chapter 18

2.1K 87 0
                                    

Sementara menunngu waktu Zohor, Arabella sedang menenangkan fikiran atau lebih dengan kata viral kini "healing" di cafe hotel menikmati pelbagai aneka makanan sambil bercuci mata memandang abang abang segak uihh- original dari switzerland.

Telefon miliknya berdering, teks dari daryan kelihatan. Apa lagilah anak dara ni tak puas hati, dahlah menetap kat rumah aku time aku kat Switzerland. Tinggal dalam bilik aku pula tu padahal bilik tetamu khas untuk dia dah disediakan.

"Jangan lupa senah oii bawa balik oppa segak ori switzerland ke Malaysia ya noh" Arabella tertawa kecil, hampir tersembur coklat panas yang diminum nya ketika itu.

Biasanya kalau kat Malaysia, waktu macam ni elok minum teh o tetapi alang alang dekat Switzerland ni tukar taste lah sikit minum hot chocolate.

Coklat panas diletakkan kembali ke atas meja kecil di hadapannya sebelum laju jari miliknya menari di atas keyboard handphone miliknya.

Makin lama dilayan si daryan ni, makin parah gamaknya. Ada dia suruh aku kecekak gambar lelaki Switzerland yang tak pakai baju. Tak innocent lah storage phone aku senoh oiii.

Dalam tawa riang, Arabella tefikir pula pada walidnya yang satu di tanah air sana. Sibuk sangat ke walid sampai tak sempat nak tanya khabar aku kat sini? Haih, husnuzon Arabella walid sibuk lah tu.

Pandangan dilempar ke arah luar, beberapa orang asing yang lalu dipandang Arabella bosan. Tahap kacak orang sini tak ada bezanya pon, cuma warna kulit dan mata je lain. Oh jangan lupa tahap tinggi mereka juga, udahlah sado sado.

Arabella menggeleng kan kepalanya lagi, jangan difikir sebegitu Arabella. Astagfirullah, coklat panas tadi disisip Arabella perlahan berkali kali sebelum matanya menangkap susuk tubuh tegak milik lelaki.

Kulit sedikit sawo matang, rambut sedikit bergelombang ala ala oppa korea dan agak tinggi dan tidak terlalu kurus. Mata coklat milik susuk tubuh itu bersinar bagaikan bulan purnama, seperti mata-

Eid Haidil!!!

Susuk tubuh di hadapan sana mirik sangat dengan orang yang amat dirindui Arabella, susuk tubuh jejaka itu persis orang yang tak lengkang menemani dirinya siang malam tika dulu.

Arabella terbutam, matanya digosok kasar berkali kali tanda masih tidak percaya akan apa yang dilihatnya sekarang.

Tidak benar, ini hanya ilusi. Eid Haidil dah mati Arabella!

Tapi rupa milik jejaka itu terlihat sama, mustahil! Tak mungkin, lelaki itu dan beberapa orang asing mula melangkah masuk ke dalam hotel.

Entah benar atau tidak, aku harus cuba. Cuba untuk kenal pasti sama ada dia adalah Haidil yang dah tiga bulan pergi atau hanyalah pelanduk dua serupa.

Bingkas Arabella bangkit, beg dan kotnya diambil lantas langkah jejaka persis Haidil itu dikejar. Belum sempat lelaki itu melangkah masuk ke dalam lift, Arabella menjerit kuat.

"Eid!"

Lelaki itu terkaku seketika, dia berhenti lalu memusingkan badannya memandang Arabella.

Raut mukanya kosong, tidak terkejut atau apa. Benar, ini Eid Haidil. Persis amat dengan Haidil tetapi mati atau tak menyebabkan Arabella makin bingung, tapi ini memang Eid Haidil!

"Who are you?" Soal dingin lelaki itu sambil matanya tajam menikam sepasang mata coklat milik Arabella. Arabella terkaku, mulutnya tersenyum lagi.

Benar ini Haidil! Fizikal nya, Suara nya semua sama dengan Haidil. Mungkin ada kesilapan atau salah faham, tetapi yang pasti dia adalah Haidil.

"Eid! This is me Arabella! Tak akan awak lupa? Awak pernah jaga saya dulu" Arabella mula merapat sedikit ke arah si dia tetapi peliknya, si dia itu berundur.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now