"Arabella kamu dah sedar sayang" raut wajah Arabella dielus bonda perlahan, digosok sedikit kepala anak perempuan nya itu.
"Bonda" panggil Arabella perlahan.
"Ye Bella, bonda kat sini" tangan Arabella digenggam bonda. Sakit hatinya melihat anaknya di sini lagi, fikirnya yang terakhir adalah kali terakhir mereka menjejak kaki ke sini tapi nasib keluarga mereka malang selalu .
"Bella takut, walid mana walid bonda? Walid mana?!" Teringat akan walid yang ditumbuk kasar Khamel, terus matanya ligat mencari susuk tubuh ayahnya.
"Ya Allah sabar Arabella, walid tak apa apa" Arabella yang cuba bangun ditahan bonda lantas dibaringkan semula tubuh lemah anaknya itu.
"Bonda, Arabella nak jumpa walid" ujar Arabella lagi sebelum katanya disampuk.
"No!" Laju dan tegas Haidil berkata, risau sekiranya Arabella jatuh pitam lagi ketika dalam perjalanan ke bilik ayahnya. Tak sedar ke diri dia yang masih lemah tika itu?
"Haidil? Awak buat apa kat sini?" Haidil dipandang Arabella pelik, sudah kenapa pula jejaka ini ada di sini, Haidil ada tujuan apa kali ini. Seingatnya hanya bonda sahaja yang ada tika kemalangan berlaku.
"Ssaya- aku ikut Azri dan Anggun, aku kat rumah diorang masa Daryan call cakap kau dan walid masuk kecemasan" tergagap gagap Haidil berbicara.
"Ouh, bonda Arabella nak jumpa walid" terus Arabella sambung merayu kembali, malas melayan karenah Haidil. Dia nak buat ikut suka dialah, yang penting di mana ayahnya tika ini.
"Tak bole-" belum sempat bonda berkata, bonda pula dipotong Haidil.
"Tak boleh Arabella, kau masih lemah. Kan nanti pengsan tengah jalan susahkan orang" mendatar Haidil berkata, cuba menyedarkan Arabella yang imunisasi badannya masih lemah.
"Eh awak diam boleh tak, saya nak tengok walid. Awak tak ada ayah diam jelah!" Naik seoktaf nada suara Arabella, pantang betul bila Haidil menegasnya begitu, dia hanya nak lihat ayah dia? Siapa Haidil nak melarang, tanpa sedar Arabella terlanjur berkata.
"Arabella! Apa kamu cakap Haidil macam tu, minta maaf dengan dia sekarang" marah bonda tiba tiba, tak diajar Arabella untuk berkata sebegitu walau dirinya dilanda amarah. Tetap tak boleh!
"Tapi bon-"
"Tak ada tapi tapi, apa yang kamu cakap dah melampau tak! Cuba orang cakap dekat walid macam tu" bidas bonda lagi, dijengilkan matanya pada Arabella.
"Haidil, maaf" Arabella meminta maaf, jujur memang salah dia terlanjur berkata apatah lagi bila berlaku di hadapan bonda nya.
Haidil hanya berdeham perlahan walau hatinya tika itu tak merasa apa apapun. Sedih dah marah tak terasa cuma kosong-
"Bonda, Arabella nak jumpa walid. Tolonglah" rayu Arabella lagi
"Kau tunggu sini, aku ambik kerusi roda. Diri tu lemah ada hati nak berjalan" laju Haidil melangkah keluar setelah mengujarkan kata. Arabella dan bonda hanya memandang satu sama lain.
"Kamu ada apa apa ke dengan polis tu" soal bonda sedikit berbisik, lain macam saja lihatnya si Haidil tu tapi kalau nak dijadikan menantu apa salahnya? Dapatlah dia merasa menantu kan polis, keselamatan Arabella pun dijamin selamat.
"Kenapa bonda cakap macam tu" Arabella pula berkata.
"Dah caring semacam je bonda tengok, orang lain kat luar. Dia je kat dalam bersembang dengan bonda sementara tunggu kamu bangun" tambah bonda lagi dah macam membawang pula mereka ni.
"Orang lain? Siapa lagi kat luar" soal Arabella pelik, ramai sangat ke yang datang melawat nya.
"Daryan, Anggun dan Azri, katanya diorang pernah jaga kamu dulu" Arabella hampir terbeliak mendengar nama mereka, ya Allah dirinya selalu sangat menyusahkan orang.
YOU ARE READING
Purnama Indah| Eid Haidil
Action"Arabella Sharifah!! Or should I call you Mrs Eid? Selangkah awak melangkah berpakaian macam tu, saya as your husband Eid Haidil tak akan teragak nak dukung awak masuk dalam" - Eid Haidil "Sayang memang mencabar iman abang betul" - Eid Haidil *do ex...