Chapter 9

2.9K 111 0
                                    

"Kau lepaskan dia" ujar Haidil sedikit tegas. Tangannya memegang kemas pistol dan mengacukannya ke arah suspek. Bila-bila saja peluru yang tersisa bakal terlepas.

"Kau fikir aku bodoh ke? Jatuh kan pistol kau dulu!" Suspek mendekatkan lagi pisau ke arah leher Arabella, Arabella mendesis menahan pedih. Sungguh dia buntu mahu takut atau apa?

"Okay , baik. Aku akan arahkan sekutu aku untuk jatuhkan pistol dengan syarat kau lepaskan perempuan tu" setelah berdiam sepi, Haidil berkata lagi.

"𝘞𝘦 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘴𝘦𝘦" ujar suspek itu lagi.

Haidil menjatuhkan pistol, usai itu ahlinya yang lain turut menjatuhkan pistol setelah mendengar arahan ketua misi mereka.

"𝘕𝘰𝘸, kau lepaskan perempuan itu" Haidil melangkah ke depan. Memandang gadis yang dipegang erat, rambut yang menutupi mukanya menghalang Haidil dari melihat raut wajah gadis itu.

Gadis itu dilepaskan lalu terjatuh di pasir, rambut miliknya juga kelihatan kusut serabai. Mujur ada tangan yang menongkat badannya. Keluhan sakit keluar dari mulut gadis itu.

"Bodoh juga korang semua ni kan"

Belum sempat gadis itu berjalan pergi, dia ditarik sekali lagi oleh penjahat itu. Lantas dengan itu, dia melangkah meninggalkan mereka.

Beberapa anggota yang lain berlari mengejar penjahat itu. Haidil laju mendekati gadis itu. Belum sempat satu langkah tiba, gadis itu jatuh pengsan.

"Cik! Cik!" Haidil memanggil gadis itu untuk sedar. Badan kecil milik gadis itu dirangkul.

Tiba-tiba tangannya terasa basah. Terbuntang matanya apabila melihat kesan darah pekat di tangannya.

"Mangsa ditikam! Panggil ambulans secepat mungkin!" Jerit Haidil mengarahkan kepada anggota yang masih tersisa.

"Baik, tuan!" Jerit lelaki itu

Badan gadis itu dialih ke tepi, baju milik gadis itu basah dengan darah pekat yang tak berhenti mengalir keluar.

"Cik! Bangun, cik! Tolong sedar, cik!" Nadi gadis itu diperiksa, denyutan nadinya kedengaran semakin perlahan.

Hujung baju t-shirt milik Haidil dikoyakkan sedikit, terus dibalut luka gadis itu untuk menghentikan darah yang tak henti keluar.

Selesai itu, raut wajah gadis dikenalpasti. Keningnya ternaik sedikit. Seperti gadis ini dikenalinya, bukankah...?

"Azri!" Haidil memanggil rakan setugasnya. Lantas, jeritan itu disahut.

"Kenapa? Ada masalah ke?" Azri menyoal memandang Haidil yang sudah berkerut dahinya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Boleh lagi kau tanya? Masalah lah ni. 𝘉𝘶𝘵 𝘢𝘯𝘺𝘸𝘢𝘺, kau ingat tak siapa perempuan ni?" Langsung tiada senyuman manis dari raut wajah Haidil walaupun kata-katanya sedikit sebanyak seperti dia membuat lawak.

"Manalah aku tau, baru harini aku jumpa" Azri dengus tidak puas hati.

"Sebab tu aku suruh tengok. Sini, tengok" tangan Azri ditariknya merapat.

Azri mendengus lagi, kalau ye pun tak perlu lah tarik tarik. Suka hati dia je, ingat aku ni apa? Haish, nasib mak aku suka aku kawan dengan kau tau.

Raut wajah gadis itu diperhati. Terus membulat matanya. Ya, gadis ini sangat dikenalinya.

"Bukan dia..." tak akan hilang dari ingatannya. Kalau bukan sebab dia, tak adanya dia perlu tidur di kerusi hospital. Sudahlah sejuk, habis sakit badannya.

"Ha dia, tapi dia apa?" Soal Haidil mula naik geram dengan Azri yang berkata sepatah-sepatah.

"Dia yang kemalangan dengan suspek beberapa bulan yang lalu kan?" Soal Azri pula

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now