Huluran tangan dihulurkan pada Haidil, Haidil memandang pelik isterinya. Dah termakan ke pujuk dia sampai isterinya sendiri yang datang menghulur salam?
"Saya nak keluar, jumpa Daryan" jelas Arabella, meremang susuk tubuh Haidil mendengar bicara mendatar isterinya. Sungguh Arabella sangat menyeramkan bila amarah menyelubungi diri gadis itu, seramm!
"ouh, sekarang ke?" Haidil yang tak sampai satu jam baru pulang dari pejabat tercebik seketika, baru nak sambung misi memujuk si pencuri hati tetapi hal lain pula yang menganggu.
Arabella mengangguk kecil.
"Kalau macam tu, biar abang yang hantar" Laju kaki Haidil melangkah ingin menggapai kunci kereta, tak sempat pujuk tak apalah janji isterinya selamat.
"Tak perlu" ringkas Arabella berkata, dia menjeling tajam Haidil.
"Tak apa" Haidil senyum manis masih berkeras kepala ingin menghantar sang isteri.
"Atau saya tinggal dekat rumah Daryan malam ni" Kaki Haidil yang melangkah terus kaku sebaik sahaja mendengar bicara Arabella, siapa aku nak peluk kalau Arabella tak ada malam ini!
"Ouh tak apalah, hati hati tau sayang" Haidil mencebik murung memandang isterinya yang sudah melangkah keluar pergi meninggalkannya.
Hatinya terasa dirobek kasar, tangannya yang memegang erat kunci meletakkan kembali kunci tadi. Sebegini lah rupanya rasa tika dia menuduh isterinya haritu, baru dia tahu rasa pedih yang Arabella pendam sementara dia melontar kata keji pada sang isteri.
~
"Arabella hampir dua minggu dah kau bergaduh dengan Haidil, aku tahu perkara yang katakan dekat kau tu berat tetapi dia dah berubah kan?" jelas Daryan, risau akan pasangan kahwin yang sudah hampir setahun terikat sah.
"Bukannya dia tak cuba raih kemaafan kau tetapi kau yang ego Arabella" tambah Daryan lagi, tahu akan sifat Arabella yang ego serta berdiam diri bila terluka hati.
"Tolong lah jangan ego sangat, aku takut keegoan kau tu silap hari makan diri tau" bertubi tubi kata nasihat diberikan, entahlah masuk atau tak ke dalam kepala si gadis. Harapnya tidak seperti bak kata "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri"
"Hmmmm" dehem Arabella perlahan, bukan hatinya tak sedih memperlakukan Haidil sebegini, tak dapat menafikan rasa sakit memalau Haidil cuma ada luka yang harus dirawat terlebih dahulu sebelum bersemuka kembali dengan si suami.
Bahu Daryan tiba dirempuh kasar oleh sang jejaka bersut hitam serta berkaca mata hitam dengan rambut tersikap kemas.
"Eh Encik!" panggil Daryan pada jejaka yang sudah sedikit jauh darinya, jejaka itu berpaling lalu menjongketkan sedikit keningntya.
"Awak dah langgar bahu saya tau, and then ni air awak tumpah sedikit dekat baju saya" jelas Daryan lantas sedikit coretan di baju akibat tumpahnya kopi lelaki itu ditunjuk.
"And then" habis baju nya dikotori tetapi hanya itu sahaja yang dikatakan lelaki itu? Singkat dan sangat menyakitkan, tiba Daryan yang tadi kekal tenang kini dihuni dengan api kemarahan.
And then! Ya Allah, bongkak nya lelaki sombong ni! Dia dah kotorkan lepas tu rempuh aku boleh dia cakap "and then" ?
"And then tak pandai mintak maaf ke?" marah Daryan, tangannya digempal kuat. Arabella memegang lembut bahu Daryan, tak mahu perkara sebaliknya berlaku.
"Did i do something wrong?" soal jejaka itu lagi selamba.
"Yes you did!" jerit lantang Daryan yang kini sudah meraih tumpuan banyak pelanggang di sekitar mereka.
"Excuse me Mrs, itu salah kau yang pergi sekat laluan orang nak lalu dah kenapa" Tidak pandai mengaku salah, kini Daryan pula disalahkannya. Apa lelaki ini pekak dan buta?
"Eh hello encik berkaca mata hitam acah poyo! Dah kerusi tu sekali dengan meja mereka hias kat situ, mestilah saya duduk situ and bila masa saya sekat laluan?" Bicara Arabella tanpa berfikir panjang.
"Punyalah besar laluan sana, sini juga kau nak lalu" Jelas raut wajah jejaka di hadapan nya mula timbul urat, begitu berani perempuan di hadapannya memanggilnya sebegitu rupa? Apa perempuan itu tak kenal siapakah dia di mata orang ramai?
"Apa kau cakap? Poyo? Eh perempuan! Mulut kau boleh tahan pedas juga eh" Bidas lelaki itu lagi.
"Haah pedas! Pedas bila berbicara dengan orang yang angkuh sombong macam kau ni!" Jari telunjuknnya di mara kan ke hadapan sambil melangkah sedikit merapat pada lelaki itu.
"Eh kau siapa nak cakap aku sombong angkuh, kau siapa nak hina aku?" Didongak sedikit kepala cuba mencapai ketinggian jejaka yang tinggi lampai di hadapannya.
"Dahlah baju entah jenama mana kau beli, design merapu je" Kritik jejaka itu akan baju yang direka sendiri oleh Daryan.
"Amboi amboi amboi, suka hati kau je nak kutuk baju aku. Baju aku ni aku reka sendiri tau and for you information, I'm a designer" Suka hatilah orang nak cakap Daryan acah acah angkuh tetapi si dia di hadapan dirinya tika ini sungguh mencabar keimanan diri untuk teguh bersabar ye.
"What? A designer? Mesti tak boleh pergi jauh" Kritik lagi si dia, entah dari neraka mana keluar dengan sesuka hati cakap perkara negatif tentang hasil titik peluh Daryan. Langsung tak layak dihormati!
"Eh kau ni" Kini jejaka itu pula menunduk merenung tajam mata Daryan bak helang memburu ayam.
"Daryan, enough! Ramai orang tengah tengok kau ni, tak malu ke?" Nasihat Arabella melihat Daryan yang makin lama makin naik kepala. Perempuan kalau dah marah menyelubungi diri, orang cuit pun dah tak layan.
"Arabella, lelaki acah poyo ni yang tak pandai nak mintak maaf" jelas Daryan pada rakan karibnya, Arabella mengeluh perlahan sambil menggeleng kan lagi kepalanya.
"Entah minah, tak malu ke? Atau kau sebenarnya lapar perhatian dari orang macam aku?" Potong jejaka itu pula, masih berkaca mata hitam. Punyalah mendung sahaja cuaca ketika ini, perlukah dia memakai kaca mata. Dasar poyo!
"Weyh kau ni memang dah melampau" baru sahaja dia ingin menghayunkan penampar pedihnya pada si dia, seorang lelaki mula menyibuk masuk ke dalam pertengkaran mereka.
"Tuan, tuan, cukup tuan. We got more important business to do" Jelas si lelaki itu menarik narik tangan si dia untuk melangkah pergi.
"Ye tak ye juga, dari aku duk perang mulut dengan minah ni. Lupa pula ada business besar yang pasti 100 kali lebih dahsyat dari business designer macam minah tu. Entah ada ke tak yang nak hire dia jadi designer" Bidas jejaka itu lagi sekadar menambah api ke dalam gunung berapi yang bila bila masa sahaja bakal meletus.
"Eh kau ni" Marah Daryan lagi.
"Daryan, sudahlahh" Rayu Arabella memegang erat tangan Daryan agar gadis itu berhenti berleter, lelaki tadi sudah melangkah jauh pergi meninggalkan mereka di sini.
"Aku doakan kau jatuh tersungkur dalam lompat air dasar jantan acah poyo, Kau fikir kau hensem sangat ke aku nak perhatian kau! Perasan!" Jerit kuat Daryan, jejaka itu hanya memekakkan saja telinganya malas mendengar cemuhan gadis itu.
"Daryan sudah" bicara Arabella lagi.
"Arabella, don't you hear what he said?" Kata Daryan masih dengan sisa marah di dada.
"Yeah I did! But janganlah ambik series sangat, dia terlanggar kau je pun" Rayu Arabella sambil mencebik comel, moga moga si Daryan termakan pujukan dirinya.
"Dia tumpahkam air tau" Kata Daryan lagi masih tidak berpuas hari.
"Ye aku tau" Bicara ringkas Arabella.
"Dah jomlah balik, habis kotor baju aku. Hilang mood nak ber tea harini, dasar jantan sewel. Dah buat salah tak nak mintak maaf, belagak" Cebik Daryan mula mengorak langkah keluar dari kediaman Kafe, lantas kereta miliknya dilangkah merapat.
"Haih mulut kau ni, pedas betul" Kata Arabella, termenung dia bila sahaja Daryan mula membuka mula dan berdas das cembuhan mula dilontar pada jejaka yang langsung tak pernah dilihat mereka.
"Aku kan suka makan pedas" Terletus tawa mereka bila sahaja Daryan berkata begitu, Arabella menggelengkan sahaja kepalanya melihat tingkah laku Daryan.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...