"Azri" Dia menoleh pada jejaka yang memanggilnya tak lama sebentar tadi. Kening kirinya terjongket sedikit menunggu bicara sambung dari jejaka di hadapannya."Ye saya, Tuan" disahut kembali panggilan tadi. Walaupun dirinya masih menyimpan seribu tanda tanya mengapa lelaki itu tiba-tiba memanggilnya.
"Kau tak payah nak Tuan sangatlah, kita bukannya tengah bertugas sekarang" Haidil menjeling tajam. Tidak suka Azri memanggilnya sebegitu rupa. Mereka kan berada di luar pejabat. Tidak perlulah panggilan sebegitu digunakan.
"Halah kau pun, bergurau pun ngak bisa"Azri tersenyum sumbing. Sudah biasa dengan Haidil yang langsung tidak boleh diajak bergurau. Tak gen z langsung.
"Cantikkan langit malam ni? Bersinar terang je bulan. Bintang pun bersepah, penuhi langit" Terus raut muka Azri berkerut seribu sambil memandang Haidil yang masih tidak lepas memandang langit.
"Tak pernah-pernah kau puji langit, tetiba puji ni dah kenapa? Kena sampuk ke apa kau ni?" Azri berkata jujur. Entah apa yang merasuki rakannya seorang ini.
"Salahkah aku memuji ciptaan Tuhan?" Haidil menjawab. Ringkas dan padat.
"Iyelah, Ustaz Haidil" bahu Haidil ditolaknya perlahan. Menyakat rakan karibnya itu.
"Dil" panggil Azri pendek. Haidil meng'hmm'kan sahaja akan panggilan Azri. Menunggu kata-kata yang bakal diujar oleh Azri itu keluar.
"Kita dah nak mencecah umur 28 tahun, tahun depan. Kau masih tak nak kahwin ke?" Soal Azri sambil memandang Haidil. Haidil mengeluh perlahan.
"Aku bukan tak nak kahwin Ri, tapi kau taulah kita kerja apa kan? Aku takut benda ni memberi ancaman kepada keluarga kecil aku nanti" Azri mengangguk perlahan, bersetuju dengan kata kata Haidil tadi.
"Tapi tak akan lah kau tak nak kahwin sampai bila-bila? Satu hari nanti kau kena kahwin juga Dil. Kesian anak-anak kau nanti, bila kau dah tua" jelas Azri lagi.
"Heleh kau cakap pasal aku, kau tu yang dah ada calon? Bila nak berlangsung?" dipandang atas bawah Azri, rakan karibnya itu.
"Insya-Allah, hujung tahun ni" ujar Azri lagi sebelum mengukir senyuman. Haidil yang baru sahaja hendak minum air, berhenti buat seketika.
"Seriuslah kau, tak bagitau pun" membulat mata Haidil memandang Azri.
'𝘛𝘩𝘪𝘴 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘧𝘢𝘪𝘳! 𝘐'𝘮 𝘩𝘪𝘴 𝘣𝘦𝘴𝘵 𝘧𝘳𝘪𝘦𝘯𝘥 𝘴𝘰 𝘐 𝘴𝘩𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘣𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘰𝘯𝘦 𝘸𝘩𝘰 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘢𝘣𝘰𝘶𝘵 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵. Dasar Azri lupa kawan. Nanti aku kahwin, satu habuk pun aku tak akan bagitahu kau.'
"Aku tengah bagitahu lah ni" Lah! Sekarang baru nak bagitahu? Buatnya dia lupa nak bagitahu harini, sampai kesudah aku tak tahu.
"Yelah kau. 𝘉𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺, 𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘴𝘵 𝘣𝘳𝘰. Jaga isteri elok-elok. Jangan jadi lelaki dayus macam dalam drama maghrib sekarang. Tak boleh bawa pakai!" Haidil merengus geram. Teringat akan cerita yang ditontonnya pada waktu maghrib semalam.
~
"Bella? Bella? Kamu ada dalam bilik ke, sayang?" Bonda memanggil Arabella. Tiada sahutan? Muka bonda berkerut sedikit.
Tombol pintu dipulas Bonda. Tidak berkunci. Bonda mula melangkah masuk. Segenap ruang bilik dipandang Bonda sebelum matanya jatuh pada susuk tubuh Arabella yang terbaring di atas lantai.
"Ya Allah! Anak aku!" Bonda berlari laju mendakap tubuh Arabella. Air mata mutiaranya mula gugur memandang anaknya yang tidak menyedarkan diri itu. Terasa hatinya dihiris pilu melihat Arabella yang kesekian kalinya cuba untuk mengambil nyawanya sendiri. 'Aku gagal sebagai seorang ibu!' Bisik Bonda dalam hati.
"Abang!! Arabella, bang!! Anak kita!!" Basah muka Bonda akibat tangisannya yang tidak berhenti sejak dari tadi.
"Ye sayang! Kenapa dengan Arabella?!" Tanya Walid, segera memasuki ruangan bilik Arabella sebelum dirinya menjerit terkejut. Hampir sahaja jantung Walid berhenti melihat kedua-dua permaisurinya, apatah lagi bila anak matanya menangkap anak tunggalnya itu dikelilingi dengan ubat ubat putih.
"Ya Allah Bella! Kenapa dengan kamu ni sayang? Denyutan nadi Arabella dicari. Alhamdulillah! Masih bernafas. Kepala Walid berpusing-pusing memandang sekeliling lalu anak matanya jatuh pada botol ubat yang isinya sudah berselerak penuh di atas lantai.
"Arabella 𝘰𝘷𝘦𝘳𝘥𝘰𝘴𝘦 lagi ke? Tepi sayang, abang angkat. Kita pergi 𝘦𝘮𝘦𝘳𝘨𝘦𝘯𝘺 sekarang juga" tanpa berkata lagi, Walid mengangkat Arabella lalu dibawa keluar dengan hati yang pilu.
"Baik, abang" Bonda berlari-lari anak mengikut walid menuruni anak tangga. 'Kekal hiduplah, Arabella. Biarkan jasad mu kekal terluka, selagi Tuhan kita ada, pasti engkau tidak tercela.'
Kini, mereka berada dihadapan kereta milik walid. Pintu kereta dibuka oleh Bonda sebelum badan Arabella yang tidak sedarkan diri itu dibawa masuk ke dalam perut kereta.
Lantas dengan itu Walid dan Bonda memasuki ruang depan kereta. Tanpa melengahkan masa, enjin kereta dihidupkan. Kereta mula berundur perlahan keluar dari halaman rumah.
Kereta milik Walid memecut laju di atas jalan raya ke hospital besar. Dalam masa yang sama, Bonda tidak berhenti memusingkan badannya memandang Arabella di belakang untuk melihat keadaan anak tunggalnya itu.
Penyesalan mula timbul. Sepatutnya Bonda di belakang memeluk Arabella. Tidak mahu melengahkan masa, Bonda hanya berdiam sahaja.
Penyakit ini tiada luka fizikal. Sakit ini tidak meninggalkan parut kerana sakitnya di kepala. Bercelaru. Mengarut. Tindakan diri yang luar biasa, hampir mencabut nyawa sendiri.
Jarak hospital dengan rumah milik mereka kira-kira setengah jam sahaja, jika jalan raya kosong dan tidak sesak dengan kereta lain.
"Cepat bang" desak Puan Hamirah. Kerisauan mula memenuhi segenap kepalanya.
"Ye sayang, abang tengah cepat lah ni" jelas Tuan Fateh lagi, matanya tidak lepas memandang jalan raya. Malahan lampu isyarat merah juga dilanggarnya. Nasib baiklah ketika itu tiada kereta di atas jalan raya.
Setengah jam kemudian, mereka tiba di bahagian kecemasan hospital. Lalu, Walid laju keluar dari kereta dan mengangkat Arabella masuk.
Jururawat yang ternampak terus melangkah laju ke arah mereka. Kini, mata-mata yang ada di ruangan itu mula tertumpu ke arah Arabella yang sedang tidak sedarkan diri.
"Sini Tuan, baringkan dia di sini" katil beroda itu ditolak menuju ke arah Walid dan Arabella.
Arabella dibaringkan di atas katil beroda itu sebelum dibawa masuk ke dalam bilik 𝘸𝘢𝘳𝘥 kecemasan. Doktor yang bertugas terus berjalan ke arah mereka.
"Boleh saya tahu, apa yang terjadi?" Doktor yang berkaca mata itu melirik pada Walid dan Bonda.
"Bella tidak sedarkan diri. Dia 𝘰𝘷𝘦𝘳𝘥𝘰𝘴𝘦" jelas Walid. Tubuh milik Puan Hamirah dirangkul lembut.
"Allahuakbar" Doktor itu memandang Arabella sebelum melangkah ke arah sekumpulan doktor di sana yang sedang sibuk mengurus pesakit yang lain.
"Tuan dan Puan boleh duduk di luar dulu buat sementara. Sekiranya ada apa-apa, kami akan panggil Tuan dan Puan" ujar jururawat itu dengan senyuman.
"Baik, 𝘯𝘶𝘳𝘴𝘦" Walid dan Bonda berlawan mata serentak. Jelas tubir mata mereka berkolamkan mutiara jernih. Laju sepasang suami isteri itu melangkah keluar dari bilik itu.
Tuan Fateh menggosok perlahan belakang badan Puan Hamirah. Cuba menenangkan diri isterinya yang diselubungi kerisauan itu. Faham akan keadaan hati isterinya ketika ini. 'Jangan kau kecewa sayang, aku akan sentiasa ada.'
(QS. Fathir : 15)
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ
"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji."
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Aksiyon"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...