Chapter 11

3K 111 4
                                    

Pintu bilik dikuak oleh Haidil dari luar. Arabella yang sedang duduk termenung di sisi katil dia dekati. Entah apa yang menariknya dengan pemandangan luar jendela sampaikan tak patah renungannya sejak tadi.

Awal pula harini si gadis kecik molek ini bangun. Kebiasaannya makhluk yang digelar perempuan ini susah nak bangun awal. Kalau bangun pun dah susah, apatah lagi nak pergi mandi kan?

"Hai" tegur Haidil seketika, Arabella berpaling laju memandangnya seperti gadis itu sudah menjangka kehadirannya.

Matanya Arabella bersinar cerah bak mutiara kerana teruja dengan kehadiran Haidil. Senyuman semanis 𝘤𝘢𝘳𝘢𝘮𝘦𝘭 terukir indah di raut wajah sedikit pucat milik Arabella.

"Eh, Eid! Hai!" Riang sekali Arabella membalas sapaan jejaka di hadapannya. Haidil terkedu seketika, jarang sekali orang memanggilnya Eid. Bukan jarang tetapi pertama kali dan Arabella kedengaran sungguh comel memanggilnya sebegitu.

"Kau dah makan?" Soal Haidil, makanan yang dibawanya tadi diletak di sisi katil Arabella. Plastik makanan mula memenuhi ruang di atas meja kecil itu. Ini sarapan ke jamuan kelas?

"Belum"

"Kenapa tak makan lagi?" makanan di atas meja dipandang Haidil sekilas. Langsung tak terusik, cawan air sahaja yang sudah kosong.

"Makanan hospital tak sedap" cemberut Arabella berkata sambil tangan memeluk tubuh kecilnya.

Meletus tawa Haidil. Dia mengaku makanan hospital tak sedap. Teringat ketika dulu, dia ditahan ward akibat terluka semasa di dalam misi. Luka dan nyawa hampir diragut itu benda normal untuk jejaka seperti Haidil.

"Nah. Bubur ayam aku beli untuk kau and 𝘨𝘳𝘦𝘦𝘯 𝘵𝘦𝘢 panas" jari tangannya menunjuk ke arah makanan yang sudah di hidang. Penutup plastik bekas bubur telah dibukanya serta air 𝘨𝘳𝘦𝘦𝘯 𝘵𝘦𝘢 tadi sudah dituang ke dalam cawan kosong.

"Awak beli makanan untuk saya? Ingat eh, awak tentang saya" Arabella mengusik Haidil bersahaja.

'Sudah-sudahlah usik aku, tadi Azri. Ini Arabella pula. Lagi pula, kalau Azri nampak apa aku buat ni, confirm teruk lagi dia usik aku'

'Masin mulut kau Azri, memang sekarang aku tengah hidang makanan untuk dia. Aku pun tak tau kenapa aku jadi macam ni'

"Tak adanya. Ak-aku sahaja beli, lepas tu dah kenyang. Aku bagi jelah dekat kau, membazirkan amalan syaitan" tipu Haidil.

'Tipu sunat tak apa kan geng? Jatuh lah saham aku kalau aku setuju macam tu je dengan kata Arabella ni'

"Yeke? Eh, 𝘨𝘳𝘦𝘦𝘯 𝘵𝘦𝘢! 𝘍𝘢𝘷𝘰𝘳𝘪𝘵𝘦 saya ni" teruja Arabella.

Dia nampak cantik bila senyum macam ni. Aku harap mulai hari ni, dia akan selalu tersenyum mekar bagaikan bunga matahari.

"Lah yeke?" Soal Haidil bersahaja. Hatinya gelak kecil tak sabar nak usik Arabella.

Bila jejaka beku seperti Haidil ingin berjenaka, lawak dua abad tahun depan pun dia boleh guna.

"Haah"

"Siapa tanya?" Haidil dipandang tajam Arabella. Lama matanya memanah terus ke raut wajah Haidil. Haidil yang perasan akan panahan mata milik gadis itu hanya berlakon teguh sedangkan hatinya berdegup bagaikan mahu melompat keluar.

"Awak ni 𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 juga kan? Awak nampak tak selipar tu?" Selipar di bawah katil ditunjuk Arabella pula, Haidil menjungkitkan keningnya. Dah kenapa pula selipar rama-rama gadis itu dijadikan topik bualan?

"Nampak. Kenapa dengan selipar buruk kau tu?" 'Buruk dia kata? Selipar tu Arabella kat shopee baru minggu lepas tau, boleh pula si mamat ni cakap buruk?'

Purnama Indah| Eid HaidilWhere stories live. Discover now