Sebulan berlalu sejak Arabella pulang dari kota switzerland , dia masih dalam proses melupakan segala yang berlaku dengan memulakan hidup baru. Baik untuk dirinya, baik juga untuk masa depan nya.
Mungkin pertemuan nya dengan Haidil hanya lah takdir tuhan untuk membuat dia menjadi lebih kuat pada masa akan datang, hadir Haidil hanyalah rumah sementara bukan kekal sekekal dunia di syurga kelak.
"Total 35.50" dompet kecik miliknya dibuka, beberapa keping not meredah serta biru dikeluarkan. Dahinya berkerut seketika-
Alamak tak cukup duit lah pula, Arabella jarang bawa wang tunai kebanyakkan dia guna card sahaja bila membeli, satu kad kecil dibawa keluar.
"Paywawe boleh tak awak?" Soal Arabella
"Maaf kak, mesin rosak" jawab cashier itu pula, mesin paywave ditunjuk nya. Arabella makin rungsing, kepalanya ligat berfikir. Nasiblah tak ramai orang datang ke cafe tika ini.
"Lah yeke, macam mana eh" lelaki berumur belasan itu memandang Arabella simpati, masa ni lah mesin nak rosak. Kesian pula dia dengan customer, dah berapa ramai customer yang keluar mencari cash disebabkan mesin paywawe yang rosak secara tiba tiba.
"Tungu sekejap boleh, akak gi ambik duit dalam kereta" minta Arabella, kalau ikutkan boleh sahaja dia batalkan pesanan nya. Tapi sebab Arabella dah berjanji dengan Daryan nak belanja minuman dari cafe ini terpaksa juga dia kembali mencari cash di kereta bonda nya. Janji tetap janji, harus ditepati.
"Okay" ujar jejaka itu lagi.
"Saya bayar yang dia sekali" Belum sempat Arabella melangkah pergi, entah mana datangnya si penyelamat murah hati hendak belanja pesanan Arabella tiba tiba.
"Baik encik, order apa?" Terus tangan jejaka itu ligat menekan pesanan di skrin tak besar, tak kecil di depannya.
Arabella berpusing memandang gerangan mana yang baik hati mahu membantu nya tika itu, dia harus membayar kembali. Bukannya dia tak ada duit cuma dia cashless ketika itu.
Susuk tubuh tegak jejaka menjamu pandangan nya, hampir Arabella jatuh rebah tetapi dikukuh kuat kakinya untuk tegak berdiri.
Eid Haidil? Bila dia balik sini, dia bukan dekat Switzerland ke? Matanya tajam memerhati Haidil yang masih selamba badak berbicara dengan staff cafe tersebut.
Wang tunai dikeluarkan dari dompet hitam nya lalu diberi pada staff itu, dua keping resit diambil lalu diberi pada Arabella satu lagi. Mata mereka saling bertatapan buat sepuluh saat sebelum cepat cepat Arabella mematahkan renungan nya.
"Bagi number bank awak, saya transfer balik" ujar Arabella mengejar langkah Haidil menuju ke meja tak jauh dari kaunter pesanan.
"Kenapa kau block number aku?" Soal Haidil. Permintaan Arabella tadi tidak dia laksanakan. Kepala nya mendongak memandang Arabella yang berdiri tegak di hadapannya.
"Macam mana awak tahu saya block number awak?" Soal pelik Arabella pula. Eh- Hiraukan, yang penting dia perlu bayar kembali duit Haidil tadi. Macam mana Haidil tahu dia block number jejaka itu dan kenapa bukan keutamaan buat nya tika ini.
"Profile hilang? Bio hilang? Online pun tak pernah nampak. Apa lagi? Block lah" Haidil berkata mendatar sambil matanya masih memandang raut wajah Arabella. Semakin lama semakin cantik gadis ini, alangkah indahnya kalau bisa dia jadikan gadis cantik di hadapannya ini sebagai pendamping.
"Ada saya kisah? Bagi number bank awak cepat, saya nak transfer balik ni" marah Arabella lagi
"Unblock number aku dulu" ugut Haidil pula.
"Ke kau nak suruh aku sendiri yang unblock" baru sahaja Haidil cuba bangun, terus Arabella mengambil telefonnya.
"Tak habis dengan ugut, sabarlah" bebel Arabella, suka hati dialah nak block siapa pun. Yang dia nak ugut ugut kita suruh unblock kenapa?
"Save sekali" minta Haidil lagi melontar pandangan di TV yang sedang menayang korean drama yang pernah dia dan Arabella tonton berbulan yang lalu. Hatinya senyum kecil, merindukan moment mereka dulu.
"Perlu ke?" Soal Arabella lagi, Haidil di pandang sekilas.
Renungan Haidil jatuh lagi pada Arabella, tangannya cuba mengapai handphone milik Arabella tapi sempat gadis itu mengundur ke belakang sebelum menjerit perlahan, marah.
"Fine fine, dah. Sekarang bagi number akaun awak cepat" makin dilayan, makin menjadi perangai jejaka di hadapan nya. Lakukan je apa yang dia nak, kalau tak apa pun tak jalan. Nanti dia padam jelah number telefon lelaki itu, apa yang susah kan.
"Tak payah bayar, aku belanja" bidas Haidil pula. Hati Arabella kian membara, lah nak belanja aku pula. Kalau nak belanja, cakaplah awal awal. Tak adanya dah macam minah gedik dia kat sini mintak number akaun bank milik Haidil. Minah gedik lain mintak number, aku mintak akaun bank. Lain macam.
"Cepatlah, saya tak nak berhutang dengan awak" tapi tetap Arabella tolak, tak mahu punya apa apa kaitan dengan lelaki ini. Kalau boleh diakhirat sana pun tak nak tengok raut wajah jejaka di hadapannya, semak!
"Well, aku lebih suka kau berhutang dengan aku?" Jawab selamba Haidil. Arabella menghembus nafas kasar sebelum nama nya dipanggil staff cafe itu tanda pesanan nya sudah siap.
"Arabella!" Laung staff Cafe kuat mencari gerangan yang memesan dua bekas Air di kaunter pesanan di hidang.
"Suka hati awak lah, saya pergi dulu. Terima kasih" terus Arabella menghentak kaki perlahan sebelum melangkah pergi meninggalkan Haidil.
Pesanan nya tadi diambil lantas kata terima kasih dilontar sebelum dia melangkah keluar menuju ke kereta bonda nya. Arabella masuk ke dalam perut kereta, tereng kereta dihentam marah.
Macam mana lah dia boleh terserempak lagi dengan hantu beku tu lagi. Hantu beku? Semuanya kerana penipuan Haidil yang mengatakan dia dah mati, kini Arabella menggelar jejaka itu Hantu beku!
Tiba tiba, mindanya terfikir sesuatu terus kepalanya dihempuk perlahan. Diraup mukanya kasar, tak pasal pasal jerawat yang tiba naik hari ini terkena hentakan tangan Arabella, Arabella berdecit sakit.
"Ya Allah benaknya kau Arabella! Touch and go kan boleh, haih tak pasal pasal kau berhutang pula dengan mamat tu" dipukul lagi stereng kereta bonda nya. Ini kalau bonda tahu, halamak dia pula yang dibebel nanti.
Di situasi yang lain, Haidil terkawa kecil memandang Arabella yang sudah melangkah pergi. Dia pun tak sangka yang mereka bakal berjumpa lagi setelah hampir sebulan tak mendengar khabar gadis itu.
Azri ada bercerita tentang gadis itu tapi tidak banyak, maklumlah Azri kan suami orang. Tak akan dia nak rancak bercerita pasal gadis lain pula kan? Mahu cemburu isterinya nanti walau Anggun tidak peduli pun pasal itu, Azri je yang overthink.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...