BAB 17

438 32 0
                                    

Aku dan Tasnim mencuba pelbagai makanan di situ. Disebabkan dia mengandung, aku ingin belanja semua yang dia inginkan di sini.

Sudah tentu, dia punya gembira tu sampai bergoncang anak dalam perutnya itu. Risau pula aku.

Kemudian, kami terus meronda-ronda di situ. Sehinggalah mata Tasnim tertancap pada satu booth yang menjual tudung.

"Hanna, boleh awak tunggu kejap dekat sini, saya nak tengok tudung." Katanya. Aku hanya angguk tanda faham. Dia terus berlalu ke arah booth itu.

Aku mana pakai tudung. Jadi, aku tak tau nak belek tudung juga atau tidak. Dahlah aku pun tak reti pakai.

Tasnim datang ke arahku.

"Awak nak cuba pakai tudung ni tak?" Soalnya.

Aku lihat tudung yang dipegang Tasnim. Tudung shawl. Cantik. Berwarna hitam bercorak kelabu.

"Saya tak reti pakai." Jujurku. Takut aku belit-belit macam kain kapan aje.

"Nak saya pakaikan untuk awak? Saya teringin nak tengok awak pakai tudung." Mintanya. Mata dikelip-kelipkan ke arahku.

Hormon ibu mengandung mungkin. Jadinya, aku pun relakan jugalah.

Aku lihat dia meletakkan anak tudung dan tudung itu dikepalaku. Tak pasti apa benda yang dia lilit banyak kali dekat kepala aku pun tak tahulah.

Tahu-tahu je dah siap terletak cantik di kepalaku.

Aku lihat wajahku di cermin. Terpegun sebentar. Wajahku kelihatan... suci. Nampak polos. Walaupun warna tudung ni hitam.

"Wah! Cantiknya awak kalau pakai tudung!" Kata Tasnim penuh teruja.

Aku masih menatap wajahku yang bertudung itu.

"Saya nak belilah tudung ni." Kataku. Aku pun tak tahu kenapa aku nak beli. Tapi, tak salah pun kan?

Mata Tasnim bersinar gembira. Terus dia pergi ke kaunter dan bayar. Aku terkejut. Celah mana duit dia dapat. Aku rasa tadi dompet dia kosong.

"Saya dah bayarkan. Anggap ia hadiah untuk awak. Suka tengok awak pakai tudung. Ni awak nak terus pakai atau nak saya leraikan?" Ujarnya.

Aku memikir sejenak. Nak pakai terus atau tak ya.

"Takpelah, saya pakai terus. Selesa pulak." Kataku. Alang-alang aku pakai dress lengan panjang dan labuh. Pakai jelah.

Terus, Tasnim menepuk tangannya gembira dengan jawapanku. Aku hanya tersenyum.

Kami pun terus meronda-ronda kawasan itu. Memang meriah. Macam-macam ada. Aku dan Tasnim banyak belanja antara satu sama lain. Serius aku tak tahu dia tetiba dapat duit dari celah mana.

Mungkin itu kelebihan bersedekah.

Akhirnya setelah berjam-jam di sini. Kami pamit untuk pulang. Dah masuk waktu Zohor.

Nasib aku terdetik, nak bawa telekung Zayden bagi.

Dia ajakku ke masjid. Aku hanya setuju.

Setelah sampai, kami masuk ke bahagian wanita. Ambil wuduk dan mula solat. Nasib aku dah ingat cara untuk berwuduk dan solat.

Setelah selesai solat, aku tunggu Tasnim di luar masjid. Katanya tertinggal barang.

Sambil menunggu, tetiba mataku tertancap sesuatu. Ada sosok bertubuh tegap keluar dari dalam masjid. Dan semestinya aku kenal.

Zayden! Dah lama aku tak nampak batang hidung dia.

"Zayden!" Jeritku. Zayden terus mengalihkan perhatiannya kepadaku. Badannya mengeras. Kemudian, dia pusing belakang. Ada seorang lagi lelaki yang datang dari arah belakangnya. Dan sekali lagi semestinya aku kenal.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now