BAB 24

480 32 0
                                    

Kepala aku masih terngiang-ngiang pasal ajakan Zayden.

Makan malam tu aku tak kisah sebab bukan kali pertama dia ajak.

Jumpa keluarga dia. Pastu keluarga aku.

Aku mana ada keluarga kandung. Mak ayah aku dua-dua anak tunggal. Datuk nenek dah lama meninggal.

Nampak tak betapa sunyi hidup aku ni?

Keluarga aku pun keluarga angkat sahaja. Nasib baik mereka bukan geng mafia. Cuma keluarga jutawan bisnes. Aku dah selidik.

Pasal keluarga aku tu nantilah aku auta. Sekarang ni pasal keluarga dia. Keluarga alim ke? Ke hanya biasa?

Aku ni pulak kejap pakai tudung, kejap tak. Haa sudah.

Tapi, kenapa dia nak aku jumpa keluarga dia? Untuk kahwin ke? Eh cepatnya.

Aku ambil telefonku di bawah bantal. Nombor Tasnim ditekan. Dia jelah aku ada nak tanya pun.

Macam yang aku cakap, hidup aku ni sunyi. Tapi, memang tujuan aku nak hidup berseorangan.

Sekurang-kurangnya nanti aku mati, tiada siapa yang sedih atau ziarah.

Setelah beberapa saat, Tasnim menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum, Hanna. Awak sihat? Ada apa ya?" Soalnya.

"Waalaikumussalam, Tasnim. Err. Saya... saya nak tanya sesuatu. Awak kan dah berkahwin."

"Eh, tanyalah. Ya, I'm happily married! Hadiah yang sangat terbaik dalam hidup saya."

"Alhamdulillah. Ermm. Waktu awak berkawan dengan Haris dulu, ada dia cakap apa-apa tak pasal jumpa keluarga ke ape?"

"Mestilah ada, sayang. Memang itu fasa sebelum berkahwin. Kena berjumpa keluarga masing-masing. Kenapa? Ada lelaki nak bawa awak jumpa keluarga diorang ke? Ke dia yang nak jumpa keluarga awak?"

Tetiba, dada berdebar.

"Ada. Zayden. Tapi, kenapa ya?"

"Wahh, alhamdulillah. Bawak juga awak jumpa keluarga dia. Dah banyak kali dia tanya saya dan Haris tentang langkah untuk berkahwin ni. Saya dah agak Zayden cintakan awak tau."

"Betulke? Saya tengok layanan dia biasa je. Semua perempuan dia layan dengan gentleman kan?"

"Eh, no Hanna! Haa awak mesti tak tahu la tu. Dengan awak je dia berlembut. Dengan arwah Adila pun, dia cakap aku kau. Dengan saya pun, sama. Kasar seperti dia cakap dengan lelaki. Dengan awak je, Hanna. Dia 'bersaya-awak'. Haha."

Pipiku mula membahang. Rasa terharu dan malu. Betulke?

"Ohh."

"Lucky you, Hanna. Zayden lelaki yang baik. Saya boleh jamin. Keluarga dia rapat dengan keluarga suami saya. Mereka memang orang baik."

"Awak jangan risau. I'm sure his family gonna like you. Awak cantik, lemah lembut dan baik."

Aku baik? Lemah lembut? Cantik?

"Terima kasih. Saya pergi dulu. Nak mandi."

"Sama-sama. Nanti update ye pasal korang dua. Goodluck bestie!"

Aku meletakkan panggilan. Bestie? Rasa hati aku gembira sangat ada kawan macam Tasnim.

Dia seorang yang ceria dan tak merendahkan orang lain sedangkan dia banyak kelebihan.

Aku bukak aplikasi SMS, untuk memberitahu Zayden yang aku setuju.

"Assalamualaikum, Zayden. Saya setuju lah dengan ajakan awak. I mean dinner dulu."

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now