"Hai, Cik Arabella. 𝘛𝘩𝘪𝘴 𝘪𝘴 𝘮𝘺 𝘸𝘪𝘧𝘦, Anggun 𝘢𝘯𝘥 𝘐'𝘮 Azri" Wanita yang tingginya paras dada Azri diperkenalkan kepada Arabella. Anggung senyum manis sambil menghulur tangan untuk bersalam.
"Hi, Puan Anggun 𝘢𝘯𝘥 Hi, Tuan Azri" salam Anggung diterima dan ditundukkan sedikit kepalanya tanda salam perkenalan pada Azri.
Wajah putih Anggun dengan sedikit calitan 𝘭𝘪𝘱𝘮𝘢𝘵𝘦 pada bibir membuatkan diri Arabella terpesona dengannya. Tudung bawal yang dipakai kemas oleh Anggun menambahkan lagi seri wanita berumur 24 itu.
"𝘚𝘰, 𝘴𝘵𝘢𝘳𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘰𝘥𝘢𝘺, saya yang akan mengawasi awak '𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦 Haidil kena balik 𝘮𝘪𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘐 𝘨𝘶𝘦𝘴𝘴 dia dah bagitahu awak kan?" Arabella menunduk memandang tangannya dan mengangguk laju. Berasa sedikit sedih apabila mendengar nama Haidil. Hatinya terasa kosong bagaikan merindu susuk tubuh yang sentiasa menemani dirinya.
'𝘐 𝘩𝘰𝘱𝘦 𝘩𝘪𝘮 𝘢𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘦𝘴𝘵. 𝘔𝘢𝘺 Allah 𝘱𝘳𝘰𝘵𝘦𝘤𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘦𝘢𝘴𝘦 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘰𝘳 𝘺𝘰𝘶, Eid Haidil. 𝘚𝘦𝘦 𝘺𝘰𝘶 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘺𝘰𝘶 𝘣𝘢𝘤𝘬. 𝘠𝘰𝘶 𝘱𝘳𝘰𝘮𝘪𝘴𝘦 𝘮𝘦 𝘵𝘩𝘢𝘵'
"Haah, Eid dah bagitahu" bibirnya mengukir senyum kelak. Azri dan Anggun saling berpandangan, memahami apa yang dirasa Arabella ketika itu.
"Eh! Puan Anggun, Tuan Azri, duduk lah. Tak akan nak berdiri je kan" tangan Arabella menghalakan ke arah kerusi dan sofa berdekatan katilnya itu.
"Eh, haah! Betul tu. Saya duduk sini boleh, kan?" Anggun tertawa kecil sebelum melabuhkan dirinya di kerusi bersebelahan dengan Arabella. Kerusi yang dulu dihuni oleh Haidil.
"Boleh-boleh. Sila, Puan Anggun"
"Jangan panggil saya 'Puan' , panggil je Anggun" tangan Arabella ditepuk perlahan, tak suka mendengar Arabella memanggilnya 'Puan' , rasa seperti tua pula.
"Betul apa isteri saya kata tu. Tak payah panggil 'Tuan' 'Puan'. Panggil je saya Azri dan isteri saya pula, Anggun" Azri yang masih berdiri teguh itu pula tertawa kecil.
"Takut tak sopan pula, sebab tu saya guna 'Tuan' 'Puan' " jawab Arabella cuba merendahkan diri.
"Tak adalah, lagipun saya rasa kita sebaya" mata Arabella membulat, tak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja Anggun lontarkan. Dibeleknya segenap susuk tubuh Anggun lagi. Mustahil Puan yang kecil comel molek ini sebaya dengannya.
"Eh, Anggun 24 ke? Patutlah nampak muda, cantik pula tu. Untung Azri ye, dapat isteri cantik macam ni" Anggun tersipu malu apabila dipuji Arabella. Dipuji pula dengan gadis yang cantik dan jelita seperti Arabella.
Tawa Azri terletus buat kesekian kalinya. Terlebih untung dah dia dapat beristerikan Anggun ni, memandangnya sahaja mampu membuat hatinya tenang setenang ombak laut di pagi hari.
"Tak adalah biasa-biasa sahaja" hatinya hanya mampu bersyukur pada pencipta yang menghadiahkan raut wajah yang sedap mata memandang.
"Kamu berdua bersembang lah, saya duduk di luar ya. Tugas saya menjaga, bukan membawang" Azri berjenaka lagi, kalau lama-lama di sini mahunya dia jadi patung bernyawa. Maklum lah, perempuan bila bersembang habis lupa semua.
"Sayang, abang keluar dulu, ya" bahu isterinya disentuh lembut meminta izin untuk keluar. Memberi pada wanita-wanita ini ruang untuk saling bertukar cerita.
"Baik, abang" sejurus Anggun berkata, Azri melangkah keluar dari bilik. Sempat dia menghadiahkan isterinya 𝘧𝘭𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘴𝘴 Tersipu malu Anggun melayan karenah suaminya itu, Arabella hanya menekup muka. Teruja menyaksi momen momen romantis pasangan yang baru sahaja dia kenal, manis seperti novel.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...