chapter 60

1.9K 71 1
                                    

Hening suasana tika itu, rasa bersalah menyelubungi diri tetapi betulah terlajak boleh diundur tetapi terlajak kata? buruk padahnya.

"Dia masih dara Azri sebelum aku-" Haidil mengusap kasar raut wajahnya, benci akan diri yang selalu melakukan kesilapan besar.

Dulu terkejar kejar kan si dia tetapi semalam, tanpa segan silu dia menfitnah isterinya dengan perbuatan keji yang langsung tak pernah terfikir pun untuk dibuat Arabella.

"Sebab tu kau kene dengar dulu penjelasan dari dia, ini tak. Kau terus hukum dia" jelas Azri, hatinya juga dilanda amarah tetapi apakah daya.

Perkara sudah terjadi, nasi sudah bertukar bubur. Menyesal menangis air mata darah sekalipun tak mungkin setanding dengan rasa sakit hati Arabella.

Arabella dan Anggun kelihatan baru sahaja menuruni anak tangga terakhir, Haidil memandang sayu lama pada isteri tercinta miliknya.

Maafkan abang sayang, sumpah abang tak berniat. Hanya kerana termakan kata kata si bangka busuk itu, hancur habis bahagia rumah tangga kita.

"Arabella, sayang sini" panggil Haidil pada Arabella tetapi lain pula tindak balas Arabella tika itu. Tidak bergerak dan hanya kaki malah tidak menjeling pun matanya pada Haidil bagaikan Haidil itu tunggul.

Raut wajah Arabella kosong sekali tetapi di dalam hati, hanya dirinya sahaja yang tahu.

"Kitorang balik dulu tau, bonda?" jelas Azri mula bangkit menghampiri anggung, bonda yang baru sahaja menuruni anak tangga sambil membawa satu beg besar berisi pakaian didekati Azri lantas dibantu wanita berumur empat puluhan itu.

"Bonda akan tinggal kanu berdua untuk berbaik baik, bonda duduk di rumah Anggun dulu buat sementara" Bicara bonda sambil matanya bersilih ganti melihat kedua dua susuk tubuh yang masih perang dingin di hadapannya.

"ingat jangan kasar kasar, layan dia baik baik. Hati perempuan tidak sekuat lelaki, bonda pasti hati Arabella terluka tetapi hanya kamu yang mampu merawat nya balik" bisik bonda lagi pda menantu yang satu itu.

Sejurus sahaja bonda dan pasangan itu tidak lagi kehilatan di ruang mata, laju Haidil mendekati Arabella sebelum kedua tangan isterinya dipegang erat.

"Sayang lapar tak" Soal Haidil, senyuman manis semanis gula dihadiahkam buat Arabella tetapi tetap susuk tubuh itu kaku tidak berganjak. Raut wajah Haidil pun langsung tidak dipandang si isteri.

Arabella menggeleng perlahan, dengan situasi sekarang? Sumpah tak terasa dirinya untuk melangkah keluar dari perkarangan rumah tetapi hanya perasaan hina dalam dari yang membuatkan dia terasa malu untuk bersemuka dengan orang lain.

"Nak keluar tak?" Haidil menyoal lagi, cuba membuatkan si isterinya untuk berbicara. Walau hanya benerapa jam, sungguh diri terasa rindu akan suara serak basah milik Arabella.

Arabella masih lagi dengan gelengannya.

"Nak tidur?" Soal Haidil lagi, bagaikan dia bercakap seorang diri. Sunyi ruang tamu tika itu, hanya suara Haidil kedengaran.

Arabella mengangguk perlahan, matanya yang kuyu jelas mengatakan yang dirinya perlukan tidur.

"Sayng nak tidur?" Haidil masih lagi dengan soalan bodohnya, sudah gadis itu mengangguk kepala. Semesti nya lah Arabella mahu melabuhkan diri ke akam mimpi.

Arabella mengangguk.

"Nak tidur ke alam mimpi ke nak tidur ke alam sebalik alam?" Jenaka Haidil tetapi dibalas dengan bicara mendatar Arabella tak berperasaan.

"Tidyr" ringkas Arabella berkata sebelum melangkah menjauh dari Haidil ke bilik tidur mereka, lama lama kat sini terasa bodoh pula dirinya nak melayan soalan bodoh Haidil.

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now