BAB 73

363 32 0
                                    

Darahku semakin banyak mengalir. Aku mula terbatuk-batuk. Aku tekup tepi perutku yang ditusuk untuk mengurangkan darah keluar dari badan.

Cis! Tak guna!

Dia berjalan ke arahku. Terus, pegang daguku kasar dan angkat wajahku untuk melihatnya.

Orang yang menusukku tadi berdiri di sebelah sharkbait.

Aku tak pasti dia ada tatu juga atau tak. Tapi nampaknya ya. Lampu suluh aku dah jatuh pergi mana tah.

"Our boss wants you to be the next leader, Angel. Do you want it?" Soalnya.

"Aku tak nak! Aku dah tak jadi pembunuh!" Marahku keras.

Dia terus ketawa. Ketawa bahagia.

"Aku tak salah dengar kan? Oh finally! Kalau kau mati, aku boleh jadi pengganti bos. Sebabkan kau, bos tak pandang aku!" Marahnya terus menampar pipi aku kuat.

Terasa berdarah dalam mulutku. Aku cuba mencari penukulku yang jatuh senyap-senyap.

Haih, mana ni?

"Bagus, juga kau datang sini. Aku ingat nak bunuh laki kau. Aku umpan dia masuk perangkap aku. Dia sekarang jauh dari kau, Angel."

Aku agak terkedu. Maksudnya?

"Tapi, jangan risau. Hero sehebat Zayden akan tahu jugak umpan aku. Dia akan datang sini. Aku ingat nak bunuh dia, tapi kau datang dulu." Katanya terus ketawa kuat sekali lagi.

"Boleh aku bunuh dua-dua. Ye tak? Senang kerja aku." Ujarnya selamba.

Aku mula rasa nak marah. Bagus, sebab dia bagi aku naik angin.

Tetiba, tanganku dapat meraba sesuatu. Penukul!

Aku toleh ke arah kiriku. Boleh jadi, penembak tu masih di situ.

Tapi, tetiba ada bunyi tembakan dari arah kiriku. Dan ada lampu samar-samar di situ.

Aku dengar bunyi orang jatuh ke tingkat bawah. Aku dapat rasakan lelaki yang menembakku tadi.

Zayden dah sampai ke? Aku baru nak senyum, tapi pipiku rasa sakit sangat.

Sharkbait dan orang sebelahnya agak terkejut. Tanpa membuang masa terus aku ambil penukul dan pukul kepalanya semampu aku.

Dia terus mendengus kesakitan tapi kakinya terus berjalan ke penjuru dan terus terjun ke bawah. Bersama lelaki tadi.

Aku nak kejar tapi memang aku dah tak ada kekuatan.

Tetiba, ada bunyi das tembakan datang ke arahku. Tanpa sempat kau elak, peluru tu tepat kena bahuku sekali lagi.

Okey, aku dah penat. Mangkuk mana tembak aku ni.

Aku terus terjatuh. Menahan kesakitan.

Datang bunyi tapak kaki ke arahku. Aku cuba angkat kepala untuk melihat siapa yang menembakku.

Soleha!

Dia juga jelas terkejut melihatkan aku yang kehilangan banyak darah di sini.

"Allahuakbar. Aku salah orang! Sabar Tya, kejap. Nanti bantuan akan sampai." Katanya.

Tapi, jujur aku dah tak boleh nak fokus. Mataku mula kuyu.

Aku dengar Soleha menyuruhku untuk jangan pejam mata sambil menekup luka tembakan di badanku dengan kain.

Aku paksakan diri juga untuk buka mata.

Selepas dia membalut luka-luka di tubuhku. Terus aku tolaknya perlahan.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now