PROLOG

2.1K 55 0
                                    

"Tolong! Tolong jangan apakan aku!" jerit seorang lelaki yang sedang berbaring di atas tanah di lorong gelap itu.

Pukul 2.30 pagi. Waktu yang sangat tepat untuk aku jalankan kerja aku. Dan juga waktu yang sangat tepat untuk seekor pemangsa untuk mencari mangsanya.

Aku menatap muka penuh sesal itu. Sememangnya aku tidak kenal siapa lelaki ini. Tapi disebabkan aku sudah dibayar untuk jalankan tugas aku, nak tak nak, aku kena akur.

BANG! BANG! BANG!

Hanya tiga tembakan sahaja cukup untuk aku tamatkan riwayat lelaki ni. Dia memang selayaknya mati kerana telah mengambil harta anak yatim dengan melampau.

Darah mula berlumuran di atas lantai. Lantaran itu, hujan mula menghamburkan segala curahan airnya.

Aku hanya merelakan mukaku yang penuh darah itu dibersihkan air hujan. Perasaan setelah membunuh orang yang selayaknya mati itu sangat memuaskan. Aku menghembus nafas seleganya.

Kemudian, aku mula memadam jejak dan bukti pembunuhan itu. Dan ia sangat mudah kerana aku sangat profesional dalam hal ini. Dan berterima kasih juga kepada hujan sebab dah memudahkan separuh kerjaku.

Memasukkan segala 'baki-baki' yang tinggal dan diperlukan masuk ke dalam satu bekas khas untuk aku bawa jumpa dengan majikan aku.

***

"Good job, Angel! Kau memang hebat!" Puji seorang lelaki yang juga menggelarkan dirinya sebagai seorang doktor pakar bedah itu dengan penuh bangga.

Aku hanya tunduk hormat. Wajahku ditutup dengan satu pelitup muka berwarna hitam. Sekadar untuk merahsiakan identitiku itu.

Kemudian, doktor itu mengeluarkan satu beg bimbit lalu dia membuka beg itu dan jelaslah terpampang susunan duit RM100 memenuhi ruang beg itu.

"Take it as a bonus. You've done a great job. Nanti saya akan bayar awak lagi untuk tugasan seterusnya." Ujar doktor itu.

Aku hanya mengangguk lalu meninggalkan bilik gelap itu sambil memegang beg bimbit itu. Kemudian, untuk menutup bukti daripada dilihat oleh CCTV, aku menukar rambut palsuku dan pakaianku dengan yang baru dan memakai kaca mata hitam untuk mengubah identiti. Pelitup muka masih aku pakai.

Inilah kisah hidup aku. Sebagai seorang pembunuh upahan. Beribu-ribu identiti aku boleh bawakan tanpa gagal. Pengalaman aku sebagai pembunuh upahan selama 8 tahun itu sudah cukup untuk menggelarkan diri aku seorang yang profesional.

Semua manusia yang tamak dan jijik datang meminta pertolongan kepada aku. Dan sudah pasti , setiap badan yang aku berjaya bunuh, perlu mendapat bayaran yang lumayan. Atau tidak, mereka yang akan menjadi mangsa seterusnya. Aku pembunuh upahan bersendirian. Tidak perlu kroni. Aku boleh buat semua ini sendiri.

Siapa yang menghalang laluan aku, dia akan dapat padahnya. Darah mesti dibayar dengan darah.

***

Aku memasuki ruang rumahku yang sunyi itu. Aku membeli satu penthouse yang terletak cantik di atas satu bukit. Hanya ada rumah milik aku sahaja di situ.

Aku menghempaskan beg bimbit itu di atas sofa besar berwarna hitam itu. Segala perabot dalam rumahku, semuanya aku pilih tema hitam sebab sangat cantik di mata aku.

Tetiba kepala rasa berat. Mungkin sebab malam ni saja dah tiga orang aku berjaya bunuh. Agak penat tapi melihatkan wajah penuh penyesalan mereka membuatkan aku sangat puas.

Kemudian, aku ambil komputer riba milikku di atas meja kopi itu lalu aku buka. Aku membaca artikel-artikel yang baru diterbitkan hari ini tentang kejadian semalam. Semestinya melibatkan aku.

"25 JULAI 2019 : TERDAPAT LIMA KES PEMBUNUHAN SECARA MISTERI TELAH BERLAKU DI SEKITAR JALAN SUBANG JAYA, SELANGOR. LIMA LELAKI DIPERCAYAI DIBUNUH DENGAN CARA YANG BERBEZA."

Aku senyum puas. Memang gayaku suka untuk membunuh dengan pelbagai cara. Ada hari aku guna pistol sahaja sekiranya malas. Kalau terlebih rajin, aku akan guna pelbagai bentuk pisau dan parang. Ikut kepada mood aku dan tahap kebencian aku kepada mangsa.

Aku hanya membunuh mangsa yang aku rasa layak mati sahaja. Kira baik lah jugak aku ni. Sikit lah. Budak-budak aku tak pernah sentuh. Wanita pun jarang. Kebanyakannya lelaki. Tambah-tambah golongan yang bodoh macam lelaki tadi. Pergi merompak harta anak yatim. Elok sangatlah pergi mati sahaja.

Dan aku tahu satu hari nanti, aku akan mendapat balasan atas apa yang aku buat. Dan aku harap sehingga hari itu tiba, semua manusia yang jahat, berjaya aku bunuh kesemuanya.

Aku kemungkinan akan digantung sampai mati. Ataupun hukuman yang lain juga. Namun, aku tak kisah. Sebab aku tahu, aku pun memang layak dibunuh juga.

Semua manusia yang aku bunuh, aku catat segala maklumat tentang mereka. Mana tahu akan digunakan untuk masa depan nanti kan?

Aku tutup komputer riba itu. Lalu aku pejam mata rapat-rapat memikirkan nasib hidup aku yang tinggal saki baki ini.

Apalah agaknya pengakhiran hidup aku ni? Adakah akan berakhir dengan baik. Aku ni pembunuh. Aku yakin Tuhan sangat marahkan aku. Tapi, aku juga marahkan Tuhan. Disebabkan takdir yang sangat kejam ni, aku memilih untuk jadi pembunuh sahaja. Manusia kebanyakannya memang tak layak untuk hidup.

Aku harap satu hari, aku boleh berubah, tapi bukan sekarang. Masih ada manusia tak guna di luar sana yang masih bahagia hidupnya sedangkan mereka merampas kebahagiaan orang lain.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now