special edition part ten

1.7K 43 2
                                    

"Dah tahun 2023 kut Haidil, tak akan benda macam ni pun kau terpedaya?" Khamel terpusing pusing berjalan bahagia melihat Haidil terduduk sebegitu, lama dia nantikan saat seperti ini.

"Lepastu apa kena mengena kau dengan sembilan tahun lepas? Ke kau yang bunuh mak aku? Subang tu- betul jelas aku nampak lelaki memakai subang yang melarikan diri sejurus dia bunuh mak aku!" Bagaikan sel sel otak nya baru sahaja berhubung, satu persatu dirungkai Haidil dan semestinya menyakitkan hati dan perasaan.

"Haidil Haidil, lima tahun lepas aku dah bagi masa untuk kau kenal aku tapi kau ni boleh tahan bebal juga kan?" Khamel tertawa lagi, tidak sangka undercover seperti Haidil ni langsung tak dapat hidu apa yang mereka rancang selama ini.

"Tetapi kenapa Khamel? Apa salah keluarga aku sampaikan kau bunuh emak aku!" Jerit kuat Haidil, masih tidak menerima mengapa dia layak dihukum sebegini rupa.

"Well I do my work je, atau senang kata sebab duit je. Kau pun terbeliak mata kalau orang offer duit berjuta dekat kau kan?" Haidil berdecit geram, aku tahu
mana halal haram tak seperti kau.

Penunggang Agama!

"Aku bukan jantan mata duit macam kau lah sial! Mana ketua kau? Panggilah keluar! Aku dengar mau dapat ketua baru, perempuan pula tu" Amarah cuba dikawal, tahu mereka sedang bermain emosi dengannya. Dia harus bersikap professional.

"Well well well, aku dengar ada orang panggil aku?" Seorang gadis berambut hitam gelap melangkah masuk dengan penuh angkuh sebelum memeluk diri tersenyum manis buat Haidil.

"Jadi kau lah dalang sebalik semua ni? Aku tak tahu pula pasangan sial tu tinggalkan anak sebelum mati?" Pedas rasanya termakan di hati bicara Haidil, sengaja berlawan kata dengan mereka.

"Kau jaga mulut kau! Kau aku dah lock sejak kecil, kau bunuh bapak kandung aku jadi aku buat benda sama jelah? Bunuh bapak ipar kau, emak kau dan mungkin isteri kau?" Balas gadis itu pula langsung mengarah orangnya untuk menjatuhkan kain dari satu kotak besar yang tergantung.

Kain yang membalut sangkar perlahan terjatuh memaparkan diri Arabella yang terkulai lemah tidak sedarkan diri.

"Sayang! Kau lepaskan isteri aku!" Haidil meronta ronta ingin pergi, mereka dan Arabella di pandang silih berganti. Hatinya gundah, terkilan melihat Arabella diperlakukan sebegitu rupa.

"Hmmm, bagi aku fikir dulu. Sepatutnya isteri kau tenggelam dulu baru kau sampai tetapi kenapa timing dia tak kena?" Mereka berpandangan bersama, acah berfikir mengapa yang mereka rancang tidak berjalan seperti yang mereka harapkan?

"Ada penipu ke di antara kita Khamel?" Soal gadis itu yang masih tidak diketahui nama, entah apa nama yang digelar tetapi perempuan itu sungguh kejam tidak berperasaan.

Eid Adha! Jadi selama ini dia menyalahkan Eid Adha sebagai dalang semuanya sedangkan dia sebenarnya difitnah semata mata.

"Mungkin?" Ringkas Khamel berbicara.

"Korang keluarkan penipu sial tu sekali dengan pelancur tu!" Jerit lantang perempuan itu pada mereka di sebalik sana.

Adik dengan abang Haidil yang jelas dipukul kelihatan, sayu hatinya melihat mereka sebegitu. Walau dicaci maki, hati seorang abang dan adik tetap runtuh bila melihat darah dagingnya begitu.

"Apa yang kau nak ni!" Jerit Haidil tidak puas hati, hancur hidupnya kini.

"Satu je yang aku nak, kau dengan hidup kau hancur macam mana hancurnya kitorang kau bunuh ayah aku" Bicara perempuan itu pula.

"Aku bunuh sebab ayah kau tu pembunuh bersiri wanted, tak akan aku nak biarkan orang sial macam tu berkeliaran dalam negara ni?!" Jelas Haidil pada anak yang masih tidak menerima kenyataan bahawa ibu bapa mereka bersalah.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now