BAB 61

404 34 0
                                    

"Masa kita kecil, abang dulu tinggal dengan nenek abang. Nenek abang sekarang dah meninggal. Dulu abang dengan Zayyed selalu duduk dekat rumah nenek. Sebelah rumah keluarga sayang."

"Zayyed pernah cerita pasal dia dulu belajar menembak dengan siapa?" Soalnya.

Aku cuba mengingat balik.

"Adopted father? Tapi Zayyed tak bagi tahu siapa." Kataku.

Zayden mengangguk faham. Dia meneruskan ceritanya.

"His adopted father is technically your biological father. Allahyarham Sarjan Kamal."

Terus terbuntang mataku. Tak sangka.

"Zayyed tahu ke pasal saya anak ayah angkat dia?"

Sekali lagi, Zayyed mengangguk. Mengiyakan.

Aku tekup mulutku. Dah lah aku cerita aku yang bunuh ayah aku sendiri.

"Don't worry. Dia faham kenapa awak buat macam tu. Untuk mempertahankan diri kan walaupun sebenarnya agak salah." Ujarnya.

Aku tunduk. Malu dengan perbuatanku dulu.

"Then I met a cute girl one day. She's playing hide n seek with her father. Dia nampak gembira dan sangat polos."

"Dan buat pertama kalinya, abang rasa macam nak berkenalan dengan gadis tu. I approached her. Asked her name."

"Nama dia Tya. Tya Elmira. What a beautiful name she has! Dan mulut dia memang banyak cakap."

Aku tergelak kecil. Sempat lagi kutuk aku dia ni.

"She told me that she really loves her father. Really adored him. Dia bagitahu saya, yang satu hari nanti dia nak jadi tentera macam ayah dia. A hero who sacrifices her life for the world."

"And every single day back then, dia akan cerita apa yang dia buat dengan ayah dia. Shooting, hunting, jogging, semua dia cerita."

"Tapi, lepas tu abang dah kena balik ke rumah papa. We separated. That girl asked me what my ambition was. Saya cakap saya tak tahu."

"Lepas tu, dia paksa saya suruh jadi tentera macam ayah dia. I told her no way, sebab abang saya nak jadi tentera jugak."

Kemudian, dia satukan dahinya dengan dahiku.

"Lepastu, sayang tahu dia cakap apa? She wanted me to become a police then. Cool police." Katanya senyum memandangku.

Mata kami saling berpandangan. Aku telan liur.

"Then, the next few years, I fulfilled what she asked me to before. I'm a proud UTK's." Ujarnya.

Aku senyum manis. Tak sangka aku macam tu dulu. Macam manalah aku boleh lupa?

"Then, finally I met her again after I searched her for years. Abang tahu sayang palsukan kematian sayang dari dulu lagi. Tapi, abang tetap pilih untuk diam selagi tak ditanya oleh pihak atasan."

"I thought she became an army like she used to say. But she chose to be an assassin instead. Abang tahu mesti sesuatu perkara yang buruk berlaku pada sayang. Tapi sampai ke sudah abang tak tahu apa. Sampailah Zayyed cerita perkara sebenar haritu."

"Abang tak marah ke bila dapat tahu Tya berubah jadi jahat?" Soalku.

Dia menggeleng.

"I'm not mad. Just shocked. And you're not a bad person. You just hurt. And you need to heal."

"Sebab tu abang kata, setiap manusia boleh berubah. Abang akan cuba sedaya upaya untuk didik sayang sebaik mungkin. Tapi, sayang kena janji untuk setia dan percaya pada abang. Like I trust you truly." Katanya.

Aku terharu sungguh dengan kata-katanya itu. Terus aku peluk dan sembamkan wajahku pada dadanya.

"Thank you abang. Abang terlalu baik. Terlalu baik." Kataku.

Dia mengusap bahuku. Kepalanya diletakkan di atas kepalaku.

"Dan abang tahu, sayang pun sangat baik. Cuma terluka. Abang akan cuba untuk membantu sayang untuk sembuh. In order to heal ourselves, we must put Allah first. And everything will come right in front of you." Pesannya penuh makna.

Aku mengangguk. Air mata kembali mengalir membasahi bajunya.

"I love you abang." Ucapku.

"So do I. I love you more. More than the stars in the night sky. It's uncountable." Ucapnya bermadah.

"Pasal geng tu, sayang jangan risau. Abang akan sedaya upaya tangkap mereka sampai dapat." Katanya

Terus, aku leraikan pelukan. Terkedu.

"Tya nak ikut tolong abang. Ni pun melibatkan Tya." Ujarku.

"Sayang, mereka tu pengganas. Terlalu bahaya." Katanya.

Terus, aku cubit lengannya. Dia mengaduh kesakitan.

"Saya tak suka orang cakap macam tu. Bahaya. Bahaya. Bahaya. I hate that. It seems like you underestimate me, abang." Marahku.

"Mungkin saya tak sehebat abang dan kawan-kawan abang. But I used to be an assassin. Saya tahu banyak teknik musuh. Saya tahu banyak kawasan mereka. I can help you. With your missions." Kataku tegas.

Zayden agak terkedu. Cuba mengiyakan tapi pada masa yang sama cuba menafikan.

"Sayang, abang tak boleh nak biarkan sayang dalam bahaya."

"If you love me, let me help you. Kut la abang sebenarnya tak sayang pun dekat Tya, kata percayakan Tya?" Ugutku.

Zayden telan air liur. Sudahnya, dia mengalah.

"Fine, you can help me. Untuk kes geng tu sahaja. Yang lain duduk diam-diam dekat rumah." Arahnya.

Aku mengangguk.

"Tengoklah kalau Tya rasa abang dalam keadaan yang selamat semasa bertugas. Kalau Tya rasa tak sedap hati, jangan pelik kalau abang nampak Tya dekat pangkalan musuh tempat abang kerja macam haritu." Kataku sambil tersengih.

Zayden menggelengkan kepalanya. Aku ni memang jenis degil.

"Haa, haritu abang pukul kepala Tya dah kenapa? Kutla nak cakap terima kasih ke apa." Soalku.

Dia ketawa perlahan.

"Sayang, benda sayang dah menceroboh masuk ke dalam misi abang. Memang abang kena buat macam tu. Dan sayang nak tahu apa yang buat abang terkejut?" Katanya.

Aku laju mengangguk.

"Orang yang sayang lawan masa dalam hutan tu, he's the boss of the group. Sayang kalahkan bos dia terus. Buff, kawan abang yang bagitahu."

Aku tekup mulutku. Terkedu.

"Seriously?!" Soalku ingin kepastian lagi.

Zayden angguk.

"I felt so mad at you to interfere our mission, but at the same time I felt so proud of my wife. So proud." Terus hidungku dicuitnya perlahan.

Aku usap hidungku. Sambil tersengih.

"Dah jom kita masak. Abang lapar la sayang. Nanti kita siasat pasal geng tak guna tu." Ajaknya.

Aku setuju. Aku pun lapar sebenarnya.

Aku rasa tenang dan gembira selepas Zayden menceritakan segala kisahnya kepadaku.

Tak sangka kami sudah ditakdirkan untuk bertemu dari kecil. Jadi, pertemuan pertama kami di kafe bukanlah kebetulan melainkan Zayden sendiri yang cari aku.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now