BAB 36

405 29 0
                                    

"Abla! Abla! Wake up! Wake up!" Jerit suara gadis kecil berumur dua tahun itu.

Aku yang sedang dibuai mimpi indah terus terjaga. Aku baru tidur lepas maghrib tadi.

Nak lelap seketika, dah ada budak ketot ni kejut aku.

Perlahan-lahan aku duduk tegak. Mata aku kesat perlahan-lahan.

"Defne, why you wake me up?" Soalku. Kepala masih mamai.

Dia duduk di atas katil di sebelahku. Pipi kiriku diciumnya lembut.

"Anne called you for dinner! Anne cooks delicious food!" Katanya cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.

Aku senyum lalu usap kepalanya.

"What Anne cooks?" Soalku melayannya.

Dia meletakkan tangan di dagunya untuk berfikir.

"I think Anne cooks lahmacun, your favourite, Abla." Katanya dengan slang kanak-kanaknya.

Terus, mataku teruja. Lahmacun adalah sejenis 'pizza' istimewa di Turki.

Terus, aku bangun dan menggeliatkan badanku. Rasa lega bila dah bangun.

"Let's head to the dinner table, shall we, baby sis?" Ajakku.

Dia terus bergerak ke bucu katil untuk bangun.

Dia mengangguk kepalanya laju sambil bergerak memegang tanganku.

Kami sama-sama turun ke bawah untuk makan.

***

"Sweetie, how long will you stay here?" Soal Anne ketika kami sedang menjamu makan malam di atas meja besar itu.

Aku terus menghentikan suapanku dan memandangnya.

"A month, Anne. Why?" Soalku pula.

Dia senyum gembira.

"Let's have fun together! It's been a long time since we had fun and went shopping." Ujar Anne.

Aku ketawa kecil. Memang sudah lama. Anne seorang yang kaki shopping. Pastu suka belek kedai produk kecantikannya, tengok laris atau tak.

"Of course! I miss everything about Istanbul!" Beritahuku teruja.

Tetiba, baba berdehem. Kami semua memandangnya.

"Why baba? Something wrong?" Soal Deniz.

Kami menanti jawapannya.

"Baba wants to talk to you, daughter, after dinner. Just us. Understood?" Soalnya kepadaku. Dan juga orang dalam rumah ni.

Aku telan liur. Kenapa bunyi macam serius je?

Perlahan-lahan aku angguk..

Kami sambung makan. Senyap. Hanya Defne sahaja yang bertanya itu ini.

Setelah selesai makan, aku dan baba terus masuk ke dalam bilik bacaan baba.

Aku tutup pintu, baba menyuruhku untuk duduk di sofa. Aku hanya akur.

"Is there something wrong baba? You make me worried." Soalku risau.

Baba berdehem. Kemudian, suakan satu sampul surat kepadaku.

Aku pandang lama sampul tu. Aku kembali pandang baba, dia mengangguk.

Perlahan-lahan, aku buka sampul surat itu.

Terus terlepas beberapa keping gambar dari dalam tanganku.

Tangan aku tekup mulutku. Terkejut.

Ada gambar mayat Sofea yang sudah 'diubah suai'. Bermaksud beberapa bahagian di tubuhnya hilang.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now