Chapter 15

2.4K 83 5
                                    

Berminggu-minggu telah berlalu, Arabella memandang sekeliling ruang bilik. Bilik hospital sudah diibaratkan bilik keduanya tetapi entah kenapa, hatinya terasa berat ingin pergi.

Terlalu banyak memori baru yang dia bakal rindui, dan semuanya hanya tinggal kenangan.

Jika Eid Haidil tak hadir dalam hidupnya, bakalkah dia berasa bahagia sebegini? Siapa engkau wahai jejaka, sampai membuatku asyik terfikir tentang dirimu?

Mustahil aku jatuh cinta kali kedua. Aku kenal amat dengan hati aku yang tak mungkin masih mampu untuk lupakan cinta hati pertama aku.

Arabella masih duduk menanti ketibaan jejaka yang ditunggu-tunggunya. Lelaki itu sudah berjanji akan datang. Tidak mungkin Haidil mungkiri. Dia mesti datang.

'Awak harus datang Haidil. Ada satu perkara yang ingin saya tanyakan dan juga ada satu permintaan yang ingin saya pinta. Maka, dengan sebab ini, awak harus muncul'

"Arabella dah kemas semua ke?" soal Anggun sejurus kakinya baru sahaja memasuki ruang yang dihuni Arabella.

"Haah, Anggun. Sekarang, tinggal nak angkut je" beg-beg di tepinya ditunjuk Arabella pada Anggun dengan senyum manis yang tak lekang dari bibirnya.

Jam di tangan dipandang bersilih ganti sebelum pandangannya dilemparkan ke luar tingkat. Meneliti setiap susuk tubuh yang melalui pandangannya, tapi hasilnya hampa.

"Anggun rasa Haidil datang tak?" bidas Arabella sambil mata tak lepas dari memandang dunia luar. Hatinya berdebar menanti bersilih ganti dengan perasaan hampa, ligat mata mencari susuk tubuh yang dia rindui.

"InsyaAllah, datang. Abang Azri dah pergi tadi. Arabella jangan risa,u ye" lembut suara Anggung menyapa di telinga sambil melabuhkan dirinya tepat bersebelahan dengan Arabella. Bahu kecil milik Arabella diusap lembut.

Arabella senyum tawar. Sudah hampir satu jam mereka menantikan Haidil tapi sampai kini belum tiba. Kadang terasa hampa dan tertanya-tanya, bakal tibakah Haidil atau sekadar janji manis?

Tiba-tiba, pintu ruang bilik Arabella dibuka kasar. Wajah Azri berpeluh menyapa pandangan. Jejaka itu tertunduk sambil tercunggap-cunggap mencari nafas tapi di sisi lain, jelas wajah dan mata merah Azri kelihatan.

"Abang! Subhanallah, apa dah jadi ni?" terus badan besar Azri didakap Anggun. Risau sepenuh hatinya melihat suami kesayangan sebegitu rupa. Apa yang membuatkan lelakinya berubah sebegini rupa?

Mulut Azri tergagap-gagap ingin berkata. Berat hatinya ingin mengkhabarkan berita yang baru sahaja dia dengari. Dirinya juga hampir pitam tetapi memikirkan Arabella yang masih menunggu 'si dia', terus besar langkah kakinya dibuka menghampiri mereka di tingkat atas.

"Kenapa, Azri? Tak dengar" Dahi Arabella berkerut seribu menanti ujaran Azri. Air mata yang meluncur keluar dari wajah lelaki itu makin membuatkan mereka tertanya-tanya.

"Haidil" terasa satu tusukan tajam memasuki sanubari hatinya. Katakan ini berita baik Azri, bukan berita yang bakal menghancurkan hatinya.

"K-kenapa dengan Ei-d Haidil?" soal Arabella lagi sambil melangkah merapat ke arah pasangan di hadapannya. Mata Arabella tajam mencerlung.

"D-dia..." Azri masih lagi dengan gagapnya, belakang badan jejaka itu diusap lembut oleh Anggun. Cuba memahami perasaan suaminya, dirinya juga dihuni debar yang kian tingkat.

"Cakap, Azri! 𝘚𝘢𝘺 𝘪𝘵 𝘰𝘶𝘵 𝘭𝘰𝘶𝘥!" jerit lantang Arabella tiba-tiba. Mata gadis itu kini dikolami air mata yang bila-bila sahaja bakal runtuh.

"Haidil! 𝘏𝘦'𝘴 𝘥𝘦𝘢𝘥!" Jeritan akhirnya dibalas jeritan berselang dengan tangisan kuat milik Azri.

Lelaki atau tidak, dia tetap manusia. Mana mungkin dia boleh tersenyum bila mendengar tentang kematian sahabat atau lebih baginya, abang.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now