chapter 46

2.2K 68 0
                                    

Hampir dua minggu berlalu sejak pemergian ayah tercinta, mungkin walid lebih bahagia di alam sana. Surat yang ditulis walid disimpan kemas di dalam album mereka.

Mereka kini di mahkamah menjadi saksi dan Arabella salah seorang mangsa kegiatan kejam Khamel, mereka akan pastikan Khamel dihukum mati kerana perancangannya yang telah meragut nyawa walid.

"Tengku Khamel bin Dato Mustafa, maka hasil perbincangan mahkamah. Kamu dijatuhkan hukuman mati akan tingkah laku kamu menyeksa puan Arabella serta perancangan kamu yang mengorbankan arwah Tuan Fateh dan Malek bin Abdullah dijatuhkan hukuman penjara dua puluh tahun"

"Alhamdulillah" ujar mereka mendengar bicara di mahkamah tika itu, sungguh hati mereka senang kini khamel menerima hukuman setimpa dengan perbuatan nya.

Mungkin dulu dia pernah mencintai lelaki itu setengah mati tapi kini dia sanggup melihat Khamel dihukum mati kerana kerja gila nya sendiri.

"Serta juga kesalahan-" ahli mahkamah yang masih berbicara, Arabella hiraukan. Baru sahaja dia, Haidil dan yang lain ingin bangkit. Laju Khamel datang menyerang nya, nasib sempat pengawal penjaga tika itu memaut kasar lelaki itu.

"Sanggup kau Arabella!" Jerit Khamel meronta dilepaskan, amarahnya makin meningkat bila melihat raut wajah kosong Arabella seakan tidak terkesan bila sahaja hukuman mati dikenakan padanya.

"Kau pilih jantan sial ni dari aku!" Khamel menjerit lagi, matanya tajam menikam dua pasang mata itu silih berganti.

Haidil mendakap Arabella dari didekati Khamel, dia masih diam membisu walau hatinya penuh dengan amarah. Tidak kah Khamel ketahui perbuatan nya itu, mengapa dia dihukum sebegitu rupa?

"Jangan ingat kau terlepas perempuan! Kau milik aku sorang!" Ujar Khamel lagi tidak puas hati sebelum dirinya ditarik kasar oleh pengawal mengikut langkah mereka.

"Lepaskan akulah!" Jerit Khamel lagi.

Berdasarkan bicara mahkamah, Khamel disahkan mengambil dadah dan mengedar dadah, beberapa kilang pengeksportan dadah sudah ditutup dan dalam siasatan polis.

"Kau kan yang buat anak aku macam ni?" Ujar Dato Mustafa setelah tangannya selamat menampar pipi Arabella, Haidil menolak kasar tubuh lelaki tua itu. Tua tak tua tapi kalau perangai dah macam sial, tunduk pun jangan harap dia buat.

"Berani kau tampar isteri aku!" Nyaring Haidil menjerit, naik seoktaf nada suara nya tika itu. Matanya mencerlung tajam ke mata Mustafa, pipi Arabella digosok Haidil perlahan, gadis itu merintih sakit.

"So kau suami dia?" Dato Mustafa tertawa kuat, tubuhnya dipegang kemas oleh beberapa pengawal. Risau jika bakal ada pertumbukan di dalam ruang keluar mahkamah.

"Eh kalau perempuan ni tak wujud, tak adanya anak aku jadi macam tu" Jadinya ditunding lurus pada Arabella, Arabella menundukkan pandangan tidak berani bertentang mata buat pertama kalinya dengan papa Khamel.

Entah apa salahnya, dirinya pula dipersalahkan begini. Dato Mustafa tak mampu terima ke apa yang berlaku pada anaknya?

"Jangan tunding jari kau dekat isteri aku!" Haidil membalas marah, pantang betul dia dengan orang tua tak sedar diri macam Dato Mustafa ini.

"Kau ingat eh, aku akan pastikan keluarga yang kau bina tak akan aman" bidas Dato Mustafa lagi sebelum kakinya melangkah pergi, sempat dia menggugut mereka sebelum pandangan nya fokus di harapan. Puas hati menampar pipi gadis itu, berani kau seksa anak aku macam ni. Kau akan terima padahnya, gelora panas hati Dato Mustafa.

"Are you okay sayang?" Soal Haidil pada Arabella, Arabella yang menjadi mangsa permainan bodoh anaknya tapi Arabella pula disalahkan atas hukuman yang diberikan.

"I'm good" ringkas Arabella menjawab walau hatinya rungsing dengan ugutan Dato Mustafa tadi, apa yang papa Khamel maksudkan? Bakal ada ujian lagikah yang perlu dia lalui, sumpah dia sudah cukup penat.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now