakit dan seksa dirinya, air mata mengalir keluar. Ya Allah ampunkan segala dosaku dan izinkan aku untuk mengucap kata suci mu sebelum aku mati ya Allah.

"Kau lepaskan Arabella Khamel atau kau aku tembak mati" Khamel terkejut dengan sapaan jejaka yang lengkap bersenjata padanya.

Topeng Haidil dibuka tergantung, biar Khamel lihat dengan siapa sedang dia bertentang. Arabella dan Khamel dipandang silih berganti, pucat wajah seluruh kulit Arabella.

"Kau jantan tak guna! Macam mana kau boleh ada kat sini" marah Khamel geram, hancur segala perancangan nya dan macam mana mereka tahu dia dan Arabella di sini!

"Kau yang bodoh lembu! Sejak awal tadi aku dah tau perbuatan kau dekat Arabella" tengking Haidil pula, hatinya kian membara.

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja ditumbuk sekuatnya hingga pecah kepala lelaki itu tetapi memikirkan risiko kerana Arabella masih berdekatan, mematikan niat jahatnya yang satu itu tapi tak sejahat perbuatan Khamel pada Arabella dan walid!

"Kau memang cabar aku Khamel!" Naik lagi suara Haidil pada khamel, anggota lain hanya mendiamkan diri. Faham akan perasaan Haidil tika itu.

"Memang aku nak cabar kau" jerit Khamel sebelum sekali lagi dia mengilai.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now