chapter 47

2.2K 66 3
                                    

Arabella yang termenung jauh memandang bulan dan bintang dihampiri Haidil, bau maskulin Haidil kini menyapa kuat rongga hidung Arabella. Tahulah dia yang suaminya betul betul berada di belakang nya tika itu.

"Cinta abang buat apa kat luar ni?" Soal manis Haidil sambil pinggang isterinya dirakul erat dari belakang, kepalanya jatuh terletak di leher Arabella.

"Tak buat apa apa cuma terfikir apa lagi ujian yang Allah nak timpakan pada saya" jelas Arabella yang masih kaku memandang tepat pada bintang paling terang di langit bagai dirinya sedang memandang walid.

"Itu semua rahsia Allah tapi apa yang abang pasti, sayang tak akan lalui semua itu sorang sorang" Arabella tertawa kecil. Walid yang pergi tapi Allah gantikan dengan jejaka tampan ini menjadi suaminya, menjadi pendamping dirinya.

"Abang? Cinta? Since when awak tukar panggilan ni?" Soal Arabella sambil memandang sedikit ke arah kanan nya dimana kepala Haidil diletakkan.

"Why? Salah ke abang nak panggil macam tu? Salah abang nak bermanja manja dengan isteri abang ni?" Tubuh kecil isterinya dipusingkan sebelum mata mereka saling bertentang.

"Tak salah cuma pelik sikit bila awak bahasa kan diri awak macam tu, biasa aku kau" jelas Arabella pula, hampir meremang dirinya mendengar Haidil memanggilnya cinta, terasa rama rama terbang di seluruh perut nya.

"Dah jom masuk dalam" tangan Arabella ditarik lembut sebelum mereka sama sama melabuhkan diri di tepi katil, Haidil terdiam sepi hanya renungan mata mereka yang saling berbicara tika itu.

"Abang kena balik tugas esok, Arabella stay dengan Bonda hati hati ye" ujar Haidil setelah lama berdiam sepi, Arabella hanya mengangguk kecil faham akan kerja tak tentu suaminya ini.

"Baik abang, nanti Arabella ajak Daryan stay sama sama dengan kitorang" bidas Arabella pula, rumah keluarga Arabella dah macam rumah ketiga Daryan. Apa nak peliknya Daryan tu dah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.

"Dah larut malam ni, jom tidur?" Ajak Haidil sambil bibirnya mengukir senyum kecil buat isteri tercinta, Arabella menangguk lagi sebelum mereka sama sama melabuhkan diri pula di atas katil.

Selimut ditarik menutup tubuh badan mereka, baru sahaja Arabella ingin menutup kelopak matanya. Suara serak Haidil kedengaran di telinganya.

"Tak baik tidur belakang kan suami" bidas Haidil lembut, Arabella mengumpul kekuatan sebelum memusingkan diri menghadap Haidil.

Mata Haidil yang tajam menikam matanya membuatkan padangan nya jatuh pada dada Haidil, jantungnya berdegup laju. Sudah hampir seminggu mereka mendirikan rumah tangga, dah hampir seminggu juga Arabella tidur bersama dengan lelaki itu.

"Sayang, abang nak tuntut hak abang sebagai suami malam ini boleh" ujar Haidil tiba tiba, Arabella yang masih menunduk bertentang dengan dada Haidil tika itu makin meremang, terpacak rasanya seluru bulu romanya tika itu.

"e-rr malam ni juga ke" bicara Arabella pula sambil pandangannya masih kekal menunduk walau jelas pipinya berona merah tika itu.

"hmm hmm, I promise will take it slowly" bidas Haidil pula,dia tertawa kecil melihat pipi Arabella yang jelas merah seperti tomato. Alahai isteri, comelnya kamu.

Arabella hanya mengangguk perlahan tanpa bicara, sungguh dirinya malu tika ini. Belum apa apa sudah sebegini apatah lagi setelah SubhanAllah.

Bibir Haidil mengucup lembut dahi gadis itu lama sebelum dagu Arabella diangkat bertentang mata dengan dia, dipandang penuh kasih sepasang mata isterinya sebelum dia menutur kata.

"I want to make you fully mine because I love you and I'll love you until the day we die" bicara Haidil lagi. Biarlah apa yang terjadi seterusnya hanya mereka berdua serta bintang dan bulan sahaja yang tahu, detik manis yang dicipta buat kenangan mereka kelak.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now