BAB 6

522 36 0
                                    

"Sedapnya!!! Lama Safia tak makan." Ujar Safia dengan ceria.

Aku singgah di kedai makanan melayu berdekatan dengan kafe kegemaranku itu.

Lagipun, aku tak rasa budak ni suka makan makanan barat, dahlah tak berapa kenyang. Jadi, kedai inilah yang menjadi pilihanku.

"Kau makanlah puas-puas, pastu aku hantar kau balik. Kau tinggal mana?" Soalku. Malas aku nak jadi penjaga dia. Tak kuasa aku.

Dengan budak-budak je aku jadi kasar sikit. Tambah-tambah spesis macam ni.

Dia hentikan proses memgunyahnya lalu pandang aku dengan muka sedih. Aku pulak yang rasa semacam.

"Safia nak tinggal dengan akak. Jangan tinggalkan Safia. Ayah Safia jahat!" Getusnya seraya menangis. Aku pulak tersentak. Orang sekeliling kami pandang semacam.

"Ish, senyaplah. Malu orang tengok. Aku mana boleh jaga kau. Malam ni aku sibuk lah." Marahku. Budak-budak kalau marah sikit, terus nak nangis. Geram pulak aku.

Dia mengelap air matanya perlahan-perlahan.

"Nak tinggal dengan akak. Bolehlah akak. Kalau Safia balik, ayah Safia akan siksa Safia." Katanya sayu. Aku mula rasa kesian. Dasar ayah tak guna. Ada ke patut siksa budak-budak?

Tapi, malam ni pun tugas aku adalah untuk membunuh seorang budak jugak. Dua kali lima lah aku pun. Tapi, aku terpaksa.

Patut ke aku bawak budak ni balik? Dah la muka macam adik aku. Ish, sejak bila aku ada perasaan ni? Tak guna.

"Tak boleh! Masalah kau, kau punya pasal. Aku tak nak terlibat. Dah makan cepat! Malam ni aku ada hal." Selorohku. Lebih baik jangan tambah beban. Budak-budak selalu menyusahkan aku.

Safia hanya menunduk kecewa lalu sambung makan nasi hujan panasnya itu.

Aku pandang dia. Rasa bersalah. Tapi, aku rasa lebih baik dia tinggal seorang diri atau dengan ayah sendiri daripada tinggal dengan pembunuh macam aku.

Lagi satu, buatnya dia dapat tahu aku Angel, habis dia terlepas cakap dekat satu dunia. Dia ni bukan boleh sangat. Lagipun, nama samaran aku juga sudah mula terkenal dalam beberapa negara misalnya Turkey dan Italy. Aku kena berjaga-jaga.

Setelah selesai makan, aku ada beli makanan lalu dibungkuskan untuk Safia. Mana tau lepas ni perut dia kebulur lagi.

Lalu, kami bergerak masuk ke dalam perut kereta Bentley hitam ku itu.

"Terima kasih, akak. Safia suka sangat." Ujarnya sambil menayangkan sengih kambingnya kepadaku.

Aku hanya angguk. Malas nak jawab.

"Kau umur berapa? Tak sekolah ke?" Soalku. Hari ni hari Rabu. Takkan budak ni ponteng.

"Saya umur 15 tahun akak. Tapi saya tak daftar sekolah. Saya selalu merayau-rayau dekat sini je. Cari akak." Katanya.

Aku yang sedang memandu tu sedikit tersentak. Dah kenapa budak ni cari aku? Kalau dia kenal aku dari dulu pun? Dia patut tahu Tya Elmira ni dah mati.

"Kenapa kau cari aku?" Soalku lagi. Kemudian, aku lihat dia seperti menahan tawanya.

"Sebabkan Safia ni adik akak. Mestilah Safia cari akak." Katanya. Ish, tak laratlah aku nak memekak benda yang sama. Adik aku dah mati. Dan aku yakin budak ni mental. Ke aku yang mental?

Lalu, aku hanya mendiamkan diri. Takut kang aku mengamuk, nazak jugak budak ni.

Oh ya, aku ni nak pergi mana ni? Takkanlah nak bawak dia balik rumah aku? Macam-macam alatan senjata dalam tu. Bahaya.

Jadi, aku buat keputusan untuk hantar dia ke tempat kami bertemu tadi sahaja. Dia pula hanya memandang tingkap di sebelahnya. Diam. Aku pun diam.

***

"Dah turun, dah sampai." Kataku. Tepat di tempat kami bertemu tadi.

Dia pandang sekeliling tempat itu. Wajahnya suram. Tanpa berkata apa-apa dia pun turun dari kereta. Aku pandang dia. Mukanya jelas kecewa. Tapi, kesah la pulak aku. Bukan masalah aku.

Setelah dia turun, aku terus menggerakkan keretaku lalu beredar dari situ. Meninggalkannya sendirian. Terbit perasaan bersalah kepadanya, tapi lebih baik daripada aku keluar bilik nampak dia main tembak-tembak dalam rumahku.

Sambil memandu, aku pusing sekilas pada arah kafe kegemaranku itu. Nampaknya Zayden ada di situ. Memang dia pergi setiap hari ke? Tadi pun terserempak dengannya. Tak balik-balik lagi dia ni ke cemana.

Lantaklah. Aku ada hal besar malam ni. Baru teringat. Sanggupkah aku nak bunuh seorang budak. Macam mana kalau umur dia baru 3 ke 4 tahun? Aduh, bencinya!

***

Aku berendam di dalam tab mandi rumahku. Kepala masih mengelamun. Sehingga sekarang, masih tiada berita daripada Mr.Capillo.

Sigh! Aku mengeluh perlahan. Malam ni mesti aku tak dapat tidur lena. Setiap kali aku tengok budak, mesti aku teringatkan adik aku yang dah mati tu. Sebab tu aku tak suka kalau diarahkan untuk bunuh budak atau wanita berumur.

Setelah mandi, aku pakai baju dan duduk di meja solekku. Malam ni aku merancang untuk menyamar sebagai wanita berbangsa Cina sahaja. Aku akan mekap ala-ala Chinese.

Tetiba, datang notifikasi dari telefonku. Aku bukak. Daripada Mr.Capillo!

"Mr.Capillo : This is her photo. Kill her. I don't care in what ways you wanna do. Just make sure, she's not alive anymore."

Kemudian, aku bukak gambar budak itu. Terlopong mataku! Budak dalam gambar ni, persis dengan budak tadi! Dan persis dengan adikku juga!

Aku kemudian menghantar mesej kepada Mr.Capillo.

"What's her name and age?" Soalku dalam teks tersebut.

"I don't know. If I'm not mistaken, her name is Sofea and 15 years old."

Aku dapat rasakan, budak yang dimaksudkan lelaki ini adalah sama dengan budak yang aku jumpa tadi. Lagipun, wajah budak tadi pun ada iras-iras sikit dengannya. Mix Chinese.

Aku hanya membalas okey sahaja. Aku pegang kepalaku yang semakin serabut ini.

Aduh! Apa aku nak buat ni? Kalau aku tahu dia mangsa aku malam ni. Aku bawak balik je dia tadi. Pastu letak dalam bilik rahsia bawah tanah aku. Habis selesai masalah. Tapi sebabkan dia budak, itu yang jadi masalah tu.

Nak tak nak, aku kena terima, kalau tak, pihak polis dan GGK tu akan dapat tangkap aku.

Selagi aku tak jumpa Angel palsu tu, aku takkan senang-senang nak angkat bendera putih.

Tetiba, aku dapat mesej lagi daripada Mr.Capillo.

"Budak-budak aku dah dapat tangkap dia. Malam ni kau datang tempat aku. Bunuh dia depan aku. Lepas tu one million ringgit will be yours tonight"

Tak guna! Tak sempat aku nak buat backup plan, dia dah buat dulu. Argh! Stres aku!

Budak tu akan selamat tak? Aku ingat dia balik dekat bapak dia, pergi masuk perangkap naga tu kenapa?

Takkan si Capillo ni bapak dia? Bahaya ni bahaya!

Selamatkan budak tu atau selamatkan diri aku? Mana patut aku korbankan?

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now