Hampir tiga minggu berlalu sejak kes Arabella diculik, kini Arabella sedang duduk bersimpul melihat bakal suaminya yang tak lama lagi bakal menjadi suami sah buat dirinya.
"Semua dah sedia? Saya mulakan ye" para hadirin yang datang mengangguk perlahan. Tok iman itu menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.
"Eid Haidil bin Saifullah Ahmad, aku nikahkan dikau dengan Nur Arabella Sharifah binti Fateh Zikrullah dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai" ujar tok iman tu sambil tangannya memegang erat tangan milik Haidil.
"A-aku terima nikahnya Nur Issabell-" baru sahaja ingin menghabiskan kata, jeritan walid dan beberapa yang lain kedengaran.
"Eh salah!" Serentak mereka berkata.
"Salah? Allahu maaf maaf" nafas ditarik kasar sebelum dihembus, terketar ketar tangan dan tubuhnya tika itu. Dadanya pula berombak bagaikan alunan ombak ketika cuaca di akhir tahun.
"Saya mula sekali lagi ye" Haidil mengangguk perlahan, hatinya tak habis beristighfar.
"Eid Haidil bin Saifullah Ahmad, aku nikahkan dikau dengan Nur Arabella Sharifah binti Fateh Zikrullah dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai" sekali lagi tok iman itu melontarkan kata.
"Aku terima nikahnya Nur Arabella Sharifah binti Fateh Zikrullah dengan mas kahwin nya lima ratus ringgit tunai" laju Haidil membalas kata menunggu kata sah para hadirin.
"Sah?" Soal tok iman pula pada saksi di sekelilingnya.
"Sah" sejurus saksi mengatakan sah, terbit rasa lega di dada Haidil. Sepasang suami isteri yang baru sahaja sah mencipta mahligai masing masing menjatuhkan mutiara jernih.
"Alhamdulillah" doa dibacakan, mereka mengangkat tangan memohon rahmat pada sang pencipta untuk kekalkan keamanan pada mahligai yang baru tercipta harini, kuatkan hati mereka untuk saling berpegang.
"Tahniah Tuan Haidil dan Puan Arabella, kamu berdua selamat disatukan. Moga mahligai yang kamu berdua ciptakan harini bakal kekal hingga ke jannah" ujar tok iman lagi, terbit senyum manis di bibirnya.
"Aamiin" baru sahaja Haidil ingin melangkah ke arah isterinya Arabella Sharifah yang masih menunduk malu dan menahan sebak tangisan gembira di dada, tiba tiba satu perluru terlepas.
Nasib sahaja tiada siapa yang terkena, dewan tempat pernikahan mereka tika itu mula riuh dengan para hadirin yang berlari keluar ingin menyelamatkan diri.
Haidil yang masih terkaku mencerlung tajam mencari arah peluru itu dilepaskan, Arabella yang mengigil akibat trauma dengan bunyi peluru itu didakap Daryan lembut dan dibawa ke arah tempat yang lebih selamat diikuti Anggung dan Azri.
Walid yang turut terkejut memeluk kuat Puan Hamirah, biar dirinya yang terluka tapi jangan isteri dan anaknya. Sepasang mata walid juga turut mencari arah peluru dilepaskan tadi sebelum matanya menangkap lelaki serba hitam sedang menghala kan senjata api tepat pada Arabella.
Dirinya yang agak berselindung membuatkan Haidil dan yang lain tak mampu mengesan mereka, sungguh mereka tak jangkaukan tragedi begini bakal berlaku lagi. Lagi lagi ketika dia dan Arabella di satukan, fikirnya setelah Khamel di tahan. Tiada lagi nyawa yang ingin mereka hancurkan.
Perasan akan situasi itu, bahu isterinya ditolak lembut ke arah tempat yang agak tersembunyi sebelum kakinya melangkah laju memeluk anak gadisnya. Didakap erat tubuh Arabella yang bertudung dan masih memakai baju pengantin, bonda yang pelik dengan tingkah laku walid baru sahaja ingin bangkit.
"Bella!" Jerit walid sebelum ditarik kasar badan Arabella sebelum dia berdecit sakit. Terasa lemah dirinya, peluru terkena tepat di belakang badan walid. Darah mula memenuhi baju melayu putih walid.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...