chapter 24

2.1K 85 1
                                    

Sama sama, balas Haidil di dalam hati. Mukanya masih beku walau hati terlonjak gembira memandang gadis idamannya. Hanya gadis idaman, mustahil untuk dia miliki.

"Kau boleh jalan tak?" Soal Haidil

"Boleh je kut insyaAllah" balas Arabella. Semalam mungkin dirinya kalah dengan kepenatan diri, mungkin disebabkan itu juga kakinya tak mampu berfungsi dengan sepatutnya.

"Bersiap siaplah, aku tunggu kat luar" bidas Haidil sebelum bangun melangkah ke arah pintu bilik.

"Eh pergi mana?" Naik sikit suara Arabella agar masuk dapat didengari Haidil.

"Jangan banyak tanya, ikut je. Aku tunggu kat luar" ujar Haidil menutup pintu tanpa sempat Arabella menghalang. Suka betul buat kerja ikut kepala sendiri, tak tanya pendapat orang pun nak ikut ke tak nak.

Terus Arabella melangkah ke arah almari mencari pakaian untuk digaya pada hari ini. Sakit sikit je, bergaya itu perlu ye gais.

Baju knitwear putih dan dialaskan baju hitam nipis di dalam, mungkin Arabella tidak memakai tudung atau menutup aurat dengan sepatutnya tapi untuk saja saja menjadikan bahu sehingga lututnya sebagai tatapan, mustahil sekali. Arabella masih ada rasa malu untuk tidak bergaya sedemikian.

Seluar khaki diambil, barang barang dari sling bag nya dibawa keluar. Ubat ubat serta barang yang lain dimasukkan ke dalam sling bag putih nya lagi satu. Handphone diambil lalu pintu bilik dibuka, Haidil yang menyandar di dinding sambil berpeluk tubuh dihiraukan Arabella.

Kad bilik dimasukkan juga ke dalam beg sebelum kakinya mengikut langkah Arabella. Sempat dia menangkap susuk tubuh Arabella yang bergaya, rambut coklat yang disanggul menggunakan penyangkut serta rambut depan yang dibiarkan terlepas.

Leher putih yang berhunikan rantai silver berlongket, sungguh ciptaan Allah ini indah. Tapi lebih indah jika Arabella belajar menutup aurat dengan lebih sempurna. Pandangan nya dialihkan, sebagai lelaki Muslim dia harus menundukkan pandangan.

Arabella mengikut belakang langkah Haidil dari tingkat biliknya hingga mereka berada di luar kediaman hotel, kereta semalam mereka naiki berada betul betul di depan pintu.

Staff yang menjaga menghadiah senyum manis sebelum melangkah pergi, tugasnya menjaga kereta Haidil sudah selesai. Haidil membuka pintu tepi memberi ruang buat Arabella masuk, Arabella hanya turuti saja. Pintu ditutup kemas sebelum dia berlari kecil ke arah penumpang lantas dibolos dirinya ke dalam perut kereta.

Enjin kereta dihidupkan terus kereta meluncur keluar laju tidak lama selepas itu, entah ke mana bakal dia bawa Arabella. Kita nantikan saja setelah sampai nanti.

Suasana di dalam kereta sunyi sahaja, bunyi radio yang kedengaran tanpa bicara dari kedua dua penumpang itu. Tidak hampir tiga jam, mereka tiba di destinasi.

Arabella menekup mula gembira, destinasi pernah ditulis di dalam check list nya tetapi disebabkan tempatnya yang agak jauh dengan hotelnya, dibatalkan saja.

"Jom" ajak Haidil mula melangkah masuk ke perkarangan destinasi mereka.

Arabella berlari kecil berpusing pusing ala ala dirinya princess di tengah tengah jalan, suka benar dengan pemandangan bunga lavender di hadapannya sekarang.

Sempat matanya menangkap pokok pokok bunga rose pelbagai yang ditanam membentuk benteng dihujung sana, dirinya terlompat kecil.

"kau suka ke tempat ni?" soal haidil sambil tersenyum kecil.

"suka sangat!" Arabella menjawab riang, lebar senyum terukir diberi pada Haidil.

Sedikit sebanyak membuatkan haidil terkesima dan terpegun, jejaka itu kaku merenung gadis cantik di hadapannya.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now