chapter 27

2.1K 76 2
                                    

"Assalamualaikum Anggung, Azri?" Arabella memberi salam sebelum pintu rumah diketuk. Hampir salam ketiga pintu rumah mereka akhrinya mula terbuka.

Susuk tubuh Anggung yang lengkap bertudung kini kelihatan, matanya membulat terkaku memandang Arabella yang tika ini berada di depan pintu rumahnya. Cepat cepat dirangkul diri gadis itu, memang tradisi perempuan. Baru balik dari negara luar ke apa ke mesti peluk, tak apa Arabella okay kerana Arabella pun perempuan.

"Ya Allah Arabella lama nya tak jumpa, mari masuk masuk" ujar Anggung lagi walau minggu lepas baru mereka bertembung di supermarket tak jauh dari rumah milik mereka.

Tangan milik Arabella ditarik masuk ke dalam rumah, cepat cepat sandal yang dipakai Arabella dipecat sebelum melangkah masuk ke dalam. Sudah berkali kali dia datang ke rumah Anggun, masih sama. Sentiasa kemas dan teratur.

"Bukan Arabella balik lambat lagi ke?" Arabella mengukir senyum lemah, Anggun mula faham. Lupa pula mereka tentang rahsia yang mereka simpan selama ni dah kantoi.

"Maafkan Anggun dan Azri tau Arabella, kitorang tak sengaja tapi terpaksa untuk melakukan sedemikian" ujar Anggun lagi, Arabella menggelengkan kepala.

"Tak apa Anggun, Arabella cuma nak tahu cerita sebenarnya, seluruh dari a sampai ke z" bidas Arabella pula.

"Eh Haidil tak bagitahu ke?" Raut wajahnya Anggun berkerut, bukan Arabella kata yang mereka bertembung ke? Tak akan Haidil tak jelaskan semua?

"Haidil?" Soal Arabella, tawanya terletus.

"Dia nak pandang saya pun tak nak" tipu Arabella. Dia datang pada kau semasa di jambatan, dia datang bilik kau ajak keluar? Tang mana nya Haidil tak nak tengok muka kau? Tapi lupa ke apa yang dia katakan dekat pantai haritu, tak akan sesekali Arabella lupa.

"Astagfirullah Haidil!" Mata Anggun membulat, tak sangka yang Haidil bakal beriak begitu, dia perlu cakap pada suaminya tentang ni. Haidil dah melampau, dahlah menipu lepastu cakap macam tu. Dia tak tahu ke hati perempuan ni lembut, bukan dia yang cakap dia kenal sangat perangai seorang perempuan ni macam mana.

"Ya Allah Arabella, Anggun tak sangka Haidil bertindak sebegitu. Anggun fikir bila dah kantoi dia akan ceritakan segala galanya pada Arabella tapi tidak, dia terus dengan perangai dinginnya" tangan Arabella dielus lembut, Anggun faham sangat macam mana hati Arabella bila di situasi macam tu. Luar mungkin nampak kuat, tapi dalam? Hanya Allah yang tahu.

"Macam ni, Anggun mulakan cerita ye macam mana Anggun dan Azri tahu" Terus Anggun menceritakan semula mengapa sanggup Haidil tipu mereka dan macam mana penipuan Haidil mula kantoi.

Lama anggung bercerita, sempat mereka tertawa saat motor milik Azri terjatuh hanya kerana lupa nak tongkat. Terkejut punya pasal, habis tercalar motor kesayangan Azri. Hampir dua hari di bengkel semata nak hilang kan calar dan tukar cover set baru.

"Maaflah, kitorang tak berniat pun. Kitorang dapat tau pun selepas sebulan kemudian, Anggun pun terkejut time Azri cerita siap bawa Anggun pergi rumah Haidil lagi sebab Anggun tak percaya" Arabella tertawa kecil sambil kepalanya digelengkan. Rumah? Kiranya Haidil kantoi di Malaysia dan dalam negeri? Macam mana Arabella boleh tak terserempak dengan dia.

"Tak apalah Anggun, Anggun pun dah jelaskan. Kita fikirkan positif, Haidil professional orangnya dalam melakukan tugas. Mungkin ada sebab dia buat Arabella macam ni" professional konon, ajak main saidina tu siapa?

"Tulah, maaf ye Arabella" Anggun meminta maaf buka kali ke berapa tak, hatinya tetap berasa bersalah kerana turut terlibat dalam penipuan Haidil ini. Arabella hanya tersenyum kecil.

"By the way, Anggun ada great news!" Debar di dada, Anggun tahan. Mukanya tak hilang dengan senyum manis, tak sabar ingin kongsi berita gembira nya pada Arabella.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now