chapter 35

2.2K 69 0
                                    

"Walid, Arabella bantu bawa keluar sampah eh!" Jerit Arabella pada walid yang masih berada di dalam bilik kerjanya. Pintu bilik kerja walid sedikit terbuka menyebabkan jeritan Arabella tadi didengari nya.

"Baik Bella, thanks a lot. Sorry walid sibuk sikit!" Balas Walid pula sambil mata nya yang berkaca mata itu masih lurus pada skrin laptodnya.

"Sokay no worries!" Jerit Arabella lagi, ini kalau bonda tahu mereka jerit jeri mahu dibebel dua dua tak pun telinga ditarik kasar.

Arabella melangkah keluar dengan plastik sampah di tangan Arabella, riang dia membuka langkah. Plaster di tangan dipandang nya sebelum tawa terletus.

Hampir seminggu berlalu, tapi tetap Arabella tak membuka plaster rama rama itu. Nasiblah dia masih bendera merah, kalau tak pasti dah masuk album plaster yang ditampal oleh Haidil itu.

Sampah dimasukkan ke dalam tong sampah besar tak jauh dari rumahnya, Arabella melangkah pulang ke rumahnya. Suasana sekitar rumah dipandang, beberapa pokok bunga yang ditanam bonda kini lebat berbunga.

"Kau tipu aku Arabella?" Tiba tiba tangan nya ditarik laju dari belakang, hampir tersungkur Arabella ketika itu tapi dikuatkan kakinya untuk berdiri.

Terdengar Khamel tertawa, mata Arabella membulat. Macam mana Khamel boleh berada di depan rumahnya, langsung Arabella tak perasan akan ketibaan jejaka itu.

"Kau cakap kau dah bertunang?" Khamel berkata lagi sambil tak berhenti henti tertawa. Hampir bersorak khamel ketika orang bawahan nya berkata yang Haidil dan Arabella tak ada apa apa hubungan cuma Haidil yang bertugas sebagai polis pernah menjaga Arabella ketika dia sakit di ward.

Arabella masih kaku, kepalanya giat berfikir bagaimana lelaki itu boleh tahu yang itu semua tipu Haidil semata mata. Tapi mengingatkan yang lelaki ini penuh dengan mata mata membuatkan Arabella meremang.

"Well it's better like that, memang dari awal aku tak percaya yang kau dah bertunang" ujar Khamel lagi sambil melangkah merapati Arabella, Arabella masih kaku. Dirinya buntu!

"Kau milik aku dan tetap milik aku selamanya" raut wajah Arabella dielus lembut, mulutnya tak berhenti tersenyum bagaikan psikopat. Seluruh badan Arabella mula mengigil.

"Khamel lepaslah, hubungan kita dah tamat sejak dulu lagi. Kita dah tak ada apa apa! Kau sendiri yang putuskan aku sebab kononya mama kau tak suka!" Tangan yang dipegang erat Khamel ditarik kuat sambil menjerit nyaring.

"Aku silap dulu, dan sekarang ni aku datang nak tutup hak aku. Kau lupa ke bertapa sayangnya kau kat aku?" Tak, kau salah Khamel. Mungkin dulu Arabella buta tapi tidak sekarang.

"Kau salah Khamel! Cinta aku pada kau mati di hari yang sama kau tinggalkan aku. Dah lepaskan aku, kita dah tak ada apa apa" ujar Arabella lagi

"Hey! I dare you to speak that words again, kau tetap akan jadi milik aku!" Ditarik arabella merapat dirinya, ujaran Arabella tadi sedikit sebanyak menaik kan amarah dirinya.

"Khamel! Kau buat apa dekat anak aku ni. Kau berambus dari rumah aku!" Tiba tiba walid datang mengambil Arabella menjauh dari Khamel, suara jeritan anak perempuan nya membuatkan kerja nya terbantut sebelum dia melangkah keluar. Hampir terbutam matanya memandang jejaka yang dulu menjanjikan langit tapi berkali kali menikam Arabella di belakang.

"Walid! Eloklah Walid kat sana, saya nak cakap yang-" Khamel datang merapat walid pula, senang kerja dia. Dah alang alang ayah mertua kesayangan nya di sini, apa kata kita teruskan saja dengan rancangan kita kan? Walid?

"Jangan panggil aku Walid! Kau tak layak panggil aku walid! Jijik" marah walid, naik seoktaf suara nya. Tak pernah seumur hidup Arabella melihat walidnya menengking sesiapa sebegitu rupa tapi pada walid, langkah jasad aku dulu kalau berani nak mendekat pada Arabella lagi.

"Tengok muka aku? Ada aku kesah" ujar Khamel lagi, tak terkesan dengan kata kata walid sambil kakinya masih tak berhenti melangkah ke arah walid yang agak kurus kerna sibuk dengan kerja sampai tak sempat mengalas perut.

"Kau!" Walid jerit lagi.

"Aku nak cakap yang aku nak lamar anak kau jadi isteri aku! Secepat yang mungkin" dipandang Arabella sekilas, sempat dia menghadiahkan kenyitan mata khas buat Arabella sebelum melarikan pandangan nya lagi pada walid.

"Jangan harap!" Bidas walid laju ditolak tubuh Khamel kuat, Khamel yang tak bersedia terus jatuh tersungkur. Senyuman nya yang sejak tadi tak hilang terus jatuh dek walid.

Rahangnya dibetulkan sedikit sebelum matanya tajam menikam mata Tuan Fateh, laju dia bangkit lantas leher walid di cekik sekuatnya.

Arabella cepat cepat datang meleraikan pergaduhan namun hampa kudrat Khamel terlalu kuat, Khamel menolak Arabella menjauh.

Kepala Arabella terkena hentakan di lantai sebelum darah mengalir keluar dari kepalanya, berpusing terasa dunia sekeliling. Air matanya mula menuruni wajah merisau kan ayahnya yang sedang mempertahankan dirinya.

"Kau nak tak nak? Aku tetap akan kahwin dengan dia!" Pegangan Khamel di leher masih belum terlerai, kini wajah walid mula pucat. Akibat cekikan Khamel di leher, walid tersungkur di lantai tapi masih Lhamel tak berhenti mencekik walid yang kurus itu.

"Khamel stop! Lepaskan walid aku!" Arabella yang kini basah mukanya dengan air mata dan darah yang mengalir menarik tangan Khamel lagi untuk berhenti mencengkam walidnya.

Tiba tiba, sebatang kayu dicapai walid sebelum dipukul kuat kepala Khamel menggunakan batang kayu tersebut. Amarah Khamel kian membara, Walid ditumbuk bertubi, darah mengalir keluar dari mulut walid.

"Walid! Ya Allah walid! Khamel pergi pergi" ditolak Khamel menjauh. Khamel yang mula pusing akibat dirinya juga hampir parah dipukul kayu tadi melangkah sedikit menjauh.

"Kau ingat tu Arabella, see you soon my sweetie" kata Khamel dengan senyum sinisnya sebelum melangkah pergi, langkah nya terhuyung hayang hinggalah sampai di kereta sport nya.Kereta Khamel mula keluar dari perkarangan rumah banglo dua tingkat Arabella.

Kini kelihatan kereta bonda mula masuk, bonda masih tak perasan akan tragedi yang baru saja terjadi.

"Bonda nampk Kereta Khamel keluar, ada ap- ya Allah abang! Arabella apa jadi ni" terbutam mata bonda memandang suami nya yang sudah terlentang tak sedarkan diri dengan mulut yang masih mengalirkan darah manakala Arabella di kepala nya juga basah dengan darah.

Hampir luluh jiwa ragamnya memandang dua yang tersayang sebegini rupa, air mata seorang ibu dan isteri kini membasahi muka bonda. Tak sanggup rasanya-

"Bonda kita bawa walid pergi hospital dulu, nanti Arabella jelas kan" ujar Arabella lagi, sakit dan pusing di kepala dihiraukan. Gagah dirinya memikul walid dan dibantu bonda ke dalam kereta bonda nya itu.

Arabella mahu memandu tapi dihalang bonda kerna risaukan diri anaknya yang tika itu tak lari jauh dah macam mandi darah. Arabella masuk duduk di tepi penumpang-

Baru sahaja bonda memandu keluar dari perkarangan rumah, kepala Arabella jatuh menghentak tingkap kereta sedikit sebelum Arabella akhirnya tak sedarkan diri.

"SubhanAllah Arabella, abang- ya Allah kuatkan hati aku sehingga kami sampai di kecemasan ya Allah. Pinjamkan kekuatan mu ya Allah. Bella, abang, sayang buntu" laju kereta berdecut di jalan raya, hampir sahaja bonda melanggar lampu isyarat nasiblah tika itu kereta tak banyak.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now