chapter 34

2.1K 73 1
                                    

Number yang tidak dikenali yang asyik naik mesej nya itu Arabella hiraukan, sudah diblock makin menjadi pula si Khamel ni.

Memang banyak betul duit nak beli number baru, ini entah kali ke berapa Arabella block number yang berbeza tapi tuan yang sama. Maklumlah anak daddy kaya kan-

018562863990

"Arabella please pick up my call, let me explain" naik lagi mesej dari jejaka itu, memang tak kenal erti berserah ke?

"Enough is enough! I don't want to have anything relate to you anymore Khamel , you with your life and me with my life" balas Arabella lagi sebelum number itu disekat buat ke sekian kalinya. Hampir mengambil dua puluh minit sebelum handphone nya berdering lagi.

"Can you Just stop khamel?! I'm tired lah with you sht" tanpa melihat nama panggilan, Arabella terus mengangkat call sebelum dia menengking tinggi.

"Ara, what's wrong? Khamel ganggu kau lagi ke" suara Daryan kedengaran, Arabella meraut wajahnya kasar. Kann dah kantoi dengan Daryan, silap dia tak lihat nama pemanggil. Ini semua tak akan terjadi kalau sebab lelaki itu, hari makin hari semakin stress Arabella dibuatnya.

Memang pantang ditolak betul jejaka itu, entah gelaran apa yang sesuai untuk lelaki seperti Khamel ini. Betul dia tak menyerah tapi tak kena situasi.

"Kind of Daryan" ujar Arabella ringkas, malas berbasa basi dengan Daryan. Dia tahu bertapa gelabahnya gadis itu nanti macam diri dia pula yang kena ganggu.

"Why, what happend? Why don't you tell me bout it?" Terdengar lembut suara Daryan di talian persis suara bonda bila risaukan dia, Arabella yakin bila Daryan menjadi ibu suatu hari nanti pasti Daryan menjadi ibu yang sangat penyayang dan sanggup berkorban apa saja untuk anaknya walau masa sibuk tak seperti- maksud Arabella Daryan bakal menjadi seorang ibu idaman buat Arabella.

"Aku bukan apa, aku malas nak rungsing kan kau. Aku tahu kau sibuk dengan butik" bidas Arabella lagi, melihat bertapa sibuk nya Daryan hari makin hari membuat dirinya malas menganggu gadis itu dalam dunia perniagaan nya.

"Arabella listen, kau bestfriend aku and for my bestfriend, I will be available for 24 hours not matter what time" ujar Daryan lagi, sejak bangku sekolah lagi mereka rapat sampai kadang kala orang terfikir yang mereka ini sebenarnya adik beradik kerana muka mereka yang hampir sama. Takdir barangkali?

"So tell me now apa jejaka hingusan tu buat kat kau lagi" soal Daryan lagi, hatinya panas sahaja bila mendengar amarah Arabella tadi pada khamel, mesti lelaki itu terlalu menganggu Arabella sampaikan Arabella menjerit sebegitu.

"He did nothing but aku terserempak dengan dia three days ago and since that he keep calling and texting me" cerita Arabella, Daryan hanya terdiam sepi memberi Arabella ruang untuk bercerita.

"Even after aku block pun still, he keep merayu untuk aku terima dia but ain't no way aku accept him back. Aku penat dengan dia, sumpah aku dah penat dengan game dia" bidas Arabella lagi sambil telefonnya diletakkan di atas bahu manakala jarinya laju menaip di keyboard laptodnya.

"Ni kau cakap nothing? Dia menganggu ketenteraman kau lah! Memang nak kene ajar lelaki hingusan ni so kau bagitau tak walid dengan bonda" kata Daryan, makin membara hatinya setelah mendengar kata kata Arabella tadi. Daryan pun sudah cukup masak dengan perangai khamel, sempat dia menangkap Khamel keluar berduaan dengan perempuan seksi ketika Arabella dan khamel masih dalam hubungan.

Alangkah terkejutnya bila Daryan sendiri diugut Khamel untuk tidak menceritakan hal tersebut dengan upah night stand? Apa khamel fikir dia murah sangat ke sampai nak berkata macam tu?

"Daryan please, don't tell them. Aku tak nak besarkan masalah. Tolonglah kali ni Daryan" rayu Arabella teringat akan bertapa sibuknya walid dan bonda sampai tak sempat bersarapan sama sama dengan nya pagi tadi.

"Haih Ara, aku tak tahu nak buat apa dah dengan Khamel ni but if he do something to you, aku tak akan teragak agak nak bagitau terus pada walid dan bonda" ujar Daryan lagi, dia faham akan sikap Arabella yang suka berahsia itu.

"I know, walid dengan bonda sibuk. Aku malas nak ganggu and aku pun jarang keluar bilik study so aku malas juga nak layan dia" bidas Arabella lagi.

"Aku ingat lepas aku jawab call aku, aku nak off jelah phone. Nak beli number baru, dah banyak contact kan phone ni haih" Arabella mengeluh perlahan memikirkan nasibnya, lelaki itu pun satu. Semasa dia nak fokus belajar nilah, sibuk datang cari dia.

"It sokay, if something terjadi terus kau roger aku tau!" Kata Daryan pula.

"Cik Daryan, someone asked bila stock this one sampai" suara staff Daryan kedengaran.

"Wait Ara" Arabella hanya mengangguk perlahan walau tahu Daryan tak nampak pun yang sekarang dia sedang mengangguk kan kepala.

"Tell them next day insyaAllah if tak ada apa apa berlaku" balas Daryan pula.

"Sorry tadi ada staff panggil, butik ramai betul dengan customer" Daryan meminta maaf, bunyi bising butik Daryan pun turut kedengaran sejak tadi di talian menandakan bertapa tengah naik nya perniagaan Daryan tika ini. Syukur buat salah seorang kawan baiknya ini.

"I see then kau sambung lah layan cust, aku nak sambung study. Dahlah ni sem last" Arabella meminta diri, baik untuk Daryan baik juga untuk dirinya.

"Okay then, I pray the best for you. Arabella Sharifah can do it, soon will be Doctor Arabella" Daryan memotivasikan Arabella, tak sabar rasanya nak melihat rakan baik nya ini memakai kot putih. Pasti dia menangis di hari graduasi Arabella nanti, wajib!

"Lambat lagi" Arabella ketawa mengekek.

"Bai Assalamualaikum" Arabella memberi salam sebelum menutup panggilan.

"Waalaikumsalam" jawab Daryan pula.

Baru sahaja hendak di off phone nya, mesej mula naik berturut turut. Sekali lagi, Arabella menghembus kasar nafas. Dadanya digosok perlahan tanda sabar, sempat matanya menangkap satu mesej dari jejaka hingusan itu.

"Aku call kau tak angkat? Orang lain call angkat pula, ke kau call dengan jantan lain ni Arabella! Siap kau kalau aku tahu, jangan cabar aku Arabella!" Entah sejak bila jejaka hingusan ini menjadi agresif mungkin setelah Arabella menolak dari mempunyai kaitan dengan dirinya lagi? Mustahil untuk lelaki itu diterima kembali, dia tahu apa yang dia ugut pada Daryan dan dia tahu semuanya.

Lelaki sebegini tak layak menjadi pendamping nya, Haidil yang beku itu lebih dari layak kalau nak banding kan dengan Khamel jejaka hingusan, dayus, penipu semua lah dia ni. Tapi kenapa kini Arabella suka jual mahal dengan Haidil, kalau Haidil lebih layak dari Khamel?

The worst feeling is when something is killing you inside, and you have to act like you don't care. Dia tak nak kerna lelaki, hidup dia menjadi terombamg ambing. Dia tidak perlukan lelaki, cukuplah Allah dan nikmat orang sekeliling di samping nya selalu.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now